"Eh, tak juga" potong Yoongi yang datang dari dapur itu.

"Aaaaaaaah waeyo?" Rengek Taeoh. Bahu kanak-kanak itu sudah dipegang Yoongi. Lelaki awal 30-an yang sudah bercangkung di hadapan Taeoh itu menepuk sedikit bahu anak buahnya.

"Awak tu dah jadi abang. Kalau mama papa tak ada kat rumah, Taeohlah kena jaga" kata Yoongi yang menerima dua anggukkan dari Yughae serta Taehyung.

"Ah tapi..."

"Eh! Baru sikit! Nanti bila Kano and Hea dah besar, Taeoh lagi susah tahu! Kena pula dua tu perangai kalah hantu macam mama... ARGH! ADEH!" Terpotong terus sambungan pesanan Yoongi.

Yughae yang memulas kuat perut abangnya mengundang gelak tawa yang sudah tidak terkira kalinya.

❀❀❀

"Dah on the way dah" Jawab Taehyung yang sedang memandu ke kediamannya. Seokjin yang setia memegang telefon lelaki itu hanya mendengar perbualan suami isteri itu.

"Hopefully everything when smooth" ujar Yughae di talian dan Taehyung hanya mengangguk.

"Jangan risau. Apa-apa I'll update. Annyeong" Balas Taehyung. Sebaik sahaja panggilan itu ditamatkan, signal diberikan Taehyung masuk ke taman perumahannya.

Kad nombor rumah diimbas pada pengimbas yang ada di pondok pengawal. Naik sahaja palang penghalang, lorong 6 mula dituju dan dimasuki Taehyung.

Tiba sahaja lelaki itu di hadapan rumah bernombor 13 itu, lidahnya sudah menolak pipi geram. Kereta Mercedes Benz berwarna hitam yang elok terparkir di porch kereta itu lagi menaikkan api kemarahan Taehyung.

Dua rakan baik itu menapak masuk ke rumah sebaik sahaja kata laluan dimasukkan. Hampir sahaja Taehyung mencarut melihat sepahan yang berlaku di ruang tamu dan dapur rumahnya.

Bunya tawaan dan desahan yang agak kuat dari bilik atas sudah membuat lelaki itu tidak tahan.

"Sundal ni memanglah" gumamnya geram. Tangga didaki dan BAM! Pintu bilik yang tidak berkunci Taehyung hempas.

Sohee yang sedang berseronok bersama seorang lelaki di atas katil itu mula terhenti.

"T-Tae..."

BUK! Wajah lelaki separuh bogel yang berada di atas Sohee sebentar tadi di tumbuk Taehyung geram.

"Tae... I mean bear.. I-I can exp.."

"EXPLAIN YOUR ASS! KORANG KELUAR DARI RUMAH AKU SEKARANG!" Jerkah Taehyung.

Jungkook sudah mengutip seluar pendek dan menyarungkannya. Sohee yang masih dibawah selimut itu mula menyuruh Seokjin keluar, malu gamaknya.

"Aku tunggu kat bawah" ujar Seokjin yang seakan faham itu.

Keluar sahaja Seokjin serta Jungkook, kini tinggal Taehyung dan Sohee sahaja di dalam bilik itu.

"Lapan tahun aku terbazir! Lapan tahun tu juga aku rasa bodoh tunggu kau! Enam bulan yang membebankan keluarga bahagia aku! Kau yang pembawa sial perempuan bukannya aku!" Jerit Taehyung akhirnya terluah.

Kata-kata hinaan lapan tahun lalu satu per satu datang ke ingatan Sohee. Wanita yang sudah menggigil ketakutan itu tidak tahu hendak buat apa.

FLASHBACK

8 tahun lalu..

"Ma, sakit ma! Kenapa tak nak sembuh luka ni" Rengek Sohee yang baru seminggu bersalin itu.

Puan Park serta dua pembantu rumah yang setia menjaga Sohee itu cuba menenangkannya.

Wanita separuh abad yang sudah tidak tahan kata makian itu, memanggil menantunya ke ruang bekerja banglo empat tingkat itu.

"SIAL APA KAU BAWA KE KELUARGA AKU HA?! SOHEE TU SAKIT TERUK SANGAT TU! KAU NI MEMANG SUKA MENYUSAHKAN HIDUP ORANG ATAU APA?!" Jerkah Puan Park.

Taehyung hanya menunduk. Kalau tidak kerana dia ikut kata-kata Sohee mencuba satu permainan kotor, perkahwinan untuk menutup aib keluarga ini tidak akan berlaku.

Bibir diketap lelaki itu. Baru sahaja kata-kata ingin dikeluarkan, PAK! Wajah lelaki awal 20-an itu ditampar bapa mertuanya geram.

"LELAKI SIAL! TAK ADA GUNA! PEROSAK MASA DEPAN! INGAT SIKIT KAU TU MENUMPANG KEKAYAAN SOHEE" Kata Tuan Park menunjal-nunjal kepala Taehyung.

END FLASHBACK

"Aku dah lama tau sabar dengan kau and dua orang tua tu sebab hormat. Aku sabar. Dia hina keluarga miskin aku, aku sabar. Dia hina anak tak berdosa tu pun aku sabar besarkan dia serba kekurangan"

"Tak nak cakap lebih. Benda pun dah jadi, hujung minggu ni jumpa kat makamah dan jangan dekat lagi dengan anak-anak dan isteri aku" ujar Taehyung menapak keluar dari bilik tidurnya.




BERSAMBUNG

[🧚🏻‍♀️] vote & comments

[🔅] chapter last and epilog juga Hani akan usahakan untuk publish dalam minggu ni atau minggu depan

[🎈] thanks for reading almost till the end :)

[C] Second Wife- 김태형Where stories live. Discover now