Chapter 18: Pemutusan Sihir

Start from the beginning
                                    

''Wahai jin laknatullah... Bertaubatlah engkau dan kembalilah engkau ke pangkal jalan yang benar. Janganlah engkau sakiti manusia yang tiada dosa terhadap engkau kerana sesungguhnya tiada satupun kebaikan yang engkau akan dapat dengan melakukannya.'' Kata Ustaz Roslan kepada Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar.

''Heh... Bertaubat? Kau nak aku bertaubat?! Heh... Aku ni lebih menginginkan kehancuran keimanan umat-umat Islam daripada keindahan syurga yang nyata bagi mereka yang beriman!! Tidak akan sekalipun aku mahu bersujud kembali kepada Allah dan aku takkan bertaubat selama-lamanya!!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan panjang lebar. Dalam pada masa yang sama juga, Cikgu Sulaiman pun sampai dengan membawa bahan-bahan yang dipesan oleh Ustaz Roslan itu tadi lalu dia terus menyerahkan bahan-bahan tersebut kepada Ustaz Roslan yang sedang berdialog dengan jin Ifrit yang merasuki tubuh badan Isa itu.

''Apa yang dah jadi ni Ustaz?'' Soal Cikgu Sulaiman kepadanya. Ustaz Roslan tidak mengendahkan soalan Cikgu Sulaiman itu lalu dia pun terus mengambil bahan-bahan tersebut dan kemudian dia terus mengikat rotan kayu yang diberikan oleh Cikgu Sulaiman itu dengan daun-daun bidara yang diberikan juga oleh Cikgu Sulaiman itu tadi dengan menggunakan gelang getah. Setelah itu, dia bangkit berdiri sambil berhadapan dengan Isa yang kerasukan itu.

''Sulaiman... Bagi garam dengan lada hitam secubit.'' Pinta Ustaz Roslan kepadanya sambil merenung tepat ke arah Isa yang kerasukan itu. Cikgu Sulaiman pun akur dengan permintaannya itu lalu dia pun terus mengambil secubit garam dan lada hitam di dalam sebuah bekas yang dibawanya tadi dan kemudian dia terus meletakkan kedua-dua bahan tersebut di atas tapak tangan kiri Ustaz Roslan.

''A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim...'' Ustaz Roslan membaca ayat bismillah seketika dengan nada yang perlahan sambil dia meniup ke arah serbuk lada dan garam yang berada di tapak tangan kirinya itu lalu dia menggaulkan sedikit bahan-bahan tersebut dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanannya. Setelah itu, dia memandang ke arah Isa yang kerasukan itu pula.

''Wahai Ifrit... Sebagai umat Islam yang soleh, aku mahu engkau segera bertaubat dan terus memeluk Islam dengan segera sebelum engkau terlambat. Bertaubatlah...'' Kata Ustaz Roslan kepada Isa yang kerasukan itu dengan nada yang mendatar.

''Aku takkan bertaubat!!!'' Balas Isa yang kerasukan itu dengan nada yang marah.

''Betul engkau tidak mahu bertaubat ni?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya.

''Iya!! Aku akan sesatkan kalian semua walau dengan apa-apa cara sekalipun!!'' Balas Isa dengan nada yang lantang dan bernada suara garau. Mendengarkan jawapan Isa itu, Ustaz Roslan pun terus memukul kepala Isa yang kerasukan itu dengan menggunakan rotas yang dipegangnya itu dengan pukulan yang perlahan dan Isa pun terus menjerit kesakitan sampaikan suaranya bergema di seluruh ruangan dalaman Surau sekolah tersebut.

''Aku bertanya kepada kamu lagi wahai jin, betul ni kau tak nak bertaubat?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya lagi sambil menghunuskan batang rotan yang diikat dengan 3 helai daun bidara itu ke arah muka Isa yang kerasukan itu.

''HAHAHAHAHAHAHA!!! AKU TAK TAKUT PADA SEGALA-GALANYA!!! KAU HUKUM DAN SEKSALAH AKU MACAM MANA SEKALIPUN, AKU TAKKAN BERTAUBAT DAN MEMELUK ISLAM!!!'' Jeris Isa yang kerasukan itu dengan nada yang sinis dan dengan nada suara yang lantang, garau dan bergema. Mendengarkan jawapannya itu, Ustaz Roslan memukul bahunya pula dengan rotan tersebut dengan pukulan yang sederhana dan Isa yang kerasukan itu pun terus menjerit dan meronta-ronta kesakitan seperti orang yang patah tangan dan bahu.

''AAAAAARGH!!!''

''Katakan sekarang, adakah engkau masih lagi berdegil tidak mahu bertaubat?'' Soal Ustaz Roslan kepadanya lagi dengan nada yang perlahan.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now