"Lepas ni nak buat lagi tak? ". Soal Arshaq dengan suara yang perlahan tetapi terselit tegas.

Mikayla Sofea menggeleng. "Tak nak. Nanti awak kurung saya dekat bilik gelap tu lagi. Saya takut ".

"Shh... Kalau kau tak nak kena kurung, lepas ni dengar cakap aku. Boleh? ".

Mikayla Sofea mengangguk perlahan. Wajahnya disembamkan ke dada bidang suaminya.

"Sakit".

Berkerut dahi Arshaq mendengar kata-kata isterinya. Kepalanya dipanggungkan sedikit mengintai wajah isterinya yang berkerut.

"Hey, kitten. What's wrong? ". Soalnya dengan nada yang risau. Ditolak sedikit tubuh kecil itu kebelakang tetapi Mikayla Sofea mengeraskan badannya.

"Saya dapat rasa sakit kena pukul dekat ruang yang gelap. Diorang pukul, tampar saya. Diorang guna rotan pukul saya. Saya tak buat salah. Isk isk. Sakit. Isk isk isk. Saya tak nak jumpa diorang lagi. Saya tak nak ingat tragedi tu lagi. Isk isk isk. Badan saya sakit. Kepala saya sakit. Isk". Mendayu sahaja suara itu menyapa gegendang telinga Arshaq. Tubuh kecil isterinya makin dirapatkan . Matanya dipejam rapat.

Jadi yang dia buat semalam mengingatkan isterinya akan kisah silam tu? Jadi parut dekat belakang tu sebab isterinya kene pukul? Tch!

"Shhh. Aku ada. Diorang takkan ganggu kau lagi. Badan kau takkan sakit lagi. Aku jaga kau". Ucapnya senada. Ubun-ubun isterinya dicium lama.

Dia tidak mahu tanya siapa gerangan yang memukul tubuh kecil isterinya. Tunggu waktu yang sesuai baru dia tanya. Sekarang ni, isterinya dihimpit dengan kenangan silam. Dia tidak mahu isterinya bertambah sedih.

"Shh.. Lupakan. Maafkan aku sebab kurung kau. Aku tak suka isteri aku degil. Nampaknya lepas ni kalau kau degil lagi, aku kene guna cara lain". Selorohnya.

"Hmm.. Isk.. Saya janji saya dengar cakap awak". Ucap Mikayla Sofea dalam tangisan.

Arshaq tersenyum puas. We will see. "Dah tidur. Jangan nangis lagi. Buruk. Shhh".

Tangan kanannya menepuk-nepuk pinggul isterinya.

Tangisan isterinya yang tadi mendayu-dayu kini sudah senyap. Bibirnya menguntum senyuman. Wajah isterinya yang basah dengan air mata, dilap. Ubun-ubun isterinya turut dicium. Lama.

"Aku tak suka tengok kau menangis. Hati aku pun sakit bila dengar". Bisiknya perlahan sebelum dia turut melelapkan matanya.

Mata Arshaq tajam merenung susuk tubuh isterinya yang duduk termenung di atas kerusi yang berada di mini garden miliknya. Keluhan terlepas dari mulutnya.

Kakinya laju saja mengorak ke arah isterinya.

"Oit". Bahu isterinya dicuit.

Mikayla Sofea menolehkan kepalanya kebelakang. Bibirnya menguntumkn senyuman kecil. "Awak ada nak apa-apa ke? "

Arshaq menggeleng. "Kau termenung apa? ".

"Tak de la. Saya tengok mini garden awak. Cantik. Tapi lagi cantik kalau ada bunga matahari dengan rose". Kata Mikayla Sofea sambil memandang ke arah mini garden milik suaminya. Tak sangka, suaminya ini dalam hati ada taman.

"Kau suka bunga matahari dengan rose? ".

Mikayla Sofea mengangguk. "Suka"

"Jom".

Berkerut dahi wanita itu. Tiba-tiba jom.

"Pergi mana? ".

"Cari benih bunga matahari dengan rose. Lepas ni kau tanam la dekat mini garden ni. Kau tak la bosan sangat ". Cadang Arshaq.

Mrs Arshaq Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt