11

504 27 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~11~~~~~~~~~~~~~~~

Before the moment our eyes met
I didn't even know my type
You're a special treasure

•°•°•°•°•°•

Hana:
Mama, Hana dengan Ri pergi Tioman island esok. Kitorang stay sana seminggu. Ada site visit.

Datin Hania:
Okay. Take care both of you

Hana:
😘

Hana mengemas pakaiannya yang hendak dibawa ke Pulau Tioman. Beberapa helai sundresses dibawa. Penuh satu luggage.

"Wow, banyak you pack." Ujar Nazri.

"Bawa lebih, in case baju kotor. Lagipun, mesti kita kena jumpa wakil Qib Holdings tu kan?"

"Haah" Nazri menolak ke tepi luggage mereka yang sudah siap di pack.

"I nak tidur dulu, you pun jangan tidur lambat"

Hana mengangguk

Nazri berbaring untuk tidur awal. Perjalanan mereka esok agak jauh, risau mengantuk pula semasa drive esok.

~

"Semua dah bawa? Luggage? Pelan resort? "

"Dah, everything packed boss!" Ujar Hana.

Nazri mengusap rambut Hana seraya tersenyum. Comel betul outfit Hana hari ini.

Rambut dibraid kiri kanan. Khaki jumpsuit dengan t-shirt putih sepadan dengan warna baju dan seluar Nazri.

"Let's go!" Riang saja suara Hana

"Baca doa dulu" Nazri membaca doa untuk keselamatan perjalanan mereka berdua.

Mereka bertolak ke Mersing, Johor sebelum menaiki feri disana menuju ke Pulau Tioman.

Setelah 5 jam memandu, mereka sampai di jeti Mersing sebelum menaiki feri ke Pulau Tioman.

"Meh sini"

Nazri memakaikan life jacket ke badan Hana. Dia turut menyarung jaket keselamatan itu sebelum menaiki feri.

"You okay tak?" Soal Nazri sedikit kuat.

"Okay. Riri, cantiknya air kat sini. Nanti kalau sempat, bawa I snorkeling"

"Okay. Rasanya sempat"

Hana menangkap beberapa keping gambar menggunakan iPhone nya. Gambar Nazri yang leka melihat pemandangan turut diabadikan.

"Riri, let's take a Polaroid"

Hana memeluk leher Nazri sebelum menekan punat camera polaroidnya. Nazri hanya melayan kerenah Hana.

Lebih kurang 45 minit kemudian, mereka tiba di Pulau Tioman. Mereka segera menguruskan tempat penginapan yang telah ditempah memandangkan hari sudah petang.

Selesai urusan, mereka check in suite yang agar besar. Suite bertemakan bulan madu itu mempunyai private pool dan jakuzi. Excited Hana dibuatnya. Dia sangatlah suka aktiviti air.

Mereka memutuskan untuk berehat dan memesan makan malam melalui room service sahaja. Hana tak sampai hati untuk mengajak Nazri makan di restaurant memandangkan lelaki itu sudah penat memandu dari KL ke Mersing.

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now