Chapter 18: Pemutusan Sihir

Start from the beginning
                                    

''Katakan kepada aku, apakah manfaat baik untuk aku bertaubat dan memeluk Islam hah?!!'' Soal Isa yang kerasukan itu dengan nada yang marah. Mendengar soalan Isa yang kerasukan itu, Ustaz Roslan tersenyum simpul seketika lalu dia menghampiri dan melutut di hadapannya seketika sambil membaca ayat bismillah.

''Bismillahirahmannirrahim...''

*Surah As-Sajdah (Ayat 4)*

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ (4)

Allahullazi kholaqol samawati wal'ard wama bainahuma fi sittahi ayyamin summa astawa a'lal a'rsyi ma lakum man dunihi min waliyan wala syafi'in a'fala tatazakkarun (4)

Maksudnya:
Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?

Setelah mendengar ayat tersebut dibacakan olehnya, Isa yang kerasukan itu terus terdiam seketika.

''Wahai Jin Ifrit... Dahulu kala, engkau pernah menyembah Allah SWT dan setelah wafatnya rajamu iaitu baginda Nabi Sulaiman AS, engkau terus menjadi kafir dan sesat dengan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lainnya. Bertaubatlah... Kembalilah engkau ke jalan yang benar dan hentikanlah perbuatan yang menyakiti manusia ini. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun lagi maha pengasihani. Setinggi mana pun dosa engkau dan sehina mana pun dosa engkau terhadapNya, Allah itu takkan pernah menolak untuk mengampunkan segala dosa hamba-hambanya yang gigih berusaha untuk bertaubat. Kembalilah engkau ke pangkal jalan yang benar, wahai jin Ifrit...'' Kata Ustaz Roslan kepadanya dengan panjang lebar sambil tangan kanannya memegang bahu kiri Isa yang kerasukan itu. Setelah mendengar tazkirah daripada Ustaz Roslan itu, Isa yang kerasukan itu menangis seketika.

''Aku makhluk gelap yang dilaknat Allah... Selama ribuan tahun aku hidup, aku sentiasa menyangkakan yang Allah sangat-sangat membencikan aku kerana sudah termaktub di dalam Al-Quran yang bahawasanya kami bangsa jin dan syaitan akan dilaknat olehNya sampai ke hari kiamat dan disebabkan itulah aku membencikan Islam kerana ianya seolah-olah mahu menjadikan aku sebagai musuh-musuh utama mereka dan ianya juga seolah-olah mahu menjadikan penghalang yang besar buat aku untuk kembali ke pangkal jalan yang benar semula disebabkan kerana aku adalah makhluk yang dilaknat tuhan.'' Kata Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar sambil menangis teresak-esak.

''Astaghfirullahalaziim... Tak, kau dah salah anggap dengan Allah dan Islam.'' Kata Cikgu Sulaiman kepadanya dengan nada yang serius.

''Walaupun Allah melaknat bangsa kau sampai ke hari kiamat, tapi Allah tu maha pengampun, maha pengasih dan maha penyayang. Walaupun engkau adalah makhluk yang dilaknatNya, Allah tu tetap akan terima kau dengan baik kalau kau betul-betul ikhlas nak bertaubat dan sujud sembah kepada Dia tu.'' Katanya lagi dengan panjang lebar.

''Betul katanya tu. Allah tu sayangkan kesemua hamba-hambanya dan dia tak pernah menolak taubat hamba-hambanya yang ikhlas nak berubah dan kembali semula ke pangkal jalan yang benar. Marilah Ifrit... Bertaubatlah engkau dan sujud sembahlah engkau dekat Allah SWT. Insyaallah, dengan izin Allah kau akan diterima taubatnya dan syurgalah yang akan menjadi milik engkau nanti.'' Sambung Ustaz Roslan dengan panjang lebar sambil bangkit berdiri. Mendengarkan kata-katanya itu, Isa yang kerasukan itu terdiam seketika lalu dia terus bangkit berdiri dengan melepaskan tangan dan kakinya daripada cengkaman-cengkaman ketiga-tiga guru lelaki tersebut dengan cara yang lembut dan kemudian dia terus berdiri berhadapan dengan Ustaz Roslan dan Cikgu Sulaiman itu.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now