Chapter 20: Misteri Di Mana-mana

Beginne am Anfang
                                    

''Ermm... Maaflah, aku memang nak ceritakan pasal hal ni semua dekat kau. Tapi atas arahan daripada Cikgu Sulaiman, aku kena rahsiakan pasal hal ni daripada semua orang sebab katanya tak nak semua pelajar yang ada kat dalam sekolah ni rasa takut.'' Balas aku dengan panjang lebar. Aku terpaksa menipunya untuk kebaikan rahsia aku dan Isa. Lagipun aku yakin yang Cikgu Sulaiman mesti tak nak aku ceritakan pasal hal ni dekat sesiapapun disebabkan tak nak ada pelajar-pelajar yang ada kat dalam sekolah ni berasa takut.

''Hmm... Aku yakin kau tipu. Tapi tak apa, aku tahu mesti ada sebab kenapa kau terpaksa tipu aku.'' Kata Kimi dengan nada yang mendatar sambil dia bangkit berdiri daripada tempat duduknya itu lalu dia terus berdiri membelakangi aku seolah-olah mahu bergerak kembali semula ke arah mejanya yang berada di hadapan meja guru kelas di tengah-tengah itu.

''Esok kalau budak baru tu datang lagi, suruh dia jumpa dengan aku. Aku ada benda nak bincang dengan dia...'' Katanya lagi dengan arahan yang bernada serius lalu dia terus berlalu pergi menuju ke arah mejanya itu semula. Aku yang mendengar dia memberi arahan tersebut terus tergamam seketika. Apa yang... Dia nak bincangkan dengan si Isa tu?
______________________________________

[Beberapa Jam Kemudian]

[Isa POV]

Di dalam rumah Aizat yang rupanya seperti rumah kampung ini, aku duduk di atas kerusi sofanya yang terletak di bahagian ruang tamu rumahnya itu sambil melihat televisyen bersama dengan Aizat yang menonton televisyen di sebelah aku itu sambil memakan biskut coklat kegemarannya yang tersimpan di dalam bekas tin besar itu.

''Dah 3 jam aku duduk kat dalam rumah kau ni, sunyi je. Mak ayah kau mana?'' Soal aku kepada Aizat apabila aku perasan bahawa kehadiran ibu bapanya itu tak kelihatan semenjak aku datang ke sini tadi.

''Diorang keluar ke pekan kejap. Ada urusan penting lepas tu nak beli barang dapur katanya. Nanti diorang baliklah tu.'' Balas Aizat dengan nada yang selamba sambil mengunyah biskut di dalam mulutnya.

''Hmm... Wey, aku tengok kau ni kan... Macam tak ada perasaan je bila mata kiri ni kau dah buta. Kau tak sedih ke?'' Soal aku kepadanya lagi.

''Nak sedih buat apa? Redha je lah. Takkan nak meroyan pula? Nanti elok-elok mood aku ni dah tenang, jadi gila pula aku nanti. Redha je lah. Benda dah jadi, nak buat macam mana, kan? Kita ni tak boleh nak tentukan takdir sebab kita ni hanya mampu merancang je, Allah yang boleh tentukan segalanya. So kita terima je lah Qada' dan Qadar ni...'' Balas Aizat panjang lebar dengan nada yang selamba. Aku terdiam seketika apabila mendengar dia berkata begitu. Tinggi betul ketabahan hati seorang Aizat ni. Kalau aku jadi dia, mungkin aku ni dah jadi depress kot.

''Kau nak sikit?'' Soal Aizat sambil menyerahkan bekas tin biskut coklatnya itu kepada aku.

''Tak apalah, tak ada seleralah.'' Balas aku dengan ringkas.

''Lah... Kenapa?'' Soalnya sambil menyuap sebiji biskut ke dalam mulutnya.

''Entahlah... Masa lepas kena rasuk kat sekolah tadi tu, segala urat sendi dengan tulang-tulang kat dalam badan aku ni semua rasa sakit-sakit. Selera nafsu makan aku sekarang ni pun rasa macam hidup segan mati tak mahu je ni.'' Balas aku dengan panjang lebar dan bernada perlahan.

''Hmm... Biasalah tu. Kalau ikut daripada apa yang aku tahu, orang yang lepas kena rasuk ni memang akan jadi lemah sikit sebab tenaga badan dia dah banyak digunakan oleh jin yang merasuk dia tu. Untuk pengetahuan kau, lagi lama jin tu duduk kat dalam badan orang tu, lagilah orang tu akan terasa lemah dan sakit sebab tenaga dia dah banyak digunakan oleh jin tu. Lagi satu, lagi kuat jin yang rasuk dia tu, lagilah banyak tenaga dia akan digunakan. Silap-silap boleh bawa mati tau.'' Kata Aizat dengan panjang lebar.

KASYAF (Hiatus)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt