22

588 26 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~22~~~~~~~~~~~~~~~

Your delicate smile
Your eyes when you look at me
There is no flaw anywhere
There’s no time to be bored, you’re perfect

•°•°•°•°•

"Han, jom turun" Nazri membuka pintu bahagian penumpang dan menggoyangkan bahu Hana.

Tangan Hana menyentuh sleeping eye mask untuk dibuka namun dihalang oleh Nazri.

"Apa ni?" soal Hana keliru. Disebabkan baru sedar dari tidur, Hana sedikit mamai.

"Jangan cabut. I ada something untuk you" balas Nazri.

Tangan Hana dipimpin keluar dari kereta. Dia membawa Hana menuju ke Skytropolis Indoor Theme Park Genting. Hana mendengar suara- suara bingit dari pengunjung di situ.

"Okay. Jap, sedia I nak buka ni" ujar Nazri. Hana mengangguk teruja.

"1,2,3 Happy birthday, my baby Hana" bisik Nazri seraya mencabut eye mask dari mata Hana.

Hana tergamam. Tak sangka Nazri bawa dia ke sini. Dah lama dia teringin ke sini tapi tak sempat. Hana berpusing menghadap Nazri yang berdiri di belakangnya.

"Riri? You tak lupa birthday I?" soal Hana. Dia terlalu teruja. Nazri tarik senyum. Dia mencekup pipi Hana, mata Hana direnung sedalam mungkin.

"I takkan lupa anything about you, Hana" ucap Nazri dengan ikhlas. Pipi Hana dicium kiri kanan.

Hana memeluk badan Nazri. Dia gembira, ingatkan Nazri lupa. Rupanya lelaki itu sudah merancang lagi dari awal.

"Then, why tak wish pagi-pagi? I hampir merajuk tau, Ri." Ujar Hana. Muka Nazri dipandang dari bawah. Memandangkan lelaki itu lebih tinggi dari dia, terpaksalah dia mendongak.

"Saja."

"Han, let's try the rides! You nak naik yang mana dulu?" soal Nazri. Dua ticket pengunjung dilayangkan di depan muka Hana.

"Roller coaster!" sahut Hana. Nazri memimpin tangan Hana menuju ke roller coaster.

Hana teruja sangat. Dia dah lama idamkan nice and sweet date seperti ini. Lagilah dia gembira bila dapat pergi dengan Nazri. Berganda-ganda keterujaan dia.

Tanpa Hana sedari, ada dua photographer tak berbayar yang bertugas menangkap moments manis mereka.

"Man, aku tak boleh doh, naik roller coaster. Kau naik sorang lah, capture pictures untuk Naz." Dariel memberi alasan. Dia dengan Arman lah photographer tak berbayar itu.

"Arh, tak de maknanya. Naik dengan aku. Kau yang volunteer sangat nak ikut aku kan? Jangan nak lari" bebel Arman. Tangan Dariel ditarik mengikutinya dan pasangan suami isteri itu naik roller coaster.

Dalam keterpaksaan, Dariel naik juga roller coaster itu. Sepanjang permainan, hanya Arman yang betul- betul bekerja seperti photographer. Dariel langsung tak boleh diharap, muka dia sudah pucat kerana puas menjerit.

"Man, Man, Man, Man! Aku menyesal ikut kau!" Itu lah ayat yang diulang oleh Dariel sepanjang menaiki roller coaster. Arman hanya buat tak endah. Dia teruskan kerjanya.

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now