"Aisyah belum balik lagi ke?" tanya Faris. Aisyah tersenyum sebelum mengeleng kepalanya.

"baru nak balik sir.. " jawabnya sopan. Faris tersengih.

"saya ada benda nak cakap kat Aisyah ni. " Aisyah mengerut kening. Dia memerhati sekeliling. Tiada satu manusia pun di sini. Hanya dia dan Faris saja.

"erkk.. Nak cakap apa ye sir?" lembut dia bertanya. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat balik. Takut pula timbul fitnah.

"ehmm.. " Faris berdehem. Tangan mengaru kepalanya.

"sebenarnya... "

"saya suka kat awak. Saya tahu tak masuk akal tapi percayalah.. Saya sayangkan awak iklas. " selafaz Faris berkata. Aisyah terkedu sendiri. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah Faris. Habis kembang segala bulunya.

"sirr.. Saya minta maaf. Tapi saya nak fokus dengan pembelajaran saya dulu. Lagi pun saya dah anggap sir sebagai guru saya je. Tak lebih dari tu" sesudah Aisyah berkata. Dia terus berjalan laju meninggalkan Faris. Dan sejak dari hari tulah dia jarang bercakap dengan Faris kecuali berbincang fasal pelajaran. Nasib baik Faris ni jenis yang tak memaksa.

Lamunan Aisyah termata tatkala menyedari kereta yang dinaikinya berhenti. Pantas saja dia memberi sejumlah wang sebelum keluar. Saat ini dia hanya mahu merehatkan diri saja.

Rumah sewanya yang hanya mempunyai ruang tamu kecil dan juga dapur kecil. Satu bilik untuknya tidur. Muat-muat untuknya seorang saja. Tubuhnya di rebahkan ke kantil bujang itu. Dalam tak sedar akhirnya dia terlelap juga.











🌹🌹🌹🌹🌹









Lenanya terganggu dek bunyi telefonnya yang berdering meminta di angkat. Tangannya meraba-raba ke arah meja kecil yang terletak di sisi kantilnya dengan mata yang masih tertutup.

Tanpa melihat nama si pemanggil dia terus menyambut panggilan itu lalu di letakkam di sebelah telinga kanannya.

"assalamualaikum.." salamnya perlahan. Mulutnya di tutup menggunakan tangannya tatkala dia menguap. Nampak sangat mengantuk.

"walaikumsalam.. " ceria si pemanggil menjawab. Serta merta mata Aisyah terbuka luas. Senyuman terukir di bibirnya.

"irisshh... Lamanya tak dengar suara kau" teruja Aisyah berkata. Maklumlah sahabat baik call siapa je tak gembira. Terdengar Irish tertawa kecil di hujung talian.

"eleehh.. Baru seminggu dah rindu"usik Irish. Aisyah mencebik.

"kau buat apa tu?" irish bertanya. Aisyah meniarapkan tubuhnya. Kaki di angkat naik sebelum di goyang-goyangkan.

"ehmm.. Tengah tidur.. " jawabnya.

"anak dara siapa lah yang tidur waktu petang macam ni" sindir Irish.

"kenapa kau call aku ni?"

"ehmm...aku ada benda nak cakap kat kau ni" perlahan suara Irish menutur kata.

"apa dia?"

"hurm..... " Aisyah mengerut kening. Hairan mendengar suara Irish yang terasa teragak-agak mahu berkata. Dia kembali duduk. Kakinya di silakan sambil tangan kanan masih memegang telefon di telinga.

"cakap jelah.. Kau kenapa?" desak Aisyah. Berdebar pula jantungnya.

"lusa ni along nak tunang dengan kak su" Aisyah terdiam. Matanya pula berkaca. Lama dia terdiam. Masoh terkejut dengan berita itu.

"kau okey tak ni?" suara Irish meyentakkan Aisyah. Dia berdehem seketika mengawal suaranya.

"baguslah" sepatah saja yang mampu dia katakan. Mengapa hatinya terasa sedih. Bukankah dia sydah berkata akan melupakan nama Luth Zafran. Ya, tapi bukan semudah itu.

"aisyah.. "

"aku okeylah. Aku dah move on kan. Kau jangan risaulah.. " belum sempat Irish berkata Aisyah sudah terlebih dahulu bersuara. Seolah-olah tahu apa yang ingin di katakan oleh Irish. Terdengar suara Irish mengeluh.

"aku pun tak faham lah dengan along tu. Aku ingat lepas aku bagi surat tu dia akan cari kau. Tapi tak.. Seolah-olah tak ada apa yang berlaku. " rengus Irish. Jelas dia tidak berpuas hati.

"tak apalah... Aku off dululah. Belum solat asar lagi ni" ujar Aisyah.

"okey.. Take care.. " Aisyah mematikan talian setelah menjawab salam dari Irish. Dia menarik nafas panjang. Kepalanya di anggukkan berkali-kali. Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"kau boleh buat Aisyah. Lupakan dia. You can do it" omelnya sendiri. Air mata yang mula membasahi pipinya di lap kasar.

"aku boleh.. " ujarnya sebak sebelum meyembamkan wajah ke bantal. Tangisannya  di hambur semahu-mahunya. Mungkin kah ini adalah tangisan terakhir untuknya? Tangisan di sebabkan seorang lelaki.












Sorry lambat update.

Tadi pagi nak update tapi bnyk pdpr pula.. Lepas tu dah nak buat tak ada line lagi..

Enjoy ye guys ✌

My PrincessWhere stories live. Discover now