🐺2: Disebalik Keceriaan Rayyan

349 51 17
                                    

Di Akademi Blue's Light...

Sebaik saja Rayyan & Hunter mengakses P.I.C milik mereka, mereka terus saja berjalan masuk ke dalam akademi & terus menuju ke kelas mereka.

Walaupun mereka bersahabat, mereka tidak berada di kelas yang sama kerana tahap kekuatan yang berbeza. Kalau nak tahu di akademi mereka terdapat 4 jenis kelas dengan tahap yang berbeza.

📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋

Rayyan Fact:

Di akademi ini terdapat 4 jenis kelas dengan tahap yang berbeza. Antara contohnya, kelas 3-A.

Kelas 3-A ialah kelas tahap pertama untuk pelajar tahun ke-3. Kelas ini biasa akan menjadi kelas kepada pelajar yang berumur 15 tahun malah memiliki kuasa yang sangat kuat atau stamina yang sangat cergas malah kuat.

Kebanyakan kelas ni dimiliki oleh pelajar yang high-class, bangsawan, para puteri/putera atau para pelajar dari keluarga berada atau berpangkat besar seperti Komander angkatan tentera.

🗂️Kelas yang terdapat di Akademi Blue's Light:

📂Kelas tahap A: Rank S atau A
📂Kelas tahap B: Rank B atau C
📂Kelas tahap C: Rank C atau D
📂Kelas tahap D: Rank E atau F

🗂️Tahun & umur pelajar yang terdapat di Akademi Blue's Light:

📂Tahun pertama: 13 tahun
📂Tahun ke-2: 14 tahun
📂Tahun ke-3: 15 tahun
📂Tahun ke-4: 16 tahun
📂Tahun ke-5: 17 tahun

Inilah kelas & tahun yang terdapat di akademi ini. Walaupun begitu, Rank yang terdapat dalam beberapa kelas tersebut juga harus bergantung kepada kekuatan/ stamina. Tak semestinya yang memiliki kuasa terkuat akan menjadi pelajar di kelas atasan atau memiliki Rank atasan.

📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋📋

Hunter hanya memandang Rayyan yang sedang berhenti di situ. Mereka hanya saling memandang diantara satu sama lain.

"Baiklah, nampaknya di sini saja, Hunter. Aku kena pergi kelas aku sekarang,"kata Rayyan sambil memandang Hunter.

"Baiklah! Aku pergi dulu! Bye!"kata Hunter sambil melambaikan tangannya lalu bergegas menuju ke kelasnya, kelas 3-B.

"Baiklah! Bye, Hunter!"kata Rayyan sambil melambaikan tangannya & berjalan masuk ke dalam kelasnya, Kelas 3-D.

Mesti semua nak tahu kan kenapa Rayyan masuk kelas yang paling bawah/ lemah. Sebenarnya, Rayyan ni memang tak begitu hebat dalam menggunakan kuasa malah stamina Rayyan pun lemah.

Boleh kata, siput lagi laju berlari dari Rayyan kot. Menyedihkan betul lah kan? Tapi apa boleh buat dengan diri dia, redha jelah yang mampu.

Rayyan terus saja duduk di meja nya sambil melepaskan lelahnya. Dia sebenarnya tidak memiliki sahabat yang lain melainkan Hunter.

Sekiranya dia miliki pun sudah semestinya ia bakal berubah menjadi masalah kerana sahabat itu bukanlah sahabat biasa tetapi tersangatlah baik sehingga memberikan sebuah hadiah yang menyakitkan. Tetapi harinya itu tidaklah seindah yang semua sangkakan kerana Rayyan adalah seorang yang bagus dalam menyembunyikan banyak perkara terutamanya rahsia.

Tiba-tiba, seseorang menarik kolar Rayyan sehingga menyebabkan sang remaja itu terbangun dari tempat duduknya. Pelajar kelasnya yang lain terus saja menjauhkan diri daripada kawasan itu.

"Budak Rayyan ni. Seronok tak dapat masuk kelas awal hari ni?"tanya Kayler Romen sambil menarik kolar baju Rayyan.

"Ya, se.. seronok sangat,"jawab Rayyan.

Walaupun begitu, dia ditampar oleh Kayler. Sang remaja itu hanya tersenyum sinis sambil memandang Rayyan.

"Kau sepatutnya kau kena tanya aku sama ada kau boleh jawab soalan tu atau tidak. Mana ada kau hah?!"marah Kayler.

"M..maaf, s..saya takkan ulanginya lagi,"kata Rayyan yang cuba meredakan kemarahan Rayyan.

Kalau nak tahu, Kayler adalah pelajar dari kelas 3-A yang tersangatlah suka menindas malah membuli orang lain. Apa yang lebih menyedihkan ialah guru-guru di kelas Rayyan sama sekali tidak pernah ambil kisah sekiranya dirinya dibuli oleh sesiapa kerana alasan dirinya tidak mampu melindungi diri malah jauh lebih lemah dari kesemua pelajar yang ada di dalam akademi itu malah kerana Kayler itu adalah pelajar yang datang dari keluarga yang berada.

"Dengar sini budak lemah, kau jangan biarkan aku tunjukkan kuasa sebenar aku. Kau nak rasa ke kepanasan api aku ni?"tanya Kayler sambil memandang Rayyan.

Rayyan hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tahu dia ada kesempatan untuk lari atau melawan tetapi ia mungkin hanya akan memburukkan keadaan kerana dia pasti akan dipersalahkan sekiranya dia melawan.

Kayler terus saja melepaskan koler baju Rayyan & menumbuk muka sang remaja itu sehingga terjatuh. Dia hanya tersenyum puas sambil membuat sedikit regangan pada bahagian lengannya itu.

"Buat penat aku je gunakan semua tenaga aku ni untuk pukul kau tapi aku ada cara yang lebih seronok,"kata Kayler sambil tersenyum sinis.

Tiba-tiba, kesemua pelajar kelas Rayyan mulai mendekati sang remaja itu. Rayyan yang sedar akan hal itu mulai merasa sesuatu yang kurang menyenangkan bakal berlaku.

"Pukul dia puas-puas ya. Lepaskan kesemua perasaan geram yang korang ada. Biar dia menjadi tempat luahan tu,"kata Kayler sambil berjalan pergi.

Semua pelajar itu terus saja memukul Rayyan tanpa henti setelah mengepung sang remaja itu sehingga dia tidak dapat melarikan diri. Sang remaja itu hanya menjerit & mengerang kesakitan. Para guru yang melalui kawasan kelas itu hanya buat tidak endah akan hal itu.

Disebalik akademi yang cemerlang pasti tersembunyi banyak rahsia gelap yang menakutkan & mengerikan malah Rayyan telah menjadi salah satu mangsa diantara rahsia-rahsia tersebut.

Beberapa minit setelah itu...

Para pelajar terus saja pergi ke kantin untuk mengisi perut mereka sementara Rayyan hanya terbaring di tempatnya itu. Badannya merasai sebuah kesakitan yang amat kuat biasa laku terus saja dia cuba untuk bangun & pergi keluar dari kelas.

Dia terus saja berjalan pergi menuju ke bilik rawatan sambil mengingati setiap memori silamnya itu. Dia hanya menggelengkan kepalanya perlahan agar dapat melupakan hal itu.

Di bilik rawatan...

Rayyan hanya mampu menundukkan kepalanya tanda kecewa sebaik saja bertemu dengan jururawat yang ada di bilik rawatan itu. Apa yang lebih menyedihkan, jururawat itu skaa sekali tidak mahu bertanggungjawab atau membantu Rayyan untuk merawat kecederaan yang dirinya alami.

"Pergi saja buat sendiri! Kau tak nampak ke aku tengah rehat ni?!"marah Jururawat Ailena Roselle sambil memakan makanan bekalannya itu.

"Baiklah, Jururawat Ailena,"kata Rayyan sambil tersenyum kelat lalu berjalan mendekati sebuah katil sebaik saja mengambil Sebauh kotak rawatan.

Dia terus saja merawat kecederaan yang dia alami itu sendiri. Dia sudah biasa melakukan hal itu kerana seringkali diperlakukan seperti oleh orang sekelilingnya di akademi itu.

Kata orang, yang lemah, miskin & tak berguna akan ditindas sementara yang kaya, kuat malah berkuasa disanjung tinggi walaupun mereka tidak berhati perut mahupun berhati mulia. Kenapa dunia seperti itu? Kenapa yang baik, peramah, tenang & penyabar akan ditindas?

Rayyan terus saja membaringkan dirinya di atas katil yang ada. Dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya duduk berdiam diri malah menghadapi setiap hari-harinya itu. Disebalik Keceriaan Rayyan itu, banyak perkara yang menderita sudah dia lalui sejak kecil.

"Kenapa aku harus menghadapi perkara yang sama? Adakah kerana aku lemah? Adakah kerana aku ni tak bagus dalam magis atau stamina atau mungkinkah kerana aku bangsa manusia yang lain daripada yang lainnya?"tanya Rayyan pada dirinya sendiri.

Bersambung....

Rayyan:Budak Serigala HybridWhere stories live. Discover now