Chapter 24: Konflik Baru

Start from the beginning
                                    

"Aizat dengan kawan Aizat tu nak pergi ke mana malam nanti?'' Soal ayah aku dengan nada yang perlahan.

"Hmm... Kitorang ada tugasan malam ni. Nak kena halau hantu-hantu yang ada dekat dalam bangunan Kompleks Maut tu." Balas aku dengan nada yang separa serius.

"Hah? Kenapa pula?" Soal ayah aku dengan nada yang separa terkejut.

"Hmm... Panjang ceritanya. Tak apa, meh sini Aizat ceritakan..." Kata aku dengan nada yang perlahan lalu aku pun terus menceritakan segalanya kepada ayah aku itu dari segi tentang motif dan juga tujuan utama kami semua hendak ke Kompleks Maut itu.

"Ouh macam tu ke ceritanya... Hmm kalau macam tu, ayah bagi je kamu nak pergi ke sana. Tapi jagalah diri tu elok-elok eh? Jangan cuai sangat bila nak berhadapan dengan makhluk-makhluk halus ni sebab mereka pun boleh cederakan kita. Kalau tak, ha macam ni lah jadinya nanti." Kata ayah aku dengan panjang lebar sambil menuding jari telunjuknya ke arah mata kiri aku yang tertutup dengan penutup mata ini.

"Hmm baik ayah." Balas aku dengan nada yang akur.

"Nanti kalau Aizat dah nak pergi ke sana nanti, jangan lupa ambil daun bidara kat belakang rumah kita tu pula. Protection penting tu." Pesan ayah aku sambil menjamah sebiji kuih cekodok pisang lalu dikunyahnya ke dalam mulut.

"Ah ya-ya, nanti Aizat ambil."
______________________________________

[Isa POV]

Kreeek!

"Assalamualaikum..." Ucap aku dengan nada yang perlahan sambil melangkah masuk ke dalam rumah dengan dimulakan langkah kaki kanan sambil membuka pintu rumah aku itu dan kemudian terus menutupinya semula daripada dalam. Aku tahu takkan ada yang menjawab salam aku itu. Tapi pada aku, itu sudah menjadi satu kewajipan kerana dengan satu ucapan salam sahaja mampu mengelakkan daripada kedatangan jin-jin yang mahu datang menganggu ke dalam rumah aku ini.

Setelah aku masuk ke dalam rumah, aku terus membuka kesemua penutup tetingkap rumah yang menutupi sinaran cahaya matahari yang terpancar daripada luar itu dan kemudian aku melangkah pula menuju ke arah bilik tidur lalu terus merebahkan diri di atas katil seketika bagi menghilangkan rasa letih yang dialami oleh tubuh badan aku yang kesakitan ini. Suhu hangat yang terasa di dalam seluruh ruangan bilik ini langsung tak menganggu aku yang cuba untuk merehatkan diri ini. Aku punya rasa letih ni, sampaikan nak buka kipas bilik pun dah terasa malas. Huhu...

Zeet!! Zeet!!

Tiba-tiba kedengaran suara bunyi telefon bimbit aku bergetar dan mengeluarkan bunyi yang agak perlahan namun cukup untuk membuatkan aku terkejut lalu memaksa aku segera bergegas untuk mencari telefon bimbit aku tersebut. Setelah menjumpainya yang tersorok di bawah bantal aku itu, aku terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat dulu siapakah gerangan yang menghubungi aku itu.

"Hello."

"Hello Isa, Aisyah ni." Kedengaran suara Aisyah bercakap melalui talian telefon tersebut. Apabila mendengar suaranya itu, tubuh badan aku yang terasa sakit dan keletihan itu tadi terus tersentak mengejut dan sekaligus menjadikan rasa sakit dan letih yang terasa di tubuh badan aku ini tadi terus terasa hilang seketika.

"Ouu Aisyah... Err ada apa call aku ni?" Soal aku dengan nada yang lembut sambil memperbetulkan posisi kedudukan aku dengan posisi kedudukan yang lebih selesa.

"Erm maaf kalau aku ada terkacau kau sekarang ni tapi aku ada benda nak minta tolong dengan kau ni." Balasnya dengan nada meminta.

"Ah tak ganggu pun. By the way, kau nak minta tolong apa tu?" Soal aku kepadanya.

"Err macam ni... Pukul 12 tengah tadi, mak aku kan jaga aku dekat hospital kan? Lepas tu bila dah masuk pukul 3 petang tadi, dia kata nak balik ke rumah sekejap sebab nak ambil barang. Katanya pukul 3 petang nanti dia akan datang balik ke sini tapi, masalahnya sekarang dah nak masuk pukul 5 petang dan mak aku tu masih tak balik-balik lagi ni. Jadi aku nak mintalah kau tolong pergi tengok-tengokkan dia dekat rumah aku tu boleh? Sebab aku risaulah takut ada apa-apa yang terjadi dekat dia tu nanti." Kata Aisyah dengan panjang lebar. Apabila mendengar cerita dan permintaannya itu, aku melihat ke arah jam dinding seketika. Jam di dinding menunjukkan waktu sudah masuk pukul 4:30 petang. Lagi 5 minit waktu solat Asar akan masuk. Jadi maknanya aku masih ada kesempatan masa lagi untuk buat sesuatu bagi permintaan Aisyah ni. Aku pada mulanya agak berat hati untuk menerima permintaannya itu kerana disebabkan rasa sakit dan kepenatan yang dialami oleh tubuh badan aku pada ketika ini. Tapi disebabkan aku baru teringat tentang janji aku untuk membantunya dalam setiap apa cara sekalipun, maka terpaksalah aku menggagahkan diri aku untuk menerima permintaannya itu.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now