Chapter 16: Iman Yang Terganggu

Start from the beginning
                                    

''Ya Allah... Apa yang aku dah buat ni?''
______________________________________

[Skip Time]

Di sekolah, Isa pergi berjumpa dengan Cikgu Sulaiman di bilik kelab Paranormalnya ketika semua murid sedang pergi berhimpun di perhimpunan sekolah lalu dia terus menceritakan kepada gurunya itu tentang segala apa yang dia alami pada malam-semalam dan di waktu subuh itu tadi sambil dia menyerahkan keris hitam yang dijumpainya itu kepada Cikgu Sulaiman.

''Hmm...'' Cikgu Sulaiman termenung seketika sambil dia membelek-belek keris tersebut dengan lebih teliti. Dia memandang ke arah anak muridnya yang sedang duduk di hadapannya itu seketika untuk memastikan bahawa anak muridnya itu tidak menipu dan ternyata memang benar dari segi riak wajah Isa itu, sudah jelas sekali bahawa dia itu memang betul-betul tidak menipu.

''Berat kes kamu ni. Ni mesti disebabkan ada orang dengki ni.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil meletakkan keris hitam itu di atas mejanya.

''Mungkin jugalah... Apa-apa pun cikgu, apa yang patut saya buat sekarang?'' Soal Isa kepada gurunya itu. Cikgu Sulaiman mengeluh perlahan seketika sambil memandang ke arah wajah anak muridnya itu dengan wajah yang simpati.

''Kamu kata tadi ada jin yang berdamping kat dalam tubuh kamu, kan?'' Soal Cikgu Sulaiman kepadanya untuk meminta kepastian dan Isa pun menganggukkan kepala sebagai tanda bahawa dia tidak menafikannya.

''Dan jin tu berinteraksi dengan tubuh kamu bila kamu terdengar suara azan?'' Soalnya lagi kepada Isa untuk meminta kepastian.

''Bukan tu je. Tadi masa saya nak solat Subuh pun jin tu macam nak ganggu saya. Contohnya masa saya nak ambil air wuduk, saya asyik terlupa itu ini je. Lepas tu bila dah selesai ambil air wuduk, nak solat pula tak senang sebab saya asyik terlupa itu ini je. Dah solat terlupa baca itu ini, lepas tu bila nak time solat tu lah ada benda nak lalu lah, barang jatuhlah, apa lah. Sampai hilang khusyuk saya nak.solat Subuh tadi.'' Balas Isa dengan panjang lebar. Cikgu Sulaiman yang mendengar ceritanya itu mengeluh perlahan seketika.

''Habis tadi kamu dapat solat tak?'' Soalnya kepada Isa lagi.

''Dapat. Tapi... Tak khusyuk sangatlah.'' Balas Isa dengan nada perlahan.

''Tak apa kalau tak khusyuk. Solat tu tetap sah, cuma pahala tak dapat banyak sangatlah sebab tak khusyuk.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang. Isa pun hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil matanya memandang ke arah tapak tangan kirinya yang sudah dibalut dengan pembalut luka itu.

''Macam ni lah... Cikgu sarankan walau apa-apa yang terjadi sekalipun, kamu jangan tinggal solat, banyakkan baca Al-Quran dan selawat banyak-banyak. Insyaallah nanti semuanya akan okey.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada berpesan yang panjang lebar sambil dia mengambil sehelai kain putih di dalam laci mejanya dan kemudian dia terus membalut keris hitam yang dibawa oleh Isa itu dengan menggunakan kain tersebut.

''Cikgu ambil dulu keris ni untuk dikaji dan nanti bila cikgu dah jumpa penyelesaian, cikgu akan tolong kamu selesaikan masalah kamu tu ya.'' Katanya lagi dengan nada yang tenang dan Isa pun hanya sekadar menanggukkan kepalanya sebagai tanda faham sambil dia bangkit berdiri daripada tempat duduknya yang berada di hadapan meja Cikgu Sulaiman itu.

''Saya pergi masuk ke kelas dulu ya, cikgu. Terima kasih sebab tolong saya. Assalamualaikum...'' Kata Isa dengan nada yang mendatar lalu dia terus berjalan masuk keluar daripada bilik tersebut tanpa menunggu Cikgu Sulaiman membalas ucapan salamnya itu.

''Waalaikumusalam... Hmm... Kesian aku tengok Isa tu. Semenjak dia masuk ke sini, macam-macam perkara yang pelik mula nak jadi.'' Kata Cikgu Sulaiman sendirian sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu dia menatap seketika ke arah keris hitam yang dibalutnya dengan kain putih itu sambil dia memegang dagunya.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now