10

598 31 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~10~~~~~~~~~~~~~~~

I can't do anything without you
You probably think that I’m a fool

•°•°•°•°•°•

"Naz, seriously? Ni masalah kau?" soal Arman.

Nazri dan Arman sedang berdiri didepan rak khas untuk sanitary pad. Mata mereka melilau melihat pelbagai jenis pad yang ada di situ.

Sumpah, Arman menyesal ikut Nazri. Boleh pula dia terlibat dengan benda macam ni. Nazri menggaru kepalanya sedikit.

"Man, yang mana satu doh? Banyak gila jenama kat sini" ujar Nazri.

'Hana ni pun satu, bukan nak bagitahu details pasal pad dia.' bebel Nazri.

"Entahlah. Aku pun tak pernah beli. Cuba tanya akak tu" Arman membuat muka sebal lalu menunjuk kepada pekerja speedmart yang kebetulan lalu disitu.

"Kak, nak tanya. Kalau girl period 1st day, dorang pakai yang mana?" Merah sedikit wajah Nazri.

Segan dibuatnya. Arman pula pura- pura bermain telefon.

'bukan masalah aku' ujar Arman dalam hati

"Selalunya perempuan pakai saiz besar. Nak jenama apa?" soal pekerja itu pula.

"Hmm tu yang masalah juga tu. Isteri saya tak mention pula jenama apa."

Nazri mencapai beberapa jenis pad bersaiz 32cm itu. Lebih kurang 4 paket dia ambil. Sekilas tengok, dah macam pemborong sanitary pad pun ada.

Selesai memilih, Arman dan Nazri bergerak ke kaunter. Segan mereka tak terkata.

Arman hanya mengikut dari belakang. Dia perasan beberapa pasang mata gadis-gadis disitu memandang ke arah mereka. Ada yang tersenyum, mungkin kelakar melihat reaksi dia dan Nazri yang keliru itu.

Selesai pembayaran, Nazri segera memandu keretanya pulang ke villa manakala Arman berjalan semula ke restaurant mamak untuk menerangkan pada member mereka yang lain.

~

"Assalamualaikum, Han. I dah balik. You kat mana?" Soal Nazri apabila kelibat Hana langsung tidak disedari.

'mana pula dia ni?'

"Ri, kat sini" suara Hana yang lemah kedengaran.

Nazri terpandang sekujur tubuh Hana yang merengkot di atas carpet. Nampak lemah betul perempuan itu.

Kesian pula dia lihat Hana. Tak bermaya langsung. Tadi sebelum dia ke gelanggang futsal, elok je perempuan itu.

"Hana, kenapa baring sini? Ni, I dah beli sanitary pad you. Pergi tukar." Badan Hana dicuit sedikit.

"I sakit perut ni. Tak boleh gerak" ujar Hana lagi. Matanya dicelik sedikit.

Nazri menggaru kepala sebelum mencempung badan Hana ke bilik air di tingkat atas. Hana didudukkan di atas bidet tandas sebelum dia keluar semula. Closet Hana dibuka, dan sehelai panties dicapai.

"Nah, Hana. You tukar dulu. I tunggu kat luar. Dah siap nanti panggil I." Hana hanya mengangguk.

"You boleh handle sendiri kan?" soalan Nazri dibalas anggukan kecil dari Hana.

Melihat Nazri yang sudah keluar dari bilik air, Hana mula membersihkan diri. Nasib baik dia tak kebocoran. Kalau tak, mesti terkena carpet.

Dalam hati, Hana terharu kerana Nazri melayan dia dengan baik.

'rasa nak nangis lah pula. eee bodolah mood swings ni' rungut Hana.

"Han, dah siap ke?" Laung Nazri dari luar. Dah lebih setengah jam Hana di dalam tapi tiada tanda-tanda nak keluar pun.

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now