Chapter 23: Letih Dan Penat

Start from the beginning
                                    

''Ha tahu pun sakit. Ini yang kau kata yang kau dah okey? Dah tahu tak okey, lagi kau nak pura-pura dah okey. Tak payahlah Isa... Kita balik je lah. Kau berehat je lah eh?'' Balas Aizat dengan nada yang serius. Isa terdiam seketika lalu wajahnya mula menjadi masam mencuka.

''Tapi... Aku bosanlah duduk kat rumah tu seorang diri. Dah lah tak ada teman. Aku nak berborak dengan siapa pun aku tak tahu.'' Balas Isa dengan nada separa merungut. Mendengarkan rungutan sahabatnya itu, Aizat pun tersengih sinis lalu dia terus memaut mesra pada tengkuk sahabatnya itu seketika.

''Tak apa... Kau berehat je hari ni, okey? Esok kalau kau dah okey, kau nak melepak kat warung Pak Umar tu sampai malam pun aku tak kisah. Aku akan teman kau sampai kau rasa dah puas nanti. Amacam? Boleh ke tak boleh?'' Pujuk Aizat dengan nada yang tenang. Isa pun tersenyum lalu dia terus menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham.

''Nah... Ni kunci rumah kau. Aku terjumpa kat tepi longkang masa kau dah lari nak selamatkan si Dina ni tadi.'' Katanya lagi sambil menyerahkan kunci rumah milik Isa yang tercicir itu tadi kepada tuan empunya badannya itu semula.

''Ouh terima kasih...'' Balas Isa dengan ringkas sambil mengambil kunci rumahnya itu daripada pegangan Aizat.

''Erm... Isa, tentang kes aku kena serang masa kat dalam bilik stor sukan tadi tu pun aku nak cakap... Terima kasih tau sebab dah tolong datang selamatkan aku. Kalau kau tak datang tadi, mungkin aku dah-''

''Tak apa... Benda kecil je. Alhamdulillah lah kau dah selamat sekarang.'' Balas Isa dengan memotong kata-kata Dina yang mahu berterima kasih itu sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Melihat senyumannya yang agak manis itu, Dina pun terus jadi terpegun dengan senyuman simpulnya itu seketika sambil pipi putih gebunya itu mula berubah warna menjadi kemerah-merahan.

''Ehem... Ehem... Isa, kau nak lepak kat warung Pak Umar esok kan? Kalau kau nak lepak kat warung Pak Umar, kau kena sihat cepat kan? Jadi kan, aku rasa sekarang ni kalau kau nak sihat cepat, aku rasa kau kena balik ke rumah cepat dan berehat secukupnya. betul tak?'' Tiba-tiba Aizat menyampuk dengan soalan yang bertubi-tubi sambil dia berpura-pura batuk dan sekaligus membatalkan sifat Dina yang terpegun dengan senyuman Isa itu tadi.

''Hmm... Yelah-yelah. Kalau macam tu, jomlah kita balik.'' Jawab Isa dengan nada yang seolah-olah malas mahu melayan.

''Wow... Macam seronok je korang berdua nak melepak kat warung Pak Umar tu. Aku pun nak ikut juga...'' Kata Dina dengan nada yang perlahan.

''Eh kau tak boleh, sibuk je. Kau tu perempuan, mana boleh melepak sekali dengan orang-orang lelaki.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba.

''Alaaah... Apa salahnya? Lepak je kan? Bukannya buat apa pun.'' Rungut Dina dengan nada memberontak. Mendengarkan rungutannya itu, Isa dan Aizat saling membalas pandangan seketika sebelum pandangan mereka berdua itu beralih semula kepadanya.

''Ha yelah-yelah, suka hati kau lah.'' Balas Aizat dengan nada yang mengalah dan mereka bertiga pun ketawa terhibur bersama-sama sambil mempercepatkan langkah berjalan menuju ke keluar sekolah.
______________________________________

[Cikgu Sulaiman POV]

''Cikgu Sulaiman... Cikgu Azri...''

''Ya saya...'' Aku dan Cikgu Azri menyahut dengan serentak dan perlahan apabila nama kami berdua disebut satu-persatu oleh seorang lelaki tua separuh usia yang sedang berada di hadapan kami ini. Di dalam bilik pejabat yang penuh dengan piala-piala dan pingat yang menjadi simbol kecemerlangan sekolah ini membuatkan aku sedikit pun berasa tak senang duduk dan tak selesa apabila ditenung tajam oleh lelaki tua separuh usia yang sedang duduk di atas kerusi pejabatnya itu.

''Saya dapat tahu yang kamu berdua bergaduh dan bertengkar di dalam bilik guru disiplin disebabkan ada kes kesalahan yang pelajar baru tu dah buat masa waktu tengah hari tadi. Betul ke?'' Soal lelaki tua separuh usia itu dengan panjang lebar.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now