"Seems like your maid. I think she is your maid Shaq! ". Suara wanita itu kembali memetir.

Terbuntang biji mata Mikayla Sofea. Dia kata aku maid? What the hell!. Lengan baju t-shirt panjangnya sudah ditarik hingga ke siku. Kepalanya di gelengkan.

"Tasya stop it ". Tegur Tan Sri Mokhtar.

Arshaq hanya mendiamkan diri. Dia mengerling ke arah isterinya yang sudah berubah wajahnya. Kemerah-merahan menahan amarah. Senyuman sinis terukir.

"She is my wife, so? Anything problem with you? ".

Tasya menggeleng. Sungguh dia tidak sangka wanita comot di hadapannya ini isteri Arshaq.

"Erm no. But, tak sesuai dengan you, Shaq".

"Dia dekat rumah memang comot sikit. Tapi kat luar hot. Lagi hot dari you". Jawab Arshaq bersahaja. Kemudian dia mencicip air kopi yang dibuat isterinya.

Tasya hanya menjulingkan matanya ke atas. Malas mahu bersuara lagi.

Mikayla Sofea hanya menghiraukan. Matanya memandang ke arah lelaki berumur yang duduk di sebelah perempuan pontianak itu.

"Erm pakcik nak air apa? Eh uncle? Ermm...sorry tuan. Tuan nak air apa ?". Soalnya dengan penuh sopan. Keliru dia mahu memanggil lelaki berumur ini dengan gelaran apa.

Tan Sri Mokhtar yang tergelak kecil. "Panggil papa je Mikayla".

Mikayla Sofea sudah menggaru lehernya. Kepalanya di angguk sedikit.

"Erm pa..pa nak air apa? ". Janggal sungguh ingin menyebut gelaran itu. Selama 20 tahun dia hidup, ini kali pertama dia menyebut perkataan itu. Entah kenapa lelaki ini sudi menyuruhnya memanggil 'papa'.

"Mikayla buat je air apa pun. Papa okey je ".

Mikayla Sofea mengangguk. Dia terus beredar tanpa menyoal Tasya. Pandai-pandai la dia hidup. Telan je air liur tu. Tak payah minum.

"Eh, I nak jus oren tau. Thank you". Pesan Tasya dengan suaranya yang sedikit kuat.

Mikayla Sofea hanya memekakkan telingnya dan terus menuju ke dapur.

"Eh Abang Kaiser. Nak apa-apa tak? Mikayla buatkan". Pelawanya apabila melihat susuk tubuh tegap Kaiser berada di dapur. Pintu dapur yang terbukak itu turut dikerlingnya. Faham la Kaiser masuk dari mana.

Kaiser menggelengkan kepalanya.
"Tak payah. Saya boleh ambil sendiri". Tolaknya dengan lembut.

Mikayla Sofea mengangguk kecil. Tangannya lincah saja mencapai gelas kaca dan memasukkan beberapa kiub ais. Jus oren turut di bubuh ke dalam cawan itu. Pada asalnya dia mahu sediakan minuman untuk papa sahaja. Tapi disebabkan dia tidak sampai hati, dia turut sediakan untuk perempuan pontianak itu. Tidak lupa jugak segelas air mineral turut dihidangkan. Mana tahu papa perlukan air mineral jika jus oren ini terlampau manis.

Setelah dia meletakkan tiga gelas itu di atas dulang. Dia terus membawa dulang itu ke ruang tamu.

Sebelum itu dia sempat mendengar kata-kata Kaiser.

"Puan tak payah layan si Tasya tu. Dia memang macam tu. Annoying sikit".

Tu bukan annoying sikit. Annoying banyak. Nak je aku cili-cilikan mulut dia.

Setelah tiba, perlahan-lahan dia meletakkan dulang di atas meja dan duduk bersimpuh. Air jus oren dan air mineral diletakkan di hadapan papa. Manakala gelas milik Tasya di biarkan di atas dulang itu . Pandai-pandai la kau. Kemudian dia berdiri dan duduk di sebelah Arshaq.

Tasya menjeling tajam ke arah Mikayla Sofea. Gelasnya dicapai sendiri kemudian di minum dengan rakus. Biar sejuk sikit hatinya.

Arshaq menarik tubuh isterinya rapat ke tubuhnya. Pinggang isterinya dipeluk kemas. Sesekali dia mengelus lembut. Terenjat sedikit tubuhnya. Sungguh sensitif apabila orang mengganggu pinggangnya.

"Awak jangan la. Saya geli". Bisiknya perlahan.

Arshaq hanya menghiraukan. Tangan kirinya tidak duduk diam meraba tubuh isterinya. Dari pinggangg naik ke bahu kemudian dia mengusap lembut rambut isterinya.

Mikayla Sofea menghiraukan. Makin di halang makin dibuat. Geram je dia.

"Bye Shaq. See you tomorrow". Pamit Tasya sebelum memboloskan diri di dalam kereta.

Arshaq hanya mengangguk sambil membalas lambaian Tasya.

"Papa balik dulu Shaq, Mikayla".

Mikayla Sofea hanya senyum dan mengangguk. Tangan tua Tan Sri Mokhtar di salam dan dicium. Entah kenapa hatinya terasa sayu. Dia rasa Tan Sri Mokhtar seperti bapanya. Untungnya Tasya. Ada papa seperti Tan Sri Mokhtar.

"Nanti kalau ada apa-apa, Mikayla datang je cari papa tau". Pesan Tan Sri Mokhtar.

"Insyaallah pa". Jawab Mikayla Sofea.

"Shaq, jaga Mikayla elok-elok".

"Baik pa ".

"Papa balik dulu". Tan Sri Mokhtar terus masuk ke dalam keretanya.

Mikayla Sofea melambai-lambai tangan ke arah Tan Sri Mokhtar. Tidak semena-mena matanya terasa hangat.

Arshaq mengintai wajah isterinya. Berkerut dahinya.

"Kau dah kenapa? ".

Mikayla Sofea menggeleng. "First time saya sebut papa. Untung Tasya kan, ada papa. Papa sayang dia. Sedangkan saya, ibu dengan ayah pun saya tahu identiti mereka. Entah hidup atau tak". Luahnya dengan nada suara yang bergetar. Sebak kian mencengkam dadanya.

Arshaq menggaru keningnya. Bahu isterinya ditarik rapat ke tubuhnya.

"Papa sayang kau sekarang ni"

Mikayla Sofea mencebik. "Siapa diorang?"

"Keluarga angkat aku ". Jawab Arshaq senada.

"Mana keluarga kandung awak? ".

Wajah Arshaq sudah berubah. Wajahnya kembali tegang. Pelukan di bahu isterinya dilepaskan.

"Don't ask me. I don't like it. Jangan sibuk nak tahu hal aku". Tegas Arshaq bersuara. Dia terus meninggalkan isterinya yang terpinga-pinga.

Mikayla Sofea mengemam kuat bibirnya. Mulutnya ditampar perlahan.

"Tu la kau sibuk lagi hal dia. Kan dia dah marah. Hish! ".

________________________
Vote and komen okey 😘

Mrs Arshaq Where stories live. Discover now