Chap 7 🗝️

71 9 2
                                    

Sudah seminggu mereka berada di JB.

Latihan berjalan lancar.

Cuma, Avrina tidak suka Daisy yang in charge untuk mengajarnya.

Entah kenapa, Daisy asyik mencari salahnya.

Sangat tak adil kerana kemampuan berlumba Catharine lebih teruk daripadanya tetapi perempuan itu tidak dimarah selalu.

Jelas sekali Daisy ada dendam dengannya.

Nak sahaja dia meminta Ryan untuk kembali melatihnya tapi dia perlu bersikap professional.

Tak boleh biar Daisy melihatnya lemah dan kaki mengadu.

Catharine ni pun satu hal.

Bukan main seronok lagi apabila Avrina dimarahi Daisy.

Lepastu, asyik berkepit dengan Harry tetapi masih memandang lelaki lain.

Gatal.

Macamlah dia tak perasan yang Catharine itu asyik mencari peluang untuk mendekati Adriel dan Rayden.

Nasib baik 2 lelaki itu bukan seorang yang ramah.

Padan muka Catharine asyik diabaikan.

Avrina mengeluh lalu mengambil tempat di tempat duduk penonton.

Biarlah dia rehat sebentar.

Fasha dan Bella baru tiba di litar.

Bella terus menghampiri Avrina manakala Fasha terus hilang mengikut Rayden yang kebetulan lalu dihadapan mereka.

Bagai dipukau, Fasha asyik mengikut lelaki itu.

Aura dan karisma Rayden Marcelo memang tak dapat disangkal.

Fasha juga bagai sudah angau dengan lelaki itu.

Rayden masih beriak biasa tanpa menghiraukan apa apa pun.

Dia fokus pada kerjanya.

Rayden melihat Daisy berlatih.

Fasha duduk dibelakangnya dengan senyuman.

Dia tidak kisah jika dapat melihat belakang badan Rayden sahaja.

Badan pun handsome.

Daisy menghentikan keretanya.

"Not bad. But, is there something bothering you? Rekod kau not that good. Match tinggal beberapa hari je ni, aku risau." Kata Rayden.

Daisy memerah otak untuk mencari alasan.

Takkanlah dia nak jujur yang memang itu je dia mampu buat ?

Kebelakangan ni, dia pun sedar yang prestasinya memang menurun.

Entah kenapa.

Daisy meliarkan pandangan untuk mencari alasan lalu dia melihat Avrina sedang duduk.

Dia senyum sinis.

"Arhm, at first, i memang taknak bagitahu you pasal ni tapi sebab you dah tanya so hm. Actually, i stress sikit sebab kena ajar Avrina tu. She's quite dumb. I spent most of my time to trained her. Tu yang penat and tak cukup masa i nak berlatih." Ujar Daisy bersama wajah serba salah yang dibuat buat.

"Ouh, then i will trained her by myself. Kau fokus untuk match je." Balas Rayden, santai dan tenang.

Terus berubah riak wajah Daisy.

Bukan ini yang diharapkan

"Arhm, Ray, why not kita keluarkan je Avrina tu ? Bukannya kita kekurangan ahli pun. You pun tak perlu buang masa nak latih dia." Daisy masih tidak berputus asa.

Obses : LoveWhere stories live. Discover now