Medina sudah terpana mendengar kata-kata Kak umi. Air matanya jatuh mengalir ke pipi.

"Saya masihn ingat lagi Kak Umi. Dulu lepas saya lahirkan dia, saya terus hantar dia kesini. Saya tak jaga dia sebab saya dan suami masa tu tak mampu. Tolong saya Kak Umi". Rintih Medina. Kedua-dua tangannya sudah bercantum seakan merayu.

Ana mengusap belakang tubuh kawannya. Tidak semena-mena air matanya juga bertakung.

"Tahun bila kamu hantar dia kesini? "

"2001"

"Kejap, biar kak tengok rekod tahun lalu"

Medina laju mengangguk. Matanya mula mengekori tubuh Kak Umi yang menuju ke arah komputer yang berada di mejanya.

"Macam mana kalau anak aku tak de? ". Soalnya sayu ke arah Ana. Ana laju memeluk bahu Medina.

"Kau jangan cakap macam tu. Anak kau ada. Cuma kita tak tahu dekat mana"

"Menurut rekod pada tahun 2001, anak puan telah diambil selepas tiga hari puan hantar dia kesini"

Dang!

Medina sudah terpana mendengar. Tiga hari selepas dia hantar?. Ini bermakna Mokhtar telah mengambil anaknya semula selepas dia dilacurkan. Ya Allah!

"Mokhtar! ". Terpacul nama itu dibibirnya. Genggaman di tangannya turut digenggam kuit. Terasa kukunya menikam telapak tangan.

"Menurut rekod ni, lelaki yang ambil dia. Encik Mokhtar ". Sambung Kak Umi lagi. Maklumat yang berada di skrin komputernya di perhati. Segala rekod keluar masuk anak asuhan di rumah ini direkodkan secara terperinci. Dia tidak mahu jika ada sebarang masalah yang akan berlaku di masa hadapan. Cuma dulu, rekod anak asuhan di rumah anak yatim Nur Qaseh ini direkodkan di dalam buku. Tapi bila dunia semakin canggih ini, segala rekod lepas di turut tulis di dalam komputer.

Ana memandang wajah Medina. Kisah Medina sangat menyentuh hatinya. Apala nasib kawannya yang dahulu dapat lelaki tak guna seperti Mokhtar itu.

Wajah Medina sudah ditekup dengan telapak tangannya. Bahunya terhinjut. Kenapa kau buat aku macam ni Mokhtar?

Kak Umi mula mendekati ke arah Medina. Punggungnya dilabuhnya di sebelah Medina. Belakang tubuh itu diusap lembut.

"Kak Umi tak tahu apa yang kamu hadapi Medina. Tapi kalau ada apa-apa masalah yang kamu nak share dengan Kak Umi, insyaallah Kak Umi boleh dengar. Mana-mana Kak Umi boleh bantu, insyaallah Kak Umi akan bantu Medina". Ucap Kak Umi lembut.

"Isk isk... Saya hantar dia kesini sebab saya dan suami waktu itu tak mampu. Suami pula di isytiharkan bankrup, banyak hutang yang ditanggung isk". Cerita Medina dengan tangisan yang cukup hiba.

"Selepas tiga hari saya hantar anak saya ke sini, saya dilacurkan oleh dia. Dan dia ceraikan saya dengan talak tiga... "

"Astagfirullah al-azim... ". Ayat itu mula terpacul di bibir Kak Umi. Tidak semena-mena perasaan sebaknya turut mencengkam di dada.

"Saya tak sangka isk... Dia ambil semula anak saya. Saya tak tahu nak cari dia dekat mana lagi Kak Umi. Saya nak anak saya balik Kak Umi. Isk isk isk... "

Kak Umi terus menarik Medina ke dalam pelukkanya. Wajah Medina yang disandarkan di bahunya diusap lembut. Simpati sungguh dia dengan nasib Medina.

Ana yang melihat itu sudah mengusap air mata. Kenapalah lelaki tak guna seperti Mokhtar perlu wujud dalam hidup kau Medina.

"Maaf kalau Kak Umi bertanya soalan yang sensitif. Kenapa anak puan berbintikan Abdullah? "

"Mokhtar rogol saya Kak Umi. Kami berjumpa semula selepas saya kandungkan Mikayla 8 bulan. Dia ajak saya kahwin, saya setuju. Tapi kesudahannya, dia berkahwin dengan saya semata-mata untuk meperalatakan saya Kak Umi. Isk. Saya sanggup susah senang dengan dia cari duit untuk biaya bil hospital Mikayla. Tapi dia sanggup... Dia sanggup lacurkan isteri dia sendiri "

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now