Chapter 24: Konflik Baru

Começar do início
                                    

"Hmm... Okey, nanti aku pergi tengok-tengokkan mak kau dekat rumah kau tu." Balas aku dengan segera.

"Okey terima kasih, Isa. Maaf tau sebab dah menyusahkan kau." Katanya dengan nada yang lega.

"Ah tak apalah, kau tak susahkan aku pun. Lagipun aku dah janjikan nak tolong kau? So tak ada hal lah." Balas aku dengan nada yang selamba sambil mengusap kepala yang terasa sedikit pening.

"Hmm okeylah, kalau macam tu nanti kalau ada apa-apa hal kau bagitahu kat aku tau." Kata Aisyah dengan nada yang berpesan.

"Insyaallah..." Balas aku dengan ringkas dan perlahan.

"Baiklah, aku minta diri dulu eh? Assalamualaikum..." Katanya sebagai tanda mengakhiri panggilan.

"Waalaikumusalam..." Balas aku dengan menjawab salamnya lalu talian panggilan kami berdua pun terus terputus. Setelah itu, aku duduk termenung di atas katil sambil memikirkan sesuatu seketika sebelum aku mula bangkit untuk pergi mandi membersihkan diri dan setelah selesai melakukannya, aku terus menukar pakaian dengan memakai pakaian yang kasual iaitu seluar jeans berwarna hitam, baju jersey sukan biasa yang berwarna putih dengan sweater hitam yang tak berapa tebal dan tak berapa nipis. Yup, ini lah jenis pakaian kegemaran aku. Heh...

Setelah selesai menukar pakaian, suara azan yang berkumandang daripada masjid yang berdekatan mula kedengaran di telinga aku menandakan bahawa waktu solat Asar telahpun tiba dan tanpa melengahkan masa, aku terus pergi mengambil air wuduk di dalam bilik air dan setelah itu aku terus mendirikan solat fardhu Asar di dalam bilik tidur aku sehinggalah ibadat kewajipan aku itu telahpun selesai.

"Bismillahirahmannirrahim... Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya di saat ini aku telahpun diuji olehMu dengan pelbagai ujian yang begitu berat sehinggakan tubuh badanku terasa sakit dan agak lemah sekarang ni. Namun di saat aku sedang terasa sakit begini, ada hamba-hambaMu yang memerlukan bantuanku. Dengan ini aku memohon kepadaMu ya Rahman ya Rahim, kau berikanlah aku sedikit kekuatan dan tenaga untuk aku membantu hamba-hambaMu yang lain yang pada ketika ini sedang memerlukan bantuanku itu ya Allah agar aku dapat menolong mereka tanpa ada rasa terbeban ataupun tergugat di dalam hatiku ini." Doa aku kepada Allah SWT setelah selesai menunaikan solat Asar.

"Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah segala urusanku baik di dunia dan di akhirat. Berikanlah aku petunjuk di kala aku ditimpa kesusahan tatkala aku mahu beriman terhadapMu, ya Allah. Berikanlah aku kekuatan di kala aku terancam tatkala sedang beriman dan beribadah terhadapMu, ya Allah. Sesungguhnya tidak ada apa yang engkau dapat lakukan melainkan dengan hanya keizinanMu sendiri ya Allah... Dan sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha bijaksana yang menyusun atur segala hidup hamba-hambaMu di dunia ini dan Engkau jugalah yang maha mengetahui akan segalanya di dunia ini. Robbana a'tina fiddunya hasanah... Wal fil akhiratil hanasah... Wa qina a'zabannar... Aamiin." Sambung doa aku lagi kepada Allah dengan begitu khusyuk sekali lalu terus diakhiri dengan mengaminkan doa tersebut. Selepas habis membaca doa, tubuh badan aku mula terasa segar dan bersemangat semula. Rasa sakit akibat kesan dirotan yang aku dapat semasa di sekolah tadi langsung dah tak terasa. Syukurlah Allah dah makbulkan doa aku dengan secepat begini.

Setelah semuanya selesai, aku pun terus bergegas memakai sarung tangan hitam yang diperbuat daripada kain yang nipis lalu terus mengambil segala keperluan yang patut seperti dompet, kunci rumah dan juga telefon bimbit. Oh tak lupa juga, aku turut membawa cincin yang diberikan oleh Dina semasa di sekolah tadi. Hanya sekadar bawa sahaja. Nak pakai tu rasanya belum tiba masanya lagi. Entah kenapa, firasat hati aku mengatakan bahawa belum tiba masanya lagi untuk aku memakai cincin yang bertatah batu berwarna delima tersebut. Mungkin ada udang di sebalik batu agaknya.

Setelah selesai bersiap dan membawa apa yang patut, aku terus menutup kesemua tetingkap rumah yang aku buka semasa aku masuk ke dalam rumah ini tadi dan selepas itu aku terus melangkah keluar rumah sambil mengunci pintu rumah daripada luar. Setelah itu dengan ucapan bismillah, kaki aku yang telah dipakaikan dengan kasut snickers hitam ini terus diorak langkah menuju ke rumah Makcik Siti iaitu ibu kepada Aisyah yang terletak di hujung Kampung Bukit Berduri ini.

KASYAF (Hiatus)Onde histórias criam vida. Descubra agora