PROLOG

23 2 1
                                    

Tahun 2010 (Tingkatan 5)

"Mizah, weh Mizah, aduh kau ni...Mizah, weh kau dengar tak aku panggil ni? Dari tadi aku tengok kau asyik mengelamun je," soal Hazim kepada kawan baiknya a.k.a Mizah.

"MIIIZAHHH" laung Hazim dengan sedikit kuat.

Mizah tersentak dan kembali ke realiti. "Errr...sorrylah Zim aku tak dengar tadi. Kau nak balik dah ke? Jom-jom lambat dah ni...nanti ibu, ayah, mama dan papa bising kita balik lambat," berkata Mizah.

"Weh kau ni dah kenapa? Sihat tak atau kau sakit tak bagitahu aku? Sekarang baru pukul 10.30 pagi. Kitakan tengah rehat ni, kita kat sekolahlah," berkata Hazim.

"Ouh hehehe...aku ingat waktu balik dah tadi. Sorry-sorry. Hah, jomlah sambung makan," berkata Mizah sambil tersengih dan membuat tanda ✌.

"Weh kau dah kenapa senyap je dari tadi? Kau, kalau ada masalah ke atau apa-apa je sharelah dengan aku. Kita kan bff till Jannah dari sekolah rendah lagi kot," ucap Hazim dengan selambanya.

'Kita memang bff Zim, dari sekolah rendah lagi. Ibu dan ayah kau pun aku dah panggil 'ibu' dan 'ayah' sama juga dengan kau. Tapi, dalam hati aku tak pernah anggap kau sebagai bff aku, malah lebih daripada itu. Aku juga berangan-angan supaya kita ditakdirkan bersama sehingga ke Jannah bukan sebagai bff till Jannah tetapi sebagai suami isteri till Jannah. Tapi, aku sedar kau bukan untuk aku, kau untuk Suraya. Dan, aku tahu kau juga suka dan sayang dia malah kau cintakan dia. Tidak mengapa Zim, aku bahagia bila tengok kau bahagia. Biar aku seorang saja yang simpan perasaan ni'. Monolog Mizah di dalam hati sambil tersenyum melihat Hazim yang sedang makan nasi lemak.

Aku pun menyambung makan kembali.

Selepas 30 minit, loceng berbunyi (tamat waktu rehat)

"Weh, loceng dah bunyilah. Jom, Mizah kita kene masuk kelas rehat dah habis ni. Jom, cepat-cepat nanti lambat kene marah dengan cikgu pulak. Dahlah lepas rehat subjek Addmath Cikgu Saleha garang siott...aku tak nak kene duduk kat luar kelas. Jatuhlah saham aku depan Sue nanti," berkata Hazim.

'Dalam fikiran kau memang ada Suraya je ke Zim, aku yang depan kau pun kau tak nampak ke? Aku halimunan ke Zim? Hurmmm.... apalah nasib aku ni. Tak apa aku kuat. You're are stronger Mizah, you can do it.' Monolog Mizah di dalam hati.

"Weh, jap lah Zim, aku baru habis makan ni... dalam mulut pun tak habis kunyah lagi. Tak apa... kejap je, aku tahu cikgu tak masuk lagi time-time camni. Jangan risaulah."

"Hishhh kau ni lambatlah." berkata Hazim sambil menarik lengan baju Mizah. Mereka berlari bersama-sama menuju ke kelas.

Stay tuned ok😊,
Much love from author.

Cinta Mati (Uncompleted Story)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ