Chapter 15: Saat Pulang

Start from the beginning
                                    

''Dan sebelum kamu jawab soalan tu, cikgu nak tahu pasal satu benda lagi... Macam mana kamu tahu yang Nabila tu kena rasuk dengan 16 ekor jin?'' Belum sempat aku menjawab soalannya itu, Cikgu Sulaiman menambah lagi soalannya yang membuatkan aku mati akal seketika. Aku nak jawab apa ni? Aduh...

''Err... Saya main teka je masa tu hehe...'' Kata aku sambil tergaru-garu kepala.

''Jangan tipu cikgu, Isa... Cikgu tahu kamu tipu.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan.

''Err... Macam mana cikgu tahu?'' Soal aku kepadanya dengan kerutan dahi.

''Sebab cikgu pun ada kelebihan cikgu sendiri.'' Balasnya dengan selamba. Aku terdiam seketika. Cikgu Sulaiman pun ada kelebihan ke? Jangan cakap yang... Dia ni pun sama Kasyaf macam aku juga! Tapi kalau nak kata macam tu, rasanya mungkin tak kot sebab aku teringat masa dia bagi buku kajian paranormalnya kepada aku hari tu, katanya dia tak dapat mengenal pasti tentang kelebihan Kasyaf ni bermakna dia bukanlah orang Kasyaf sebab dia pun tak tahu Kasyaf tu apa. Tapi kalau Cikgu Sulaiman bukan orang Kasyaf macam aku ni, apa kelebihan yang Cikgu Sulaiman ada sampaikan dia boleh tahu yang aku tipu dia?

''Cikgu ada kelebihan? Maksud cikgu?'' Soal aku kepadanya dengan nada kebingungan. Aku cuba untuk membaca fikiran dengan mindanya dan seperti biasa, aku langsung tak dapat baca fikiran dan mindanya itu. Tunggu... Kenapa aku daripada hari tu lagi tak boleh baca fikiran dan minda Cikgu Sulaiman eh? Adakah ini disebabkan kelebihan yang ada pada dirinya itu?

''Untuk pengetahuan kamu, cikgu ada kelebihan cikgu yang tersendiri tapi cikgu tak boleh bagitahu apa kelebihan cikgu tu sebab ianya adalah rahsia. Kalau ada ramai orang tahu tentang kelebihan cikgu ni, nanti akan ada ramai orang nak bermusuhan dengan cikgu.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Mendengarkan jawapannya itu membuatkan aku sedikit berasa hampa seketika. Ingatkan boleh lah aku dapat tahu tentang kelebihannya itu namun yang sebaliknya pula yang berlaku. Hmm...

''Ehem... Kamu tak jawab lagi soalan-soalan cikgu tu tadi. Macam mana kamu boleh tahu yang Nabila tu kena rasuk dengan 16 ekor jin tadi? Dan macam mana kamu boleh tewaskan kesemua jin-jin tu?'' Soal Cikgu Sulaiman dengan nada yang sedikit serius. Aku menelan air liur seketika lalu menghembuskan nafas yang perlahan seketika.

''Saya pun mungkin macam cikgu juga. Ada kelebihan yang unik cuma saya tak boleh bagitahu apa kelebihan saya tu sebab ianya adalah rahsia dan kalau ada sesiapa yang dapat tahu tentang kelebihan saya ni, mungkin akan ada banyak perkara yang lagi buruk yang akan berlaku dekat kita semua.'' Balas aku dengan panjang lebar.

''Ouh... Macam tu ya? Patutlah...'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan.

''Patutlah apa?'' Soal aku kepadanya.

''Tak ada apa-apalah.'' Balasnya dengan ringkas.

''Allahuakbar Allahuakbar!!'' Tiba-tiba Bilal masjid mula mengumandangkan azan melalui mikrofon masjid menandakan telah masuknya waktu solat Isyak. Kami berdua pun terus bangkit lalu berkumpul bersama dengan para-para jemaah masijd yang lain di saf bahagian hadapan untuk mendirikan solat Isyak secara berjemaah. Setelah bilal masjid selesai melaungkan azan, kami semua terus membaca doa selepas mendengar azan dan kemudian solat Isyak pun dimulakan dengan laungan iqamah daripada bilal masjid dan kemudian diteruskan dengan ucapan angkat takbir rakaat pertama oleh imam masjid yang mengetuai solat jemaah itu.
______________________________________

[Normal POV]

Sementara itu, di atas puncak Bukit Berduri terletaknya sebuah gereja usang yang tersembunyi di sebalik hutam tebal yang ada di atas puncak bukit tersebut.

Di dalam gereja usang itu, ianya diterangi dengan pelbagai tengkorak manusia yang didahinya mempunyai lambang salib terbalik dan dilekatkan dengan lilin yang bercahaya dengan api yang dibakar di sumbunya. Dalam pada itu juga, Jembalang yang sedang berdiri di tengah-tengah ruangan gereja yang usang itu menghadap ke arah sebuah berhala seorang lelaki yang separuh bogel dan bertanduk di kepalanya yang sedang disalib di tunggul kayu sambil diikat dengan talu besi berduri.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now