12

481 25 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~12~~~~~~~~~~~~~~~

Even if I regret it now
Nothing changes

•°•°•°•°•°•

Uwais's side story

"Ibu, Uwais jumpa Hanis. Hanis dah balik bu." Ujar Uwais dengan penuh teruja.

Siapa saja tak teruja kalau orang yang mereka cintai pulang. Sudah setahun Hanis menghilangkan diri.

"Hanis? Bukan ke dia dah tinggalkan Uwais? Uwais nak lagi ke perempuan macam tu?" Naik berang Puan Farah dibuatnya.

Mak mana yang sanggup terima perempuan yang sudah melukakan hati anak mereka? Hanis, perempuan yang takkan mungkin Puan Farah terima lagi.

"Ibu, Hanis tak sengaja bu. Uwais tahu, dia masih cintakan Uwais." Uwais masih cuba memberi alasan bagi pihak Hanis.

"Jangan jadi bodoh boleh tak Uwais? Uwais tak ingat ke, berapa kali Uwais merayu kat perempuan curang tu? Ibu cukup malu dah Uwais." Sebak hati Puan Farah.

"Ibu, Hanis tu perempuan baik. Ibu tak faham ke yang Uwais sayang sangat pada Hanis."

"Uwais, ibu sendiri nampak dia berpelukan dengan lelaki lain. Perempuan yang macam tu yang Uwais nak?"

"Mana buktinya? Entah-entah Hanis tinggalkan Uwais sebab ugutan ibu"

Puan Farah terkedu mendengar tuduhan dari Uwais. Sebak dadanya. Dia sedikit kecewa dengan sikap Uwais.

"Sanggup Uwais percaya orang luar daripada ibu Uwais sendiri? Selama ni, pernah ke ibu tipu Uwais?" Mengalir air mata dari tubir mata Puan Farah.

"Ibu, Uwais.. uwais minta maaf" Uwais meraup wajahnya sebelum keluar dari rumah. Dia bengang, keliru dengan kata-kata Puan Farah.

Bagi Uwais, Hanis perempuan terbaik. Hanis dan Uwais saling mencintai lebih 5 tahun, sejak zaman sekolah lagi. Takkan mungkin dia lupakan perempuan yang ada di saat jatuh bangunnya.

Dia yakin, Hanis bukan curang. Dia kenal sangat peribadi Hana. Mungkin gadis itu ada masalah yang tak boleh diungkapkan.

~

"Han, cantikkan baju ni?"

Uwais memerhati perempuan yang dipanggil Han. Hanis didepannya itu tidak lagi bertudung, mungkin Hanis dah berubah. Siapa tahu.

Uwais memerhati 'Hanis' yang bersiar- siar di sekitar Pavilion. Dari tadi dia mahu menegur 'Hanis' tapi gadis itu dikelilingi rakannya. Mungkin nanti dia akan tegur.

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt