16

449 22 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~16~~~~~~~~~~~~~~~

I'll take care of you. I'll protect you.
I'll make you laugh as tears

•°•°•°•°•°•

"Kenapa pandang Ri macam tu?" soal Nazri pelik.

"Kenapa? Hana just nak tengok muka riri je. Salah ke?" jawab Hana bersahaja.

"Tak salah kalau pandang muka suami, yang salahnya bila you tak focus masa meeting" ujar Nazri.

Mana dia tak pelik, boleh pula Hana tenung dia semasa mesyuarat tadi. Sampaikan co-worker Hana yang lain panggil pun, Hana tak dengar. Tak focus langsung semasa meeting. Entah apalah dalam kepala Hana.

Malu jugalah dia bila pekerjanya tersenyum-senyum melihat Hana yang berangan. Selalunya, lady boss mereka itu focus bila bekerja. Hari ini, entahlah. Hana yang passionate sudah hilang agaknya.

"Jangan marah I. I tengah fikir nak masak apa tadi. Tu yang tak focus. Riri, you nak makan apa harini? Order je, nanti I masak" ujar Hana teruja.

Excited sangat gayanya, padahal baru hujung minggu lepas dia belajar memasak. Rasa dah hebat sangat bila berjaya masak tanpa hangit.

"Nak nasi beriyani. Pandai tak?" Usik Nazri. Tahu sangat yang Hana hanya baru belajar memasak masakan yang simple.

"Riri. Jangan main-main boleh tak? I baru belajar yang simple je" balas Hana dengan muka kelat.

'mengada betullah dia ni. saja lah tu nak usik aku' rungut Hana.

"Hahaha. Okay, okay. I nak nasi goreng kampung. Yang macam haritu. Siap telur mata. Tapi pedas sikit." panjang betul permintaan dari Nazri.

"Okay. Dinner nanti nasi goreng kampung! Okay lah ri, I turun office I dulu. Ni folder ni, I ambil." Ujar Hana sambil menunjukkan folder hitam itu.

Nazri hanya mengangguk sebelum kembali menyambung kerjanya yang tertangguh disebabkan melayan Hana.

~


"Cucu nenek dah balik!" pipi kanak- kanak lelaki itu dicium lembut.

"Nenek!" Balas kanak-kanak lelaki bernama Rayyan itu.

Seorang perempuan yang agak berumur mendukung Rayyan yang baru berumur 3 tahun. Comel! Macam ayah dia.

"Best tak kelas mengaji tu?" kepala Rayyan diusap penuh kasih. Wajah Rayyan ditelek. Saling tak tumpah macam ayah dia.

"Best nek. Ustazah ajar huruf jawi" walaupun baru berumur 3 tahun, Rayyan petah berkata-kata.

"Alhamdulilah, pandai cucu nenek. Harini kita melawat ayah dengan ibu Rayyan ye?" soal perempuan itu lagi.

"Nak nak! Rayyan nak doakan ibu dengan ayah macam yang ustazah ajar." Perempuan itu terharu mendengar kata-kata Rayyan.

Air mata yang mula terbentuk di tubir mata, diseka.

Pin!Pin! Bunyi hon kereta menyentakkan lamunan perempuan itu. Dia memimpin Rayyan keluar menuju ke kereta.

"Tok ayah. Rayyan rindu."

Rayyan masuk ke seat belakang kereta itu dan duduk di atas riba tok ayahnya. Kepala Rayyan bersandar di dada Tok ayahnya. Perempuan itu mengikut dan duduk disebelah mereka berdua.

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now