"Apa yang papa dah buat? ".

"Mikayla anak tak setaraf Shaq".

"Awak... ". Panggil Mikayla Sofea dengan suara yang serak-serak basah.

"Kau dah bangun? ". Tanya Arshaq. Wajahnya diusap perlahan.

Mikayla Sofea mengangguk perlahan. "Siapa angkat saya? ".

Kening Arshaq sudah terjungkit. "Kau rasa siapa? ".

"Kaiser". Laju saja Mikayla Sofea menjawab.

Memicing mata Arshaq memandang isterinya. Berani dia sebut nama Kaiser.

Mikayla Sofea tersenyum kecil. Lengan suaminya terus dipeluk erat. "Awaklah yang angkat saya. Takkan Kaiser pulak kan"

Arshaq hanya mendiamkan diri. Pelukan dilengannya dibiarkan.

"Boleh aku tanya kau sesuatu?". Soal Arshaq senada.

Mikayla Sofea terus memandang suaminya. Kepalanya menganguk perlahan. "Sebelum tu saya nak tanya awak dulu ".

"Apa? ".

"Awak masih marahkan saya? ".

Arshaq hanya diam. Wajahnya diubah dingin.

"Tak"

"Betul ni? "

"Kau nak aku marah kau lagi ke? Kau sanggup? ". Sinis Arshaq bertanya.

Laju Mikayla Sofea menggeleng.

"Tak nak. Okey awak nak tanya apa dekat saya? ". Laju saja dia menukar topik. Dia tak nak mood suaminya berubah. Takutlah kite.

"Kau tahu nama mak kau apa? ".

Mikayla Sofea mengangguk perlahan. "Tahu. Kenapa? ".

"Ayah kau? ".

"Tahu la awak. Kan nama saya berbintikan dia. Awak ni kenapa? ".

Arshaq menggeleng. "Tak de apa. Saja tanya. Dah pergi siap. Ikut aku pergi shot house ".

Mikayla Sofea sudah mengeluh kecil. Penat dia seharian hari ini keluar. Malam ni kena teman suami dia pula. Haih.

"Ada Tasya tak? ". Soalnya ingin tahu.

Kening Arshaq sudah terangkat. "Kenapa? Kau jeles? ".

"Haah saya jeles. Saya cemburu dengan dia. Kenapa? Tak boleh? ". Laju Mikayla Sofea menuturkan ayat-ayat itu. Dia tidak suka memendam perasaan ini. Nanti dia juga yang sakit hati kalau menafikan yang dia tidak cemburu.

Bibir Arshaq sudah mengoyakkan senyuman sinis. Rangkulan di lengannya dilepaskan. Pinggang ramping isterinya di tarik merapatinya.

Mikayla Sofea sudah terkebil-kebil. Berkelip perlahan kelopak matanya.

"Kan aku dah cakap. Jangan sukakan aku. Nanti kau kecewa". Perlahan Arshaq berkata. Pipi isterinya di usap lembut.

Mikayla Sofea sudah mencebikkan bibir. "Tak kisah la apa pun. Yang pasti saya isteri awak dan saya cintakan suami saya. Tak kisah la apa yang akan jadi nanti. Saya hadap je. Yang penting saya suka awak".

Setelah menuturkan kata-kata, dia terus mencium laju je bibir suaminya. Kemudian laju dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Membahang panas mukanya.

Mata tajam Arshaq mengekori langkah isterinya. Tanpa sengaja bibirnya mengukirkan senyuman.

"Berani kau eh".

Malas-malas Mikayla melangkah kakinya. Wajahnya usah dikata cemberut masam apabila kornea matanya melihat susuk tubuh Tasya.

"Mikayla, mari sini ". Panggil Tan Sri Mokhtar.

Mikayla Sofea terus mengoyakkan senyumannya. Laju saja kakinya melangkah ke arah Tan Sri Mokhtar.

"Papa buat apa dekat sini. Nak menembak juga ke? ". Soalnya ramah.

"Yela.. Bukan macam kau, datang sini semata-mata nak tengok je". Jawab Arshaq senada. Dia mula meregangkan otot tangannya.

Mikayla Sofea menjuih kecil. Dia terus memandang papanya.

"Papa nak menembak juga la Mikayla. Dah lama papa tak beraksi". Ucap Tan Sri Mokhtar.

Mikayla Sofea hanya mengangguk. Tidak hairan la, keluarga kaya memang akan melakukan aktiviti yang mahal-mahal. Setahunya shot house ini milik suaminya dan Tan Sri Mokhtar.

"Mikayla tak nak join?".

Baru dia ingin membalas, suara Arshaq sudah kedengaran.

"Nak join apanya pa. Dia ni penakut. Menggeletar tangan dia pegang pistol". Perli Arshaq.

Cis. Tak guna. Bukan nak backup aku. Perli aku lagi ada la. Suami apa macam ni.

"Lembek". Tutur Tasya perlahan namun masih boleh didengari Mikayla Sofea.

Memicing tajam mata Mikayla Sofea ke arah Tasya. Ni lagi sekor, kalau sehari tak menyakitkan hati aku tak sah!

"Alah nanti lama-lama dah okey dah la. Jom papa ajar". Pelawa Tan Sri Mokhtar.

"Eh tak nak la pa. Mikayla tak suka. Hehe. Papa pergi la dengan Shaq dan Tasya".

"Jom la Mikayla. Kita kena handal dalam semua perkara. Tambah Mikayla berdamping dengan Shaq, lagi la Mikayla kena peka. Kamu kena tahu macam mana seni pertahankan diri dan mengendalikan senjata". Pujuk Tan Sri Mokhtar. Lengan Mikayla Sofea ditarik lembut.

Tergaru-garu Mikayla dibuatnya. Bibir bawah di gigit. Dia cuba ingin meminta bantuan daripada suaminya, tapi tidak diendahkan. Mamat ni buat-buat tak perasan pulak!.

"Papa jom la. Biar je la perempuan ni. Yang ruginya dia. Jom pa". Tasya terus menarik lembut tangan Tan Sri Mokhtar dan diikuti Arshaq.

Mikayla Sofea sudah terpinga-pinga. Baru dia ingin berterima kasih tapi bila dengar cara nada yang dituturkan oleh Tasya itu membuatkan dia menyirap. Zup naik ke atas.

Tak guna punya perempuan. Ey! Dah la pegang tangan laki aku. Potong tangan tu baru tahu!

Menyampah la aku!

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now