32

297 65 23
                                    


2 tahun kemudian.

Macam biasa, aku akan menjaga kedai bunga ibu ni masa aku tak sibuk. Aku merenung bunga tulip kuning dengan fokus. Cantik.

Bahu aku terhinjut saat telefon aku berdering secara tiba-tiba. Aku mencapai telefon pintar milik aku yg berbaring diatas meja tadi, butang hijau aku ketik.

"Weh. Sini lah teman aku makan. Member aku semua kononnya pergi ajak aku makan tapi kau tau diorang buat apa? Diorang prank aku pula, semua tak datang. Otak diorang tersungkur ke?"

Aku menjauhkan telefon dari telinga aku bila dia mula membebel ditalian. Lelaki ni bila mula membebel memang kalah aku yg perempuan ni.

"Tapi aku tengah jaga kedai bunga eomma aku ni. Kau nak aku kena bunuh ke?" Aku menggulingkan biji mata tanda menyampah.

"Alaa tutup lah sekejap untuk aku. Kau ni, tak sayang aku ke?"

Aku menayangkan riak muka jijik aku walaupun dia tiada disini. "Ya lah ya lah. Kalau aku kena marah, memang siap kau"

"Yeyy!!"

"Gila, kenapa aku mesti setuju?" Aku bertanya pada diri sendiri namun tangan aku tetap bergerak menutup pintu. Aku menterbalikkan papan tanda dengan tulisan closed/open tu.

Selepas itu aku mula berjalan menuju ke restoran yg berdekatan tempat kesukaan dia tu. Tak lupa juga untuk merungut di sepanjang jalan.

Aku menolak pintu restoran tersebut. Aku mengeluh sebaik sahaja melihat budak tu duduk seorang diri dimeja terakhir ditemani dengan makanan yg belum disentuh.

"Woi Riki. Kau ni kalau tak menyusahkan aku sehari memang tak sah kan?" Aku mencekak pinggang menghadap Riki yg sedang tersengih tak bersalah.

Menyesal pula aku ikut ibu aku pergi Jepun ni, kenapa lah aku tak tahu Riki tinggal dekat kawasan ni. Tengok lah apa yg jadi ni, sejak dia pindah sini kalau tak menyusahkan hidup aku tak sah. Tapi tak apa, sekurang-kurangnya aku ada kawan dekat Jepun ni.

"Hehe. Apa boleh buat, kau seorang je kawan normal aku. Sekarang, tolong aku habiskan semua makanan ni"

Aku mengerutkan dahi tak suka. "Aku diet lah, kau gila ke?"

"Makan atau aku santau"

Aku menjeling ke atas sebelum mengalah, aku duduk dikerusi hadapannya. Tapi tak tipu, semua makanan ni nampak sedap. Tak apa lah, kita diet esok.

"Nasib baik sedap kalau tak" Aku menjeling sekali lagi, buat-buat tak suka.

Semuanya seronok tapi tidak lagi bila Riki mengajukan soalan paling sensitif buat aku. "Kau ada dengar apa apa news pasal Jungwon ke?"

Aku meletakkan garpu lalu menggelengkan kepala perlahan. Hilang selera, rasa nak nangis terus. "Kau pula?"

Dia menggelengkan kepala. "Aku lost contact semua orang sejak balik Jepun ni sebab aku tukar telefon jadi memang tak pernah dengar apa apa lagi"

Aku tersenyum perit. "Dah lah, kita sambung makan"

Sudah 10 bulan aku tak dengar berita pasal Jungwon lagi. Kali terakhir aku dengar dia koma selama 1 tahun lebih. Itu pun aku dengar daripada Riki.

Hidup aku selama ni memang tak pernah gembira. Hampir setiap hari aku menangis salahkan diri sendiri dan rindukan dia.

Mungkin kalau aku tak telefon dia masa tu mesti dia tengah bergembira sekarang. Mesti dia hidup sihat. Tapi semua ni salah aku. Kalau lah aku terus pergi masa tu. Mesti semua ni takkan terjadi.

Aku rindu kau, Yang Jungwon.

Aku rindu kau, Yang Jungwon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Happy Ending❞ + JungwonWhere stories live. Discover now