24

323 64 52
                                    


Yang Jungwon's

"Belum"

Aku mengangkat muka untuk membalas pandangannya. Sumpah aku terkejut sekarang ni tapi disebabkan dia diam lama sebelum membalas tadi aku jadi keliru. Dia maksudkan apa?

"Belum apa?"

"Kau belum makan ke? Aku boleh belikan makanan"

"Ah, itu rupanya. Aku belum makan" Aku membalas. Untuk beberapa alasan yg tak pasti, aku tak boleh menunjukkan senyuman dan aku rasa sedikit..

Kecewa? Tapi kenapa?

"Okey, aku nak beli makanan dulu" Dia cuba untuk bangun tapi aku terlebih dahulu mencapai lengannya. "Makanan hospital kan ada?"

Mulutnya terbuka seolah-olah mahu mengatakan sesuatu tapi dia terus menutup mulutnya semula. Hyun melepaskan tangannya kemudian dia memegang belakang tengkuknya dengan kekok. "Aku lupa. By the way, berapa lama kau kena stay dekat sini?"

"Satu malam, esok dah boleh balik"

Hyun menganggukkan kepalanya faham. "Kalau macam tu, aku teman kau sampai esok"

"Eh, tak perlu lah"

"Aku tahu kau mesti bosan duduk seorang dekat sini. Biar lah aku teman kau, lagipun aku bosan dekat rumah tu" Aku tahu dia ni degil gila jadi aku pun mengalah. Lagipun aku suka dia ada dekat sini.

Suasana menjadi senyap kerana kehabisan topik jadi aku memerhatikan pemakaiannya yg terlihat kemas, dia mengenakan dress kuning paras lutut dan kasut sneaker kuning. Rambutnya yg pendek itu diikat kemas di belakang.

Cantik. Tapi aku tak suka.

"Kau pakai cantik cantik macam ni mesti baru habis jumpa pakwe kau tu kan?"

"Eh pakwe mana pula ni. Aku keluar dengan dia tengok wayang je pun"

"Tch" Aku berdecit malas sebelum menggulingkan biji mata. Selimut aku tarik menutupi seluruh tubuh. "Aku nak tidur, jangan kacau"

Aku dapat dengar dengan jelas sekali Hyun ketawa perlahan. "Kau dah kenapa macam boyfriend cemburu ni?"

Aku diam.

"Macam mana kau boleh hilang kawalan tu? Kau nak pergi mana?"

Aku menekup mulut rapat. Sebenarnya, masa tu aku tak tahu apa yg ada dalam kepala otak aku sampai nak halang Hyun dari jumpa lelaki tu. Disebabkan aku terlalu tergesa-gesa, aku pun hilang kawalan dan disini lah aku.

"Jungwon, jawab lah"

Aku tidak membalas sebab aku tahu dia mesti akan tertipu yg aku ni dah tertidur. Suasana menjadi hening dalam beberapa minit sampai lah Hyun bersuara.

"Mesti dia dah tidur kan?" Tekaannya membuatkan aku menahan ketawa didalam selimut.

"Macam mana aku nak berhenti sukakan kau ni? Tak ada cara lain ke?"

Kali ini senyuman aku meluntur secara perlahan-lahan. Jadi betul lah dia masih sukakan aku?

"Aku sukakan kau sangat sangat Jungwon. Tapi kita mesti jadi kawan kan? Haih, apa-apa lah. Bukannya dia dengar pun"

Tak, Hyun. Aku dengar dengan sangat jelas pengakuan kau tadi dan jantung aku berdegup sangat kencang walaupun ini bukan pertama kalinya.

Tapi aku suka Yeeun kan?

Tapi aku suka Yeeun kan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bangun!"

Aku mengerutkan dahi sakit hati dengar dia menjerit pagi-pagi buta ni. Kali ni aku dapat rasakan 5 jarinya melekat dipaha aku membuatkan aku terus terbangun. "Ah! Sakit lah Hyun!" Marah aku.

"Hyun tengkorak kau, ni aku Jay hyung kau lah. Kau ni angau gila dekat perempuan tu sampai buta ke?"

"Angau apa pula ni!" Sakit hati aku, bangun bangun je hadap kebangangang Jay hyung. Nasib baik lah berkat dia aku dan Hyun dah berbaik.

"Aik, kau kan suka dia? Dulu kau cakap pasal dia 24/7 macam tak ada benda lain nak cakap. Tapi aku nampak korang berdua tak berbaik lagi jadi aku pun call dia kelmarin. Macam mana, korang dah berbaik ke?"

Aku menganggukkan kepala sebelum bertanya. "Kenapa semua orang cakap aku sukakan dia ni?"

"Sebab dah jelas lah. Aku tak pernah nampak kau segembira tu cakap pasal seorang perempuan. Pernah lah dulu, kau cakap pasal Yeeun tapi tak ada lah gembira mana"

Kening aku bertaut, kebiasaan bila aku keliru. "Tapi aku masih suka Yeeun"

"Yakin ke?"

Aku menggelengkan kepala dengan laju, tak nak dengar topik ni lagi. "Hyun mana?"

"Dia dah balik dulu. Sekolah kan"

"Oh"

"Oh"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Happy Ending❞ + JungwonWhere stories live. Discover now