Bab 1

57 3 0
                                    

"Papa!!"Seorang budak perempuan comel meluru memeluk ayahnya yang baru sahaja pulang dari kerja."Papa hari ni jangan lupa tau bawak kita jalan jalan."Tergelak si ayah melihat karenah anak comelnya itu,apa lagi dia pun balaslah,"Iye sayangku,papa tak lupa.Oke papa nak mandi dulu.Erina pun bersiaplah sekali.Mama pun ikut tau.""Yeay!Mama ikut sekali!"

Tiba tiba seorang wanita yang agak muda keluar dari sebalik pintu menyergah mereka berdua.Raut wajahnya tampak lebih muda berbanding suaminya yang tampan tetapi sedikit tua itu.Wanita tersebut tersenyum melihat kemesraan anak dan suaminya.

"Ha Erina,Buat apa tu!"

"Aghhh!Hahahahah mama ni kuat betul sakat kita.Ingat kita takut ke"

"Eleh mama nampak kamu terkejut tadi, terbeliak mata tapi kamu sorok cepat cepat.Ha mengaku sajalah anakku sayang,kalau tak mama geletek kamu.Ha..."

"Mama jangan,geli!"

Terhambur ketawa papa Erina melihat mereka,

"HAHAHAHAHA!Eh dahlah pergi bersiap nuh, sat lagi papa tinggal baru tahu.Kamu bersiap lama.Mengalahkan siput."

"hurmm yelah yelah,Erina mandi jap."

"Ya Allah tak mandi lagi budak ni!"

"Hehe lari!!"

Erina sempat melarikan diri dari papanya.Dia segera mengambil berus gigi dan masuk ke dalam bilik mandi.Papanya juga meneruskan hajat untuk membersihkan diri.Lantas dia mendaki tangga dan masuk ke bilik tidur.

"Abang tuala abang ada kat sini."

"Bagi abang."

"Nah,saya ambik baju kejap--"

Arif merangkul pinggang Airin.Dia kemudian mencium pipi gebunya.

"Abang sayang isteri abang dengan anak kita."

"Hmm Airin pun sayang abang dengan Erina.Abang boleh tak Airin mintak satu bende?"

"Hurmm apa dia tu?"

"Suatu masa nanti kalau Airin dah takde,Airin nak abang jaga Erina baik baik.Airin--"

"Sayang,tak baik cakap macam tu."

"Hehe Airin cakap je bang."

"Abang tak suka Airin cakap macam ni..."

Arif memperketatkan pelukan.Dia sangat takut apabila Airin cakap benda sebegitu.

"Abang tak nak hilang Airin..."

Pintu bilik dibuka seseorang.

"Papa mama,Erina dah siap!"

"Ha good job my cutie.Jom turun.Kita tunggu papa."

"Okey mama!"

........................................................

"Yeay yeay!Kita dah sampai,papa kita nak pergi mana dulu?"

"Papa rasa kita kene pergi makan dulu.Pastu main games,makan aiskrim..."

"Papa nak main tu."

"Nanti..."

"Nak main jugak!!"

"Papa cakap nanti dulu..."

Erina berlari ke arah gaming centre di seberang jalan.Jalan tersebut sangat sesak.Kenderaan yang lalu di sepanjang jalan bergerak dengan had kelajuan sangat pantas.

"Abang,Erina!!

Sebuah kereta meluncur laju merempuhnya.

"Ya Allah Erina!!"

Arif berlari pantas ke arah badan yang terpelanting akibat dirempuh kereta.Badannya berlumuran darah.

"Sayang jangan tinggalkan abang..."

"Abang Airin minta satu perkara je,jaga E-Erina elok elok,Airin sayang abang dengan anak kita."

"Sayang,sayang dah janji dengan abang kan yang sayang takkan tinggalkan abang??Sayang bukak mata!"

"Airin!!!!"

Ya,Airin ialah mangsa tragedi tersebut.Sewaktu Erina hampir dirempuh,dia berlari ke arahnya dan menolak anak perempuannya ke sisi jalan.Akibat hentakan yang kuat,badannya terpelanting jauh.Walaupun darah banyak keluar  namun wajahnya tetap bersih tersenyum semasa ditatap suami dan anaknya.Akhirnya dia menutup mata buat selama lamanya.





Surat Untuk PapaWhere stories live. Discover now