28

322 66 53
                                    


"And yes kita akan berpisah"

Aku rasa macam jantung aku berhenti berdetak buat seketika. Aku meneguk liur sendiri sebelum bertanya. "Apa maksud kau?"

Dia membalas pandangan aku. "Parents aku dah bercerai 2 hari lepas dan aku mesti pilih nak tinggal dengan siapa. Macam tu lah aku pilih eomma aku. Betul ke keputusan aku ni?"

Aku cuba sebaik mungkin untuk tidak terlihat panik, aku tak nak buat dia tambah stres. Aku duduk disebelahnya.

"Kau okey ke?" Aku menggenggam tangan Hyun dengan lembut membuatkan dia terpegun terkejut.

Aku tersenyum cuba untuk buat dia rasa lebih baik. "Aku tahu kau gelisah sangat sekarang ni. Kalau kau nak nangis aku ada"

"Jungwon.."

Akhirnya air mata yg dia tahan sejak tadi mengalir. Hyun menundukkan kepalanya malu untuk memandang aku.

"Aku tak biasa dengan semua ni, aku tak tahu nak rasa apa. Semua ni terjadi secara tiba-tiba. Parents aku tiba-tiba bercerai lepas tu aku terus kena pilih nak tinggal dengan siapa. Aku tak tahu Jungwon" Luahnya.

Aku dapat rasakan genggamannya semakin kuat seolah-olah takut kehilangan aku. "Kau boleh luah semuanya dekat aku"

"Sejujurnya, aku tak nak berpisah dengan kau"

"Aku pun" Aku membalas kemudian menarik Hyun ke dalam pelukan. Aku mengelus belakangnya dengan lembut.

Hyun tidak bersuara lagi sebaliknya dia mula menangis teresak-esak dan aku dapat rasakan bahu aku basah disebabkan air matanya.

"Tak apa Hyun, kau buat keputusan yg betul" Walaupun aku sendiri tak sanggup nak berpisah dengan kau.

Selepas beberapa minit menangis didalam pelukan aku akhirnya dia berhenti. Hyun meleraikan pelukan lalu mengelap air matanya. Dia cuba sebaik mungkin untuk menyembunyikan wajahnya daripada aku tapi aku tetap nampak hidung dia yg memerah itu.

"Kau tak perlu malu dengan aku. Semua orang boleh menangis"

Kata-kata yg keluar daripada mulut aku tadi membuatkan dia membalas pandangan aku. Aku tersenyum. "It's okay"

"Thank you" Hyun membalas senyuman aku tapi tak lama selepas itu riak mukanya berubah. "B-bahu kau basah. Omg I'm sorry"

Aku ketawa kecil, terhibur tengok dia panik. "Tak apa"

"Hmm" Dia membetulkan rambutnya yg memang sudah sedia kemas itu. Suasana menjadi sunyi sepi semula, kekok.

Patut ke aku bagitahu perasaan aku sekarang? Tapi tak ada guna pun sebab dia kena pindah esok. Tapi kalau aku jujur dengan dia mungkin dia boleh pergi dengan gembira? Tapi bukan ke lebih sakit kalau dia terpaksa berjauhan dengan aku?

"Jungwon? Kau nak cakap sesuatu ke?"

Aku berhenti mengelamun. "Hm? Tak ada pun" Aku menayangkan senyuman palsu.

"Apa apa pun aku nak bagitahu ni. Aku dah berjaya buang perasaan istimewa aku tu jadi sekarang kau tak perlu rasa kekok dengan aku lagi. Kita 100℅ bestfriend"

Aku terdiam. Aku tak tahu macam mana nak tafsirkan perasaan yg aku rasa sekarang ni tapi yg paling pasti sekali aku memang menyesal.

"Jungwon, kenapa diam?"

"Maksud kau.. Kau dah move on ke?" Aku bertanya cuba untuk memastikan jawapannya yg sudah pasti.

"Yes. Kau mesti gembira kan?" Dia tersengih paksa.

Aku menggelengkan kepala dengan laju.

"Tak"

"Aku tak gembira sebab aku pun sukakan kau"

"Aku tak gembira sebab aku pun sukakan kau"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Happy Ending❞ + JungwonWhere stories live. Discover now