Balik-balik je nampak mama cantik tengah berborak dengan perut sendiri.

"Harini balik lambat sebab banyak sangat kerja dekat pejabat."kata Zidan sambil tangan merungkai tali lehernya.

Tangan Zidan naik mengusap perut Syifa yang berlapik.Matanya membulat apabila merasa tendangan aktif si kecil.

"Oh my god, adakah baba salah beli baju gown ni..awak lelaki ya?"soal Zidan.Syifa tergelak.Semenjak perutnya sudah masuk 8 bulan.Si kecil semakin kuat aktif.Syifa sekarang jalan pun dah terkangkang.

Waktu malam pula,perutnya selalu kejang.Nasib baik ada Hajah Zaitun selalu sangat tolong dia.Dia nak tengok perut sendiri pun tak sampai ni nak sapu ubat.

Lainlah kalau ada Nadhir.Tapi Nadhir sendiri taknak mengaku anak dia.

"Takpalah sayang, mama sayang anak mama ni."

"Baba pun sayang anak mama ni."kata Zidan tergelak kecil.

"Jom masuk, saya ada beli Sate kambing yang awak nak makan tu."

"Betul ke awak!"Zidan mengangguk.Syifa terus berdiri dan berjalan masuk meninggalkan Zidan.

"Oi, dengan perut besar dia tu sampai hati tinggal saya ya!"

"Demi sate!"kata Syifa.Zidan tergelak kuat.Nadhir, kenapa kau sanggup buat dia macam ni?

Kau beruntung kalau kau dapat ada di sisi dia.Kau akan nampak kecomelan dia masa mengandung ni Nadhir.

  Nadhir kau lah lelaki yang sangat rugi!

 
  Nadhir menghiraukan pandangan Datin Faida yang ralit merenungnya tajam.

  "Ibu nak apa pula?"soal Nadhir geram.

  "Ibu nak Syifa."

  "Ibu nak cucu ibu balik!"

  "Ibu, siapa dulu yang suruh Nadhir bercerai dengan dia? Bukan salah Nadhir pun dia keluar dari rumah ni."

  "Salah ayah dia yang suruh Syifa keluar kan."kata Nadhir sinis.

  "Nadhir, kamu tak kesiankan isteri kamu ke? Dia mengandung anak kamu!"

  "Macam mana ibu tahu dia mengandungkan anak Nadhir?"

  "Dia pun tak bersalin lagi."kata Nadhir.

  "Tu apa?!"ditunjuk biskut baby Milna disebelahnya.Nadhir memandang Datin Faida lalu tergelak.

  "So? Kalau Nadhir makan biskut ni kiranya tu anak Nadhir?"ejek Nadhir.

"Kamu tak faham Nadhir, kamu sekarang tu tengah kena alahan! Sakit kepala, badan letih, tak boleh nak terima semua makanan kecuali biskut tu."

  "Mengarut la semua tu ibu, jangan jadi macam makcik facebook sangat."

  "Kenapa nak kaitkan dengan makcik facebook pula? Kamu tu yang salah!"

  "FINE! TU MEMANG ANAK NADHIR.PUAS HATI IBU?"Jerkah Nadhir.

  "Sampai hati Nadhir tipu kami kan."kata Datin Faida.Nadhir tersenyum sinis.

  "Nadhir tak pernah terima Syifa dalam hidup Nadhir.Dia sangat silap besar bila dah terlibat dengan hidup Nadhir.Nadhir benci dia sampai bila-bila!"jerit Nadhir.Pintu rumah dihempas dengan kuat lalu kereta itu memecut pergi.

  Nadhir tersedar apabila terdengar kicauan burung di luar keretanya.Sawah padi yang terbentang luas dihadapannya dipandang.

  Sekarang dia berada di kampung Zidan.Dia dah tekad, dia akan hancurkan hidup gadis itu.Dia takkan benarkan Syifa lahirkan anak dia.

  Baru sahaja dia ingin keluar dari kereta.Dia terpandang dua susuk tubuh yang sedang berjalan di tepi jalan.

  "Zidan, saya nak makan nasi lemak banyak-banyak!"

  "Ya awak, jalan perlahan-lahan sikit."kata Zidan.Pagi-pagi lagi Syifa sudah memujuknya untuk pergi ke gerai bersebelahan rumahnya.

  "Saya dah lama nak makan nasi lemak sambal kerang.Sedap sangat!"

  "Iya awak,"

  "Boleh jalan lagi tak ni?"soal Zidan.Ya lah dia tengok Syifa ni sarat sangat dah.Kenapa lah degil sangat nak pergi beli sendiri.

  "Awak kucing!"

  "Eh Syifa!"jerit Zidan apabila Syifa sudah melangkah ke arah kucing di tengah jalan.

  BUMMM

   Plastik yang berisi makanan di tangan Syifa terpelanting jauh.Zidan terus berlari ke arah tubuh itu.

  "A..awak."panggil Syifa dengan wajah berkerut menahan sakit di perutnya.Walaupun tubuhnya dirempuh dari tepi tetapi sakit tu hanya tuhan je yang tahu.

  "Syifa!"Zidan menepuk perlahan pipi Syifa.

  "A..awak selamatkan anak saya."kata Syifa memegang erat tangan Zidan.

  "Ya..bertahan kejap Syifa.Bertahan!"kata Zidan mencempung tubuh mengandung itu.

  Terus keretanya memecut ke hospital.

  Nadhir tersenyum sinis.Kereta yang dipandu sekarang kereta anak buahnya.Jadi, tak mungkin Zidan akan kenal dia.

  Bye anak sial!

TBC
15 Jun 2021

Bukan Pilihan HatiDove le storie prendono vita. Scoprilo ora