"Ya, terima kasih sekali lagi,Mak Piah." ucapnya masih tersenyum manis.

Wanita lingkungan 50-an itu beredar keluar membawa talam bersama.

"Hai, my sweetie. Happy nampak." sapa Zyaire sambil melonggarkan tali lehernya.

Wajahnya terus berubah tidak tersenyum lagi selepas kehadiran Zyaire. Pandangannya dilemparkan keluar tingkap."Kenapa awal sangat balik? Saya baru nak berasa tenang."

"Aku balik sebab nak pergi hospital. Baba dah sedar. Tadi-"

"Baba dah sedar?! Betul ke?!" terujanya tersenyum kembali memandang Zyaire yang duduk dibirai katil.

"Baba dah sedar tapi masih lemah. Ibu dah ada dekat sana dan aku cakap aku nak pergi. So kau nak kirim apa-apa tak nak bagi dekat baba."

"Kenapa nak kena kirim dekat awak? Saya pun nak melawat baba juga."

"Aku takkan bawa kau dengan tangan terikat ni lah, Mia."

"So buka je lah. Apa yang susah sangat."

"Aku dah cakap yang aku takkan buka selagi kau tak terima syarat aku. Aku pergi dulu." balasnya hendak bangun.

"Okay fine! Saya terima syarat awak. Saya takkan minta awak untuk lepaskan saya jadi tolong buka ikatan ni. Saya nak jumpa baba." pantas Mia berkata sebelum Zyaire pergi.

Mia tahu taktik Zyaire dan Zyaire tahu kelemahan Mia. Dia sanggup berkorban demi kedua orang tuanya tanpa memikirkan kesannya kelak.

Zyaire tersenyum saat mendengar keputusan gadis itu lantas kembali ke birai katil dan membuka ikatan pada tangan gadis itu. "Good wife." ucapnya lau mengucup bibir munggil gadis itu.

"Ermm Zyaire!" Dengan pantas menolak dada Zyaire dan menekup bibirnya.

"Sweet as honey." usiknya nakal.

"Ish jom lah pergi lawat baba. Saya rindukan dia."

"Siap cepat, aku tunggu dekat bawah."berlalu pergi.

'Kau takkan dapat lari daripada aku,Mia. You're forever mine.'

🖤🖤

"Assalamualaikum, baba ibu." sapa Mia teruja sebaik saja memasuki bilik yang menempatkan babanya. Tangannya erat menggenggam tangan baba.

Zyaire yang turut datang sekali melangkah menyalam kedua mertuanya dan berdiri melihat Mia yang tidak henti-henti mencium tangan babanya. Buah tangan yang dibawa bersama diletakkan diatas meja.

"Waalaikumsalam, anak baba dah datang."

"Mia rindu sangat-sangat dengan baba. Kenapa baba tidur lama sangat." tangisannya mula mengalir.

"Jangan menangis, baba dah sihat la sayang. Baba dah kuat." pujuk Encik Mikael mengusap pipi anak gadisnya.

"Baba janji jangan buat Mia macam ni lagi. Mia tak nak baba tidur lama macam ni, penat tahu tak Mia tunggu baba." tangisan masih lagi mengalir laju.

"Mia, sudah-sudah lah tu. Kalau Mia menangis macam ni, ibu pun nak turut serta tahu tak." kata Puan Leila menahan tangisan sambil membelai Mia.

"Okay Mia berhenti." Air matanya diseka.

"Bagus anak baba. Baiklah baba janji baba akan sentiasa sihat dan kuat demi anak baba sorang ni." belai Encik Mikael.

[C] MRS. LORENZOWhere stories live. Discover now