1

714 84 74
                                    


Kim Hyun's

Menyukai seseorang pada zaman kanak-kanak memang normal dan kita semua tahu itu semua hanya lah cinta monyet semata-mata. Namun, mendapatkan cinta pertama ketika berumur 8 tahun sangat mustahil dan cuma berlaku didalam drama sahaja. Apa lagi terus menyukai orang yg sama sehingga besar, itu sangat mustahil.

Aku menadahkan tanganku untuk merasakan hujan rintik rintik. Aku tersenyum geli, sejuk. Aku mendongak ke atas melihat langit yg kian mendung, secara tiba-tiba aku teringat cinta monyet aku. Rasa rasanya dia ada dimana sekarang? Dia sihat ke? Dah lama tak jumpa, mesti dah besar.

Aku rasa terganggu saat sekumpulan lelaki lalu, entah bagaimana pandanganku berakhir jatuh pada salah satu daripada mereka. Mataku membulat terkejut, orang yg aku fikirkan tadi muncul dihadapan mata aku sekarang. Jantung aku mula berdegup pantas dan pipi mula membahang. Perasaan ini, aku tak pernah rasakan perasaan ni dekat sesiapa. Ini lah perasaan yg sama aku rasakan saat berumur 8 tahun. Ia kembali tatkala melihat orang yg sama.

Dan masa ni juga aku tahu, aku masih sukakan orang yg sama? Aku ingatkan perasaan aku waktu itu tidak lah sedalam itu, siapa sangka benda ni terjadi dekat diri aku sendiri? Aku ada first love sejak berumur 8 tahun.

"Jungwon!" Dia menoleh saat mendengar namanya diseru, dia tersenyum menampakkan lesung pipit kegemaran aku itu. Ah, tak guna. Aku rindu lesung pipit dia, aku rindu semua tentang dia.

"Jay Hyung, kenapa lambat?" Dia bertanya sambil mentertawakan lelaki yg disebut Jay tadi, wajah lelaki itu diconteng dengan pen marker. "Aku kena denda gila, nampak muka aku ni? Teruk gila mak aku kerjakan"

Sekumpulan lelaki itu tidak membalas apa-apa sebaliknya mereka ketawa seronok. Banyak-banyak orang disitu mata aku cuma memerhatikan Jungwon.

Senyuman dia, mata dia, wajahnya banyak berubah tapi dia masih memberikan aura yg sama. Aku tak sangka aku dapat peluang untuk melihat 17 tahun Yang Jungwon hari ini.

Aku gembira sampai terlupa untuk berkedip sehingga lah aku perasan mata kami bertemu secara tak sengaja. Aku berkedip sebanyak dua kali kemudian membuang pandangan ke tempat lain, tanganku menyentuh belakang tengkuk. "Ah tak guna, macam mana dia boleh sedar aku perhatikan dia?"

"Kenapa, Jungwon? Siapa tu?" Salah satu rakannya bertanya, jarak kami tak jauh sangat jadi aku dapat mendengar perbualan mereka dengan sangat jelas.

"Nothing, cuma seseorang yg aku pernah kenal. Tak penting pun"

Pandangan aku berubah, kali ini lebih kepada kecewa. Aku menutup rapat mulut aku, aku speechless. Jadi aku cuma seseorang yg dia PERNAH kenal dan tak penting sama sekali?

"Korang, dah lewat dah ni. Jum lah balik, nanti mak aku marah pula" Ajak Jungwon.

"Jungwon memang anak mak HAHAHA, okey gurau. Jum lah" Jay membalas.

Aku kembali melihat ke arahnya, dia melangkah perlahan-lahan menjauhi aku seperti terdahulu. Kami sentiasa berjauhan. Walaupun dekat dia tetap terasa sangat jauh seakan-akan ada tembok di antara kami berdua.  Menyedihkan.

Kami berdua classmate selama 5 tahun tapi kami tak pernah berborak sama sekali. Mungkin salah aku juga, dulu aku terlalu pendiam dan tak berani untuk menegurnya. Kami cuma tahu nama satu sama lain. Tapi sekarang tak sangka aku jumpa dia balik.

Aku memandang belakangnya yg semakin menjauh itu. "Jadi, aku cuma seseorang yg kau pernah kenal?"

Aku tak boleh terus macam ni. Sekurang-kurangnya aku mesti jadi kawan dia dan cipta kenangan yg indah bersama.

"Jungwon, tunggu aku"

"Jungwon, tunggu aku"

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।
❝Happy Ending❞ + Jungwonजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें