Epilog | Unfinished Story

385 83 113
                                    

Yoshi duduk di kerusi pelawat dengan senyuman yang nipis, dia memandang keadaan sekitar penjara

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoshi duduk di kerusi pelawat dengan senyuman yang nipis, dia memandang keadaan sekitar penjara. Bagaimana keadaan Junkyu di sini agaknya?

Sudah 1 bulan sejak kejadian menggerikan itu berlaku. Yoshi tak pernah sangka yang dia akan hidup malam tu, dia fikir dia benar benar akan mati setelah 7 hari. Namun siapa sangka, keadaan menjadi lebih teruk.

Doyoung dan Changbin mati malam tu.

Minho pula dipenjarakan kerana berkomplok dengan Changbin untuk menculik mangsa mangsa yang lain begitu juga dengan Junkyu yang sedang dipenjarakan atas kes pembunuhan.

Bagaimana dengan Jihoon?

Yoshi lagi lagi tersenyum getir mengingat keadaan Jihoon sekarang ni.

Setelah dia dibawa ke hospital malam tu, Jihoon di sahkan menghidap Amnesia kerana hentakan yang begitu kuat di kepalanya.

"Yoshinori, kamu boleh jumpa kawan kamu sekarang."

Lamunan Yoshi terhenti saat seorang pegawai perempuan memanggilnya.

Dengan senyuman yang lebar Yoshi melangkah masuk ke dalam tempat untuk melawat banduan. Netra mata Yoshi jatuh pada Junkyu yang sedang duduk di dalam sebuah bilik.

Jarak mereka dipisahkan oleh cermin yang kalis bunyi. Yoshi duduk di atas kerusi lalu meraih gangang talefon yang tersedia.

"Hai, kau apa khabar?"

Sapa Yoshi dahulu.

Junkyu tersenyum nipis.  "Aku okey je...terima kasih sebab selalu datang jenguk aku." Kata Junkyu sambil melebarkan senyuman di wajahnya.

"Tiada hal lah, kita kan kawan. Walaupun kita baru kenal dalam jangka 7 hari tapi aku rasa selesa dengan kau."  Balas Yoshi.

Sejujurnya faktor yang merapatkan hubungan mereka adalah kerana mereka dikurung dalam penjara besi yang sama selama 7 hari dan menghabiskan masa mereka sambil bercerita tentang penyesalan hidup mereka.

Junkyu diam mendengar ucapan Yoshi begitu juga Yoshi. Mereka berdua tidak tahu hendak berbual apa.

"M-macam mana keadaan Jihoon?"  Soal Junkyu cuba memecahkan keheningan.

"Dia baik baik saja dengan keluarganya cuma...aku dengan nenek dia tak tahu nak bagi alasan apa bila dia tanya macam mana dia boleh hilang ingatan."

"Kau masih lagi nak sembunyikan apa yang berlaku? Yoshi...dia perlu tahu kebenaran yang dia pernah diculik oleh psychopath."

Kata Junkyu.

"Tak. Ini lebih baik, dia tidak perlu ingat tentang kejadian tu."

Tegas Yoshi, ini untuk kebaikan Jihoon juga. Dia baru saja bangun dari hospital dengan kepala yang berbalut.

Junkyu menghela nafas berat, lagi lagi dia perlu mengalah kerana apa yang boleh dia buat? Sekarang ni dia hanyalah seorang banduan.

"Sebernanya soalan ini mungkin sensitif tapi...kenapa kau bunuh Doyoung malam tu?"

[✓] Seven daysWhere stories live. Discover now