"Ye lah, orang tua pun buat salah tahu?" Khalif rasa tertampar apabila mendengar jawapan Hadi.

"Okey, fine. Ayah minta maaf, kalau ada sakitkan hati kecil Hadi ni, lambat beri kasih sayang pada Hadi, atau termarah Hadi. So Hadi kene maafkan ayah, kalau tidak ayah takkan beri duit raya."

Hadi mencebik geram, nak tak nak kena juga maafkan kalau tidak tak dapatlah di duit raya.

"Okeylah, Hadi maafkan ayah. Sekarang duit raya please?" Pinta Hadi tanpa perasaan.

Hanum hanya memerhati gelagat Khalif dan Hadi, ada saja dua beranak tu. Sebaik sahaja Hadi beredar, nak main tab katanya, Hanum segera mendekati Khalif pulak.

"Ehem." Khalif sengaja membetulkan suara.

"Saya tak nak minta maaf pun." Ucap Hanum selamba.

"Kenapa?"

Hanum mendekatkan mulutnya ketelinga Khalif.

"Sebab maaf saya ni special dan limited." Khalif pegang dada, ya Allah suara Hanum benar-benar menguji keimanannya.

Sempat Hanum berikan senyuman goda kepada Khalif sebelum berlalu ke dapur. Khalif pantas mengambil bantal lalu ditekupkan ke muka.

***

"Matriye Lif." Ucap Asiddiq malas.

"Wah kau, minta maaf dekat aku elok-elok, kalau tak kau jangan makan apa yang aku hidangkan."

Asiddiq mendengus geram, tangan Khalif disalam sekali lagi.

"Abe Khalif, Siddiq mitok maaf, sayey abe kemah." Asiddiq terus menarik Khalif kepelukan lalu pipi Khalif dicium kiri kanan.

"Eh bodohlah jantan ni!" Terus tubuh Asiddiq ditolak.

"Napew abe Khalif?" Asiddiq menayang wajah tidak bersalah, ha nak sangat minta maaf ikhlaskan?

"Kalau aku tahu, baik tak payah mintak maaf!"

Asiddiq menjelir lidah sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Khalif.

Baru sahaja mereka mahu berbual, terdengar suara riuh rendah dari luar. Tak lain tak bukan pasti ada benda terjadi, pantas Khalif melangkah keluar untuk melihat keadaan.

"Kenapa ni?"

"Hanum."

Terus berubah wajah Khalif.

"Kenapa dengan Hanum?" Nadanya menjadi tegas, hal isteri jangan dibawa main.

"Hanum hilang." Jawab Aiman gelisah.

Berkerut wajah Khalif, Hanum hilang atau diculik? Tak mungkin Hanum hilang, rasa risau mula terbit.

"Hilang dekat mana?" Soal Khalif lagi.

"Khalif?" Dilihat Hanum keluar dari rumah.

Terkejut pula dia, tadi Aiman cakap Hanum hilang. Mata kembali memandang Aiman.

"Bukan Hanum isteri kau tapi Hanum anak buah aku." Aiman mula cemas.

Baru Khalif mengerti, seketika mereka diam dan terdengar bunyi jeritan kanak-kanak riang.

Khalif melihat ke belakang rumah, dan terlihat seorang kanak-kanak perempuan dan Hadi?

"Hadi, buat apa kat sini?"

"Ayah, ini ha Hanum kata nak tengok rama-rama."

Lega Aiman tatkala anak sedara yang disangka hilang rupanya bermain dibelakang rumah Khalif.

"Macam mana lah kau nak ada anak sendiri, tak sampai sehari beranak mesti lesap sebab dapat bapak tak guna macam kau." Ucap Asiddiq selamba.

"Kalau aku tibai muka kau, jangan tanya kenapa Zana riject kau."

Yang lain mula tersenyum, nampaknya encik Asiddiq kita dah berpunya!

"Kau diamlah mata sepet." Asiddiq terus berlalu.

"Dah kantoi, lari mana tuuw?" Usik Paan.

***

"Kau tepi sikit boleh tak?" Marah Idan kepada Amad.

"Asal aku pulak? Kau tu badan macam tong gas, blah lah!"

Camera man dihadapan sudah pening melihat gelagat Amad dan Idan, yang lain sudah segak bergaya tapi lihat sahaja perangai Amad dan Idan, satu gambar pun tak tertangkap sehingga gini.

"Kau nak ambil gambar ke tak ni?" Sampuk Khalif geram.

"Entah, memekak macam tak ada hari esok pulak jantan ni." Sokong Aiman.

Asiddiq hanya menjelir lidah bersama Paan, kan dah kena marah dengan tuan rumah. Idan dan Amad sebal lalu mula membetulkan kedudukan, tubuh disengetkan sedikit.

"Ready! 3 2 1!" Jerit camera man dan..

Ckip!

Buat kali pertama mereka bergambar dengan tidak lengkap, tanpa seorang Qayeed, tanpa seorang sahabat.

Masa berjalan dengan pantas, seolah mereka baru mengenali antara satu sama lain, Khalif tersenyum memandang gelagat sahabatnya yang masih membuat gaya dihadapan camera man.

"Dan, gini Dan." Asiddiq membuat gaya maknyah, Idan hanya menurut.

Mereka tidak akan tahu masa hadapan, mereka tidak tahu berapa lama hubungan ini akan bertahan, mereka hanya mahu ada antara satu sama lain.

Sentiasa ada,

Sentiasa jaga,

Sentiasa bersama.

"Apa benda ambik gambar tak ajak aku ni?" Laung Rais dari depan pintu rumah Khalif.

"Awal ambik gambar woi!" Kecoh Kamal bersama Tania di dalam dukungan.

Zikir hanya melangkah masuk dengan wajah bersahaja sebelum dia menghalau semua kerana mahu camera man mengambil gambarnya sahaja.

"Jom jumpa Qayeed dengan Alif?" Ajak Khalif.

"Jom!" Semangat mereka semua sebelum bergerak ke kereta masing-masing.

Allah, jagakanlah persahabatan kami, jagakanlah hubungan anak isteri kami, semoga ukhwah kami semakin erat, Terima Kasih ya Allah.

Al-fatihah
Muhammad Alif & Syed Qayeed

***














T.A.M.A.T

Alhamdulillah complete novel kedua saya! Terima kasih kepada semua yang support, juga yang memberi semangat dan comment positive.

Saya tak minta like, tak minta promote, saya hanya nak awak semua baca dan faham apa yang disampaikan.

Yang buruk dari saya, yang jahat juga dari saya, maaf andaikata terdapat kesalahan dalam menulis, typo, tatabahasa kelaut dan sebagainya.

Terima Kasih kerana membaca Ahmad Khalif ❤️

Ini hadiah buat anda semua, Short Trailer Ahmad Khalif.

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now