1. Sekolah Baru (1)🏫

22 1 0
                                    

Jangan cari pula nama watak kat sekolah ni ya (rujuk gambar)...sekolah memang wujud, watak hanyalah rekaan author sahaja😄

#throwback

Tahun 2003 (Darjah 4)

Tok (3×) bunyi ketukan dari pintu bilikku...

"Mizah, bangun nak, dah pagi ni... kamu kan nak pergi sekolah harini," laung mama dari luar pintu bilikku.

"Alaaa...ma, Mizah malaslah nak pergi sekolah. Lagi-lagi sekolah baru tu, Mizah mana ada kawan kat sekolah tu."

"Tak boleh nak, kamu kene pergi sekolah juga. Kamu kan anak yang baik, dengar cakap mama dan papa. Pergi sekolah ye sayang," pujuk mama.

"Hurmmm ye lah ye lah, Mizah pergi sekolah. Mizah nak mandi kejap. Nanti dalam 20 minit Mizah turun."

"Cepat sikit sayang, papa dah tunggu kat bawah tu. Kita makan sama-sama sebelum Mizah ke sekolah."

"Ok, ma."

Selepas 20 minit

"Assalamualaikum mama papa," ucapku sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Waalaikumussalam anak mama dan papa," ucap mama dan papa serentak.

"Wah, sedapnya makanan😍. Mama masak ke?" soalku kepada mama.

"Ye lah sayang, mama lah yang masak takkan papa kamu pulak😅," kata mama.

"Ok, jomlah makan, mama papa."

Papa pun mengetuai bacaan doa sebelum makan.

Selepas makan

"Belajar rajin-rajin kat sekolah nanti, dengar cakap cikgu, jangan bergaduh, bla bla bla bla.....," panjang betul pesanan mama kepadaku😂.

*mesti korang pernah kan mak² pesan sebelum nak pergi sekolah. Siapa yang dengar pesanan mak? 🙋‍♂️🙋‍♀️ Atau korang dengar je tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Author kalau banyak² dah tak dengar dah masuk telinga kanan keluar telinga kiri hahahah...*

"Ok, ma. Mizah ingat semua pesanan mama tadi tu... jangan risau ya. Assalamualaikum, Mizah pergi dulu."

"Waalaikumussalam. Ok, sayang. Hati-hati kat sekolah nanti."

"Abang pergi kerja dulu, sayang. Duduk rumah elok-elok. Jangan buat kerja rumah kuat sangat," ucap papa sambil menghulur tangan untuk bersalaman.

"Baiklah, abang. Hati-hati bawa kereta," ucap mama sambil menyalam tangan papa.

Stay tuned😊,
Much love from author.

Cinta Mati (Uncompleted Story)Where stories live. Discover now