Prolog

54 7 0
                                        

2010...kuala terengganu.

Dia memandang ke luar jendela,terlihat pemandangan sawah padi terbentang luas menghijau, dia mengukir senyuman di bibirnya,tangannya membelai perutnya yang membulat. Seketika itu dia tunduk memandang perutnya, kandungan itu sudah masuk tiga bulan. Fikirnya.
Wajah Darwin bermain di matanya,lelaki yang amat di cintainya,kini pergi meninggalkan dia dan zuriat yang bakal dilahirkannya tidak lama lagi.

         "Saya berjanji dengan awak, yang saya akan jaga awak dan anak kita hingga hujung nyawa saya.." itulah janji-janji yang dilafazkan oleh Darwin. Perlahan-lahan Darwin memeluk erat tubuh kecilnya,dia seakan selamat berada di dalam pelukan Darwin. Dia mengukir senyumannya.

Kata-kata terakhir Darwin bekeliaran di mindanya,dia tidak mahu mengingati kembali lagi kenangan terindahnya bersama Darwin.
Awan di langit mula gelap menaadakan hujan akan turun, angin bertiup kencang menampar wajahnya, guruh mula bersahut-sahutan. Perlahan -lahan dia bangkit dan menutup jendela kayu biliknya. Selepas menutupnya,hujan yang dinantikan telah turun dengan lebat, dia kembali ke katilnya lalu duduk menghadap meja solek. Dia memerhatikan dirinya di dalam cermin. Air matanya mengalir lagi. Sejak orang kampung mengetahui bahawa dia hamil dalam usia muda, dia jarang keluar dari rumah. Dia bukan lagi seperti dulu,kini dia adalah sampah masyarakat yang dipandang serong. Dia hamil dalam umur 16 tahun,mengandungkan anak kepada seorang lelaki yang berumur 18 tahun. Kini,lelaki itu menghilangkan diri entah kemana arahnya.

     " Hara!!...Hara!!"
Suara yang memanggil namanya,mematikan lamunannya. Pantas dia keluar dari biliknya. Terlihat berberapa orang kampung dengan keadaan bayah kuyup berkumpul dihalaman rumahnya.
         "Ya. Kenapa tok?"jawabnya sambil mengatur rambutnya.Wajah Tok Imam yang bayah kuyup itu dipandangnya.Lama dia menanti jawapan dari orang tua itu,sementara masih mengambil sedikit nafas.
         "Berharap Hara dapat bersabarlah dengan berita yang kami ingin sampaikan ini!"jelas Tok Imam dengan nada serius.
         "Ya,ada apa sebenarnya?" jawabnya ingin tahu.Tok Imam memandang dua bungkus plastik hitam yang sebesar badan manusia yang berada tidak jauh darinya. Melihat saja Tok Imam menoleh Hara juga menoleh.Dia baru perasaan dengan keberadaan plastik hitam itu.
         "Ada apa dengan plastik tu?"tanya Hara,dia tidak mahu tertanya lagi.Pantas dia menuju ke arah plastik hitam dimana Pak Budi juga berada disitu. Melihat saja Hara ingin membuka plastik itu. Pak Budi mula bergerak ke tepi. Jelas di wajah Pak Budi bahawa dia dalam kesedihan.

Sebaik saja membuka plastik itu,Hara terkejut hingga terduduk.Bau hanyir darah mula menyusuk ke hidungnya,pantas dia menekup mulutnya yang hampir menjerit. Dia tidak mampu lagi menahan air matanya.Air matanya mula mengalir deras seperti mana hujan turun ketika itu. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang ada di depan matanya sekarang. Tubuh kaku yang pucat kelat dan berlumuran darah itu adalah milik ibu dan ayahnya. Masih terlihat kesan tembakan di kepala ibunya begitu juga dengan ayahnya matanya masih lagi belum tetutup rapat.Tpi...siapakah yang menembak ibu dan ayahnya? Dia tertanya-tanya dalam keadaan begitu. Pantas dia menoleh ke arah Tok Imam.

         "Dimana Tok jumpa orang tua saya ni?"tanya Hara dengan nada sedikit kasar.Tok Imam menoleh sebaik saja Hara bertanya kepadanya.
         "Bukan Tok yang jumpa orang tua kamu ini,tapi...Pak Budi dan Ikmal yang jumpa sewaktu mereka balik dari masjid. Diorang berdua jumpa dekat parit besar yang tidak jauh dari masjid tu...dan Ikmal lapor pada Tok kat masjid dan kami semua tolong mengangkat mayat arwah ke rumah kamu."jelas Tok Imam dengan panjang lebar. Hara menoleh kearah Ikmal,Ikmal hanya mengangguk perlahan.

Tidak lama selepas itu,ambulan dan dua orang anggota polis sampai di sana,beberapa orang anggota forensik mengangkat mayat kedua-dua orang tuanya masuk ke dalam perut ambulan.
         "Jangan lah kau sedih Hara...ni semua ujian dari Allah."kata Ikmal pada Hara.
        "Aku tak faham kenapa semua ni terjadi pada aku..."kata Hara. Ikmal hanya berdiam.

Dia tahu itu bukan salah Hara,Hara gadis yang baik dan peramah. Bukan saja terkenal dengan kecantikannya namun budi bahasanya cukup baik,sehingga dia sendiri pernah jatuh cinta dengan gadis itu. Namun semua orang kampung tahu, bahawa Hara bercinta dengan anak orang kaya iaitu Darwin anak kepada seorang Tan Sri . Dia bukan tandingan Darwin, ramai yang sering melihat mereka berdua-duaan seperti pasangan yang bercinta di umur dewasa. Darwin bukannya orang yang jahat,budi bahasanya pun tidak ada bantahan,tetapi...kenapa dia meninggalkan Hara dengan perut yang mengandungkan zuriatnya?

      "Ikmal!"
Dia sedikit terkejut tatkala bahunya disentuh.
      "Apa yang kamu tu termenung kan tu?" tanya Tok Imam sambil mengalih pandangan ke arah kenderaan anggota polis dan ambulan yang mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan itu.
     "Takda apalah,Tok!"jawabnya ringkas.
     "Jom,kita dah nak balik dah ni!"katanya Tok Imam.Ikmal hanya mengangguk.

Dia memandang sayu,ketika orang kampung mula mengosongkan halaman rumahnya.Kejap lagi dia akan ke hospital untuk mendapat jawapan seterusnya. Tubuhnya dibiarkan basah kuyup dibawah titisan air hujan. Malang sungguh nasibnya! Fikirnya.

Tiba-tiba ada orang menyapanya....

      "Hara!"

THE TRUTH OF A SECRETStories to obsess over. Discover now