21

316 65 20
                                    


Yang Jungwon's

Pejam celik pejam celik, tak sangka sudah hampir 2 bulan aku dan Hyun tak bertegur sapa langsung.

Semua pelajar lelaki bermain bola keranjang tapi aku memilih untuk duduk bersandar di dinding, memerhatikan seluruh gim. Sesekali aku mencuri pandang Hyun yg sibuk bermain dengan Yoon.

Sejujurnya aku rasa sunyi dan kekosongan sejak tak bertegur sapa dengan Hyun. Aku tak ada semangat nak buat apa pun, aku cepat bosan dan ada masa aku cuma ingin baring dan melihat langit. Aku rasa macam baru habis break up.

"Kau kenapa kebelakangan ni nampak tak bersemangat semacam?" Tegur Riki, dia duduk disebelah aku kemudian bersandar.

Aku tidak menjawab sebaliknya aku melihat Hyun, nampaknya dia okey je tanpa aku. Siap bergelak ketawa.

"Kau suka Hyun ke?"

Aku mengalihkan pandangan kepada Riki, mata aku sedikit membesar dan untuk beberapa alasan aku berdebar debar dengar soalan tu. "Kenapa aku nak suka kawan aku sendiri?" Aku menjawab.

Dia kelihatan keliru sebentar. "Eh? Aku ingatkan korang suka each other sebab aku selalu nampak kau berdua dengan dia"

Aku melihatnya tak percaya, kadang-kadang seram juga budak ni. "Kau nampak dekat mana ni?"

"Dekat perhentian bas, hari hari pula tu. Tapi dulu lah sekarang aku tak pernah nampak lagi"

"Eh? Kau tinggal dekat sekitar situ juga ke?" Aku cuba untuk menukar topik, Riki menganggukkan kepalanya.

"Jangan cuba tukar topik. Sejujurnya selama ni aku ingatkan korang berdua couple in private. Tapi nampaknya aku salah hm" Dia meneguk air mineral sementara menunggu balasan daripada aku.

"Kenapa kau rasa macam tu?" Aku bertanya ingin tahu.

"Entah lah, aku rasa semua orang pun akan ingat korang berdua ni ada hubungan istimewa. By the way, aku tak sengaja terdengar perbualan Yoon dengan Hyun kelmarin"

Aku memberikan perhatian sepenuhnya kepada Riki, perbualan apa pula ni?

"Hyun jumpa lelaki lain, lebih kurang macam blind date tapi versi bawah umur macam tu. Kau tahu kan maksud aku?"

Aku tak tahu macam mana nak tafsirkan perasaan aku sekarang ni. Yg pasti aku tak gembira sama sekali.

"Dah lah, aku nak sambung main dulu" Riki berlari anak ke arah sekumpulan lelaki yg sibuk bermain bola keranjang disana.

Aku segera bangun meninggalkan gim sekolah.

Sebaik sahaja kelas terakhir habis aku terus mengemas meja aku yg berselerak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja kelas terakhir habis aku terus mengemas meja aku yg berselerak tadi. Aku menunggu Hyun diluar kelas. Aku beruntung sebab Yoon dah balik dulu jadi senang sikit aku nak bercakap dengan dia.

Satu persatu murid keluar dan akhirnya giliran Hyun tiba, aku terus mencapai tangannya. Dia kelihatan terkejut dengan tindakan aku.

"Jungwon, kau nak apa?"

"Betul ke kau jumpa lelaki lain?" Aku tak nak berlambat lambat lagi jadi aku terus menanyakan soalan itu.

Dahinya berkerut. "'Lain'?"

Riak muka aku berubah, bukan itu yg aku nak katakan tadi. Macam mana aku boleh terlepas satu perkataan tu?  "Maksud aku, betul ke kau nak bercinta dengan lelaki yg kau tak kenal langsung?"

"Ya, kenapa? Ada masalah ke?"

"Don't get me wrong, aku cuma risau kau buat macam ni. Kau tak kenal lelaki tu macam mana kau boleh terus keluar berdua dengan dia? Macam mana kalau dia bukan orang yg baik?"

"Suka hati aku lah nak buat apa pun. Aku buat semua ni sebab nak move on daripada kau dan kau nak halang aku? Jungwon, aku pun tak nak tau"

Aku terdiam tak tahu mahu membalas apa, aku ingatkan semua ni tak ada kena mengena dengan aku.

"Tapi aku tak tahu nak buat apa lagi, semua benda aku buat untuk buang perasaan ni tapi tak boleh. Aku terlalu sukakan kau, sangat sangat" Sambungnya lagi, air matanya mengalir membuatkan aku semakin rasa bersalah.

"Tak ada guna pun aku bagitahu kau semua ni. Kau tak akan faham perasaan aku" Selepas itu aku membiarkan Hyun melangkah pergi.

Aku tak tahu kenapa hati aku tiba-tiba bertanya 'betul ke kau cuma risaukan dia dan bukan cemburu?' . Aku meraup wajah dengan kasar.

Sebelum Yeeun muncul, aku fikir aku sukakan Hyun tapi bila dia datang balik aku mula keliru dengan perasaan aku. Aku suka Hyun ke ataupun Yeeun?

 Aku suka Hyun ke ataupun Yeeun?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝Happy Ending❞ + JungwonWhere stories live. Discover now