09 | pen hitam

9K 1.3K 775
                                    

i think im over-reacting,
but only to you.
playlist | ilysb - lany

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*___________________________________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✭˚・゚✧*・゚*✭˚・゚✧*・゚*
___________________________________

lima belas minit dalam library tu, Sya mula rasa semak. rasa nak ketuk si Lia yang tak habis habis gelak sebab lawak bodoh Nas tu.

"eh, kau ni. mana ada! HAHAHAHAH!" gelak Lia lagi.

"serious la Lia aku tak tipu..." Nas senyum, suka bila mendengar tawa Lia sampai ke telinganya.

"reti pulak senyum. sebelum ni bukan main kerek dengan aku." kata Sya senyap senyap. Dia merenung kertas mahjung yang terisi dengan idea Qameera. literally 50% idea dari dia je. yang lain semua dari Fikhri, Sya dan Asy.

dua ekor tu? jangan tegur.

Asy jeling Sya di sebelahnya.

"kau jeles ek?" bisik Asy, meletakkan lengannya di belakang kerusi Sya.

"takde masa aku." kata Sya.

"nak jeles buat apa? diorang tu cocok apa. dua dua perangai sebijik. gedik." ujar Qameera perlahan. Sya tutup mulutnya dengan tangan, terkejut mendengar reaksi Qameera.Asy pula mengetap bibir menahan gelak.

"siapa ajar kau cakap macamni?" Fikhri tergelak sikit ketika menanyakan aweknya. risau betul budak nerd dah jadi ganas.

"takde sape. bende memang fakta. cuba kau tengok? dari tadi tergelak gelak. satu haram pun tak keluar idea." kata Qameera. sengaja dikuatkan sedikit supaya didengari oleh mereka.

Nas menjeling ke arahnya.

"kutuk apa? buatla kerja tu." sambung Nas. Asy juling matanya.

"kau buat apa?" bidas Asy semula.

"sibuk la, aku tak cakap dengan kau pun." balas Nas lagi.

"eh, dahla. jangan la gaduh. jom buat." kata Lia, cuba menghadiahkan senyuman kepada Asy.

tidak memberi respon, Asy toleh melihat Sya ditepinya.

"cool tak aku?" usik Asy. Sya pandang dia pelik.

"banyak la kau punya cool, setakat cakap macamtu aku pun boleh." Sya balas.

"eleh."Asy jeling. diketuk kepala Sya dengan pen hitamnya perlahan sebelum kembali merenung kertas mahjung itu.

"oit, apa main ketuk ketuk? aku ketuk jugak kang." kata Sya, menghadiahkan jelingan tajam buat lelaki di sebelahnya.

Asy senyum, menundukkan sedikit kepalanya sehingga ia mencapai telinga kecil Sya.

"Sorry Princess."  bisiknya perlahan.

cepat cepat dinaikkan semula kepala dan memegang kertas mahjung, seolah olah tiada apa berlaku. mata Sya membulat, pipi jadi merah. Sya cubit sedikit pinggang Asy.

"eh eh aduh aduh Sya—" rengek Asy, menghentikan Sya dengan mengenggan tangannya.

"tahu pun. jangan la cakap benda pelik pelik lain kali!" kata Sya. difokuskan terus ke arah Qameera yang masih tidak berhenti menulis dan Fikhri yang sedang mewarna sesuatu.

"kau suka kan? cakap jela kau suka! HAHAHAHAHAHAHA!" gelak Asy. Sya tampar bahunya sekali.

"mana ada! dahla, dari layan kau, baik aku tolong Qameera." jeling Sya, terus bangun dari tempat duduk. niat nak menuju ke tempat Fikhri tapi tersadung. nasib Asy dah berhenti gelak macam setan lepastu sambut dia.

"aww, are you falling for me?" usik Asy lagi.

Sya jadi diam. dia melihat muka Asy yang sedang tersenyum nakal.

".....kau ni...." kata Sya, mencubit lengan Asy. terlepas dari pelukan Asy, Sya terus lari.

"Qameeraaaa tolong aku........." kata Sya, menolak Fikhri yang sedang duduk tu. member terus jatuh kerusi. kesian.

"tempat aku la Sya!" jerit Fikhri. tapi macam biasa, tak dihiraukan langsung.

"ha kenapa kenapa?" perempuan yang dipanggil itu berhenti menulis.

"kau tengok la Asy—"

"Asy—? siapa Asy?" celah Fikhri.

........
alamak.

"errr....." Sya melirikkan matanya ke arah Asy yang sudah berhenti ketawa. Asy mengulum bibir bawahnya, mengangkat alis kening kanan. mata seolah olah memberi isyarat :

kau mati kalau kau bagitau.

seolah olah membaca matanya, kini Sya tersenyum licik.

suka kenakan aku kan? tunggu.

"Asy tu Asyraf. nama Naufal kan ada Asyraf. so, panggila Asy." jelas Sya, dikenyitkan mata ke arah Asy yang sudah merencanakan plan bunuh orang.

"ooo...wuiyoo, Asy! aku nak panggil Asy jugakla!" ujar Fikri, bangun dan memeluk bahu Asy.

"what's up, Asy! hehehehe!" gelak Fikhri. Asy mengeluh, hanya mampu merenung Sya dengan tajam. Sya menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

"korang dekat sini nak gelak ke nak buat kerja?!"

Nas' s POV

menyampah pulak aku tengok Naufal dengan Sya ni. rimas bodo.

aku toleh melihat Lia yang sedang melukis sesuatu di tangannya. aku senyum.

"aww, are you falling for me?"

nak tercekik aku dengar Naufal cakap macamtu. situasi depan aku tu aku tengok dengan perasaan bercampur baur.

takde sapa tahu aku rasa apa.

nak kata rimas, memangla.
nak kata sedih, apahal pulak?
jealous....? ha mungkin la kot.

eh.
eh kejap.

kenapa aku nak jeles? mampus la dekat Sya tu. aku kan suka Lia.

cuba tidak ambik kesah, aku paling tempat lain. serabut dengan fikiran sendiri.

"Asy!"

aku dengar perkataan tu. Asy? Asyraf? pft, poyo gila.

tapi disebabkan terlalu kuat sangat "perbincangan" diorang tu, aku jadi naik angin.

sebelum sempat aku cakap apa apa, Lia bangun dan hempas meja.

"korang dekat sini nak gelak ke nak buat kerja?!" jerit Lia.

waktu tu, Lia tak sepatutnya cakap macamtu.
waktu tu, aku tak patut duduk sebelah Lia.
sebab the next thing aku tau,

ada buku melayang dekat aku dengan Lia.

_______________________________

RASA RASA SIAPA BALING?
😱😱😱😱😱
BTW SURPRISE !! DOUBLE UPDATE !!

thankyou sebab baca benda pelik ni, i hope buku ni tak bosan untuk korang ye!

macam biasa don't forget to comment banyak banyak sebab aku suka baca comment korang, nak tersembur nasik lemak baca 😭 best sia korang ni HAJJAAJJSSKJAKS

ASTU HA VOTE LA YE SUPAYA AKU
SEMANGAT NAK SAMBUNG NEXT CHAPTER 😍😍‼️

bye, stay safe everyone <333

highschool love [nasya] Where stories live. Discover now