3

324 79 7
                                    

"Yoshinori

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Yoshinori." Jawabnya pendek lalu bersandar pada dinding penjara tersebut. Netra matanya jatuh pada semua manusia yang dikurung di sini.

"Psychopath tu akan membunuh kita semua? Sungguh gila untuk membunuh seramai ni orang."

Cuba kalian darabkan angka lima dengan tiga? Itu bilangan orang yang akan mati tak lama lagi termasuklah Junkyu, Yoshi dan Junkyu.

"Dia sudah membunuh banyak lagi orang sebelum ni. Kita beruntung kerana masih ada tujuh hari untuk hidup. Berbeza dengan mereka yang akan mati dalam masa terdekat ni."

Kata Junkyu lalu memandang penjara penjara yang berisi remaja lelaki yang lebih muda darinya.

Sungguh menyedihkan, akan mati di dalam usia muda dengan cara yang mengerikan.

"Siapa namamu?"

Soal Yoshi kepada lelaki yang dari tadi lagi mendiamkan diri. Lelaki itu tidak menjawab, dia hanya menatap Yoshi dengan tatapan mata yang kosong.

"Tak guna bertanya, dia tidak akan jawab. Bisu agaknya."

Kata Junkyu dengan nada suara yang malas. Sudah banyak kali dia membazirkan suaranya untuk bercakap dengan lelaki itu.

"Ini bukannya masa untuk berkenalan..."

Akhirnya lelaki itu bersuara, dia meraup wajahnya dengan kesal bagaikan seorang pekerja awam yang baru saja dipecat.

"Apa yang patut kita buat..."

Lirih lelaki yang bernama Jihoon itu dengan nada suara yang perlahan. Junkyu dan Yoshi salin berpandangan.

"Menunggu untuk mati."

Jawab Junkyu dengan tenang, dia menatap Jihoon yang semakin sebak. Air mata lelaki itu mulai jatuh mengalir pada pipinya dengan mata yang merah.

"Ah, dia menangis lagi! Hei, kau nampak seperti seorang lelaki yang kuat tetapi apa yang kau lakukan dari tadi adalah menangis!"

Kata Junkyu dengan wajah yang kesal, malang betul nasibnya kerana berkongsi penjara dengan lelaki ini.

"Habis tu, apa yang perlu aku lakukan? Berteriak macam orang kena histeria? Sia sia saja, pschopath itu tidak akan lepaskan kita, kan?"

Jihoon jadi mendadak emosi.

"Bertenang, kau fikir aku suka keadaan kita yang macam ni? Mungkin ini balasannya, setelah membunuh ibuku sendiri, aku harus mati di tangan seorang psychopath? Sungguh miris hidupku."

[✓] Seven daysDonde viven las historias. Descúbrelo ahora