42

46 7 0
                                    

"Arghhhhhh!!"

Jeritan dari tingkat atas mengejutkan mereka.

"Aireen !"pantas mereka menuju ke tingkat atas. Mata mereka meliar-liar mencari Aireen.

"Aireen kau kat mana ?"risau Syasya bersuara.

"Ya Allah..Aireen..Kau kat mana ?"kini Hani pula bersuara.

"Erghh!! Tak guna ! Dia mesti nak gunakan Aireen sebagai umpan..."protes Alif.

"Apa kita nak buat sekarang ?"soal Harris pula.

"Kita cuba cari Aireen dulu..Kalau masih tak jumpa kita berpecah..."cadang Rafi. Mereka hanya mengangguk sebagai balasan.

"Aireen !"

"Aireen !"

"Aireen ! Kau kat mana ?"

Namun , tiada sahutan.

Tiba-tiba ,

Ting !

'Kalau kau nak selamatkan Aireen.. Mengaku dahulu segala dosa yang telah kau buat !' Harris membaca mesej yang dihantar.

"Dosa apa ? Apa yang kita dah buat ?" Syasya buntu tak mengerti apa yang cuba ingin disampaikan.

"Harris balas mesej tu..Kau taip , apa salah kami ?"arah Rafi.Harris hanya mengangguk faham.

Ting !

Harris membuka voice note yang dihantar.

"Hahaha ! Korang semua memang dasar tak tahu malu ! Dah buat dosa , tapi masih lagi berlagak suci ! Masih ingat tarikh 1 April 2018 ? Tarikh yang mengubah hidup korang"

"1 April 2018 ?"

Tiba-tiba ,

"Arghh ! Tolong aku ! Tolong Aku ! Korang tolong aku !"jerit Aireen dari suatu arah.

"Aireen ! Kau kat mana ?"mereka kehulu- kehilir mencari rakannya.

"Hahaha ! Hai korang... Rindu aku tak ?" suara seorang gadis disebalik dinding.

"Tiara ?"mereka terkejut melihat figura gadis itu disitu.

"Hai Alif..Kau tak rindu aku ke ? Aku rindu kau..Hmm..Sejak aku pindah sekolah kau dah lupakan aku.."senyuman sinis diukirnya.

"Kau buat apa ni Tiara ?"tegas Alif bersuara.

"Aku tak buat apa..Aku cuma nak korang mengaku apa yang korang dah buat..." balasnya sinis.

"Apa yang kau mengarut ni Tiara ?"Hani pula bersuara.

"Huh !"dia mencerlung memandang Hani.

Tiba-tiba ,

Angin kencang memasuki segenap bangunan itu.

"Kalau kau taknak Aireen mati..."belum sempat dia menghabiskan ayatnya , satu almari lama jatuh dihadapan mereka.

Mereka mengurut dada kerana terkejut.

"Tak guna !"getus Tiara geram kerana lima sahabat itu melarikan diri.

❤️❤️❤️❤️❤️

KEDEBUSH !

Mereka berpelukan ketakutan . Bilik usang menjadi pilihan mereka untuk dimasuki.

"Hahahaha ! Kau keluar sekarang ! Alif ! Haris ! Syasya ! Rafi ! Hani ! Kau keluar sebelum aku bunuh kawan kau ! Hahahah!"
ngilaian gadis itu menambahkan lagi ketakutan mereka.

ANGKARA ! Where stories live. Discover now