12

36 24 15
                                    

Perutku mulai memulas. Aku sapu cecair yang mengalir dari celah bibirku yang kian deras.

Dalam diam, batinku berteriak nama Kim. Aku cukup berharap lelaki itu tiba secepat mungkin. Atau, Kim juga bersekongkol sekali? Dengan segala kudrat yang ada, aku paksa diri untuk mengengsot ke belakang.

Namun, lenganku disambar lalu tubuh aku dipaksa untuk bangkit. Aku lihat senyuman di bibirnya kian melebar. Seakan akan tahap kesabarannya kian mencecah maksima. Dia mahukan makanan dengan kadar segera. Aku tarik tanganku. Cuba untuk melawan.

"Kau tahu. Keturunan kami makan zuriat sendiri yang belum lahir."

Akhir bicaranya ditekankan. Buatkan aku tak terkata kata. Kejam sekali makhluk ini. Mereka sanggup membunuh ibu mengandung semata mata untuk memakan zuriat yang belum lahir. Dasar makhluk pemakan janin.

Aku dengar bunyi besi berlaga sehinggalah aku lihat makhluk kedua menggenggam sudu pemotong daging. Tangan kirinya pula erat mengenggam garfu.

"Kau tak mahu meminta tolong kepada Kim?Aku rasa dia pasti mahu membantu kau."

Dia tergelak sinis. Aku tidak berupaya untuk mengeluarkan suara lagi. Aku seolah olah telah mati akal. Doaku cuma satu. Berharap semoga apa yang kulalui ini sekadar mimpi. Akhirnya bunyi besi bersahut sahut memecah keheningan malam.

Aku berteriak sekuat hati. Sehinggalah mata aku kian kabur sebelum tubuhku melurut ke atas lantai. Mata aku pejam rapat.

Aku berharap ini mimpi. Bangunlah, manusia.

TBC

[✓] THE KIM - VМесто, где живут истории. Откройте их для себя