Prolog🖇️

27 3 0
                                    

Zarith Safirah menyuap mi goreng masuk ke dalam mulutnya dengan penuh selera. Fazwa Qaisara, rakan baik Zarith sejak zaman sekolah itu sekadar memerhati sahaja tingkah laku Zarith sepanjang hari ini

Zarith nampak.. macam tiada mood . Mungkin laa sebab Zarith tidak ceria macam selalu hari ini

"Zar ? Zar ? Zarith Safirah Binti Ahmad Kamal ! Kau dengar tak aku cakap ni ? Kau okay tak , babe ? Kenapa nampak moody aje hari ni ? Ada problem ? Need to share anything with me , hm ?" Fazwa memegang telapak tangan sahabatnya itu dengan raut wajah yang penuh kerisauan

Zarith memerhati wajah Fazwa dengan pandangan kosong. Irisnya yang dipakai lens berwarna ungu itu terpejam seketika bersama dengan helaan nafas yang panjang. Mengeluh berat

"Aku serabut sekarang ni , Faz" keluh Zarith sambil memicit kepalanya. Fazwa membetulkan kedudukannya lalu duduk betul betul menghadap Zarith

"Kau ada masalah apa , babe? Share la dengan aku" Fazwa cuba memujuk Zarith

"Faz.. kau ingat lagi tak ? Riz Taufiq.." tutur Zarith. Fazwa berfikir sejenak. Selang beberapa saat , Fazwa memandang kembali wajah Zarith dengan pandangan penuh kejutan

"Riz Taufiq yang... kawan baik kau 10 tahun lepas tu ke ? Yang masa kau jadi geng mafia tu kan ?" Kata Fazwa pada Zarith. Perlahan lahan , Zarith mengangguk

"So ? Kenapa dengan dia ? Kenapa kau serabut pasal dia , Zar ?" Tanya Fazwa ingin tahu. Zarith memandang wajah putih mulus milik sahabatnya itu kemudian pandangan Zarith beralih kepada langit luar restoran itu

"Semalam Riz datang rumah aku , Faz. Dia... dia nak bawak aku ke markas lama kami balik" Zarith melepaskan pegangan tangan Fazwa dari tangannya dan memeluk tubuh lalu menanti reaksi Fazwa. Seperti yang diagak , Fazwa terkejut

"Zar , kau.. biar betul ? Hei 10 tahun dah kot kau menghilang. And now how can he found you ?" Tanya Fazwa lagi dan lagi. Zarith sekadar memejam matanya dan membuka kembali sambil melepaskan keluhan berat

"Let me tell you , Faz. Let me tell you about what happened yesterday between me and that guy"
-

🖇️Flashback [ Yesterday 18 : 50 pm ]🖇️

-

Zarith sedang leka meneliti barang yang dipesan oleh pelanggannya melalui aplikasi WhatsApp di iPhone Xs Max berwarna coklat perang miliknya. Zarith menyandarkan tubuhnya diatas sofa agar dapat berehat kerana letih menghantar barang ke rumah pelanggan

"Okay. Customer ni pesan big suprise box ? Nak mix sekali dengan ramen 6 peket , susu kotak , coklat coklat dan suprise item yang lain. Okay , Zarith! Lets do this order!" Zarith bangkit dari perbaringannya lalu menuju ke bilik khas yang terletak berhampiran dapur. Zarith masuk kedalam bilik itu dan membuka lampu serta penghawa dingin

Zarith kemudian menuju ke laci tempat dia menyimpan kotak giftbox lalu kotak paling besar dibawa keluar dan diletakkan disisi sementara Zarith mencari pula set big suprise box yang dipesan oleh customernya tadi. Tidak lupa juga , wish card yang dipinta oleh sang pelanggan!

Inilah kerja Zarith. Menjadi peniaga kecil kecilan dan juga bergelar sebagai seorang guru Tadika Kemas Taman Bestari. Jika kerja tetap , Zarith akan menjadi seorang guru pembimbing kepada anak anak kecil di tadika manakala kerja sambilan Zarith atau kerja Zarith diwaktu lapang adalah membuat giftbox berset set dan dijual secara online ataupun COD* ( cash on delivery ). Yang membantu Zarith adalah Fazwa dan ayah Zarith sendiri iaitu Encik Kamal dan abang Zarith, Zafran Syafiq. Perniagaan kecil yang dilakukan Zarith sangat laku keras di media sosial

"6 Ramen. 3 ramen cheese and 3 ramen biasa. Coklat cadbury chipsmore 3 , cadbury oreo 3. Kitkat satu peket. Milo cookies , milo crunch. Susu dutch lady coklat. Cadbury kecil satu peket. Kinder bueno 6. And one more left , teddy bear! Comelnya! Wish card pun jangan lupa" Zarith tertawa gembira sambil menyiapkan bungkusan giftboxnya itu. Tiba tiba , loceng rumah Zarith berbunyi .

"Assalamualaikum , ada orang tak?" Salam diberi dari luar

"Oh ada orang datang ke ? Siapa pulak ?" Zarith segera mencapai tudung lalu disarung ke kepala. Zarith mengambil kunci lalu ke pintu rumah

Tatkala pintu rumah dibuka , Zarith terkejut.. terkejut melihat sosok tubuh di hadapannya ini

"R - Riz Taufiq?" Tutur Zarith tergagap gagap

"Assalamualaikum , Zarith Safirah a.k.a Zack. Kawan baik aku 10 tahun lepas. Masih ingat aku lagi , Zack ?" Soal seorang lelaki yang kini berdiri di hadapan pagar drill pintu rumah Zarith. Zarith terpana

"Kau... Macam mana kau boleh jumpa aku ? Macam mana kau boleh jejak aku , Riz ?!" Zarith menekup mulutnya tanda tidak percaya. Riz Taufiq melepaskan tawa halus bercampur sinis

"Keluar la dulu. Kita sembang sembang kat luar ni. Lagipun ada banyak benda yang kau perlu tahu sekarang , Zack" ujar Riz Taufiq yang sememangnya dari dulu memanggil Zarith dengan panggilan Zack

Zarith membuka kunci drill lalu memakai selipar. Riz Taufiq mengatur langkah menuju ke halaman rumah Zarith. Zarith mengikuti dari belakang. Fikirannya kini dihuni dengan beribu tanda tanya. Riz Taufiq memandang sudut halaman rumah Zarith yang dihiasi pohon bunga lalu Riz Taufiq tersenyum sendiri. Dia kembali memandang Zarith yang sedang berdiri di belakangnya itu

"Zack , kau sihat ?" Tanya Riz Taufiq dengan senyuman yang sangat manis

"Aku sihat. Kau ? K - kenapa ada parut kat atas dahi kau , Riz ?" Balas Zarith kembali

"Oh ini ? Hm , apa lagi... bergaduh antara geng la.. ni kes 6 tahun lepas punya ni. Dah sembuh dah. Cuma kesan dia mungkin sampai aku mati takkan hilang. Lagipun banyak nyawa melayang masa pertempuran 6 tahun lepas tu hahaha... Hazriq , Farouk , Lim Wei , Ravi.. dah takde , Zack. Diorang terkorban" setiap butir bicara dari Riz Taufiq amat menyebakkan. Zarith boleh lihat Riz Taufiq menahan air matanya dari tumpah. Zarith menekup mulutnya pabila mendengar khabar itu. Setiap nama nama yang disebut oleh Riz Taufiq tadi , itulah manusia manusia yang pernah bergelar kawan baik Zarith Safirah

"Then? Macam mana kau boleh selamat, Riz ? Afiq macam mana ? Dia selamat?" Soal Zarith sambil mengelap air mata yang menitis di pipi Riz Taufiq menggunakan lengan bajunya. Sememangnya Zarith, gadis berusia 28 tahun itu ingin sekali mengetahui khabar tentang sahabat sahabat lamanya

"Aku.. aku dengan Afiq selamat. Afiq... Afiq lumpuh , Zack. Dia kena tikam dekat kaki dan kena tembak dekat bahagian perut. Afiq dah bersara dari kumpulan sebab dia tak mampu dah untuk bertarung. Cuma aku yang masih menjadi ahli dalam kumpulan" terang Riz Taufiq dalam keadaan yang sebak tidak terkata

"So? Macam mana kau boleh jejak aku , Riz ? Kau tak jawab lagi soalan ni" Tanya Zarith. Persoalan itulah yang berlegar legar di fikiran Zarith sedari tadi

"Zack...sebelum tu.. aku nak minta maaf. Sebab kecuaian aku , kau keluar dari kumpulan dan hilangkan diri. Sebabkan aku , kau putus dengan..." Belum sempat ayat Riz Taufiq habis , Zarith berdehem. Riz Taufiq mengerti maksud itu. Terus terbatal niatnya untuk menyambung ayat yang tergantung itu

"Kau ni. Aku dah kata dah jangan salahkan diri kau , Riz Taufiq. Kau kawan aku. Aku tak pernah berdendam langsung dengan kau. Past is past. Let bygones be bygones. Move foward. Takpe la kalau kau taknak jawab soalan aku yang tu. Tapi boleh aku tahu kenapa kau cari aku ?" Zarith menepuk bahu Riz Taufiq agar bertenang. Riz Taufiq mengawal emosinya. Dia merenung iris original berwarna hitam milik Zarith Safirah dengan tatapan penuh penyesalan

"Zack, aku diarahkan untuk jejak kau dan bawa kau pulang semula ke markas kita"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ OG ] Married The MafiaWhere stories live. Discover now