11

37 25 9
                                    

Sesampai sahaja di kediaman itu, kelibat Kim hilang entah ke mana. Mata aku melilau ke hulu hilir, mencari cari keberadaan Kim namun tidak jua kelihatan susuk tubuhnya.

Langit mulai gelap. Sekadar lampu jalan yang menerangi laluan hendak ke pintu masuk.

Perlahan lahan aku menolak daun pintu. Tak berkesempatan hendak memberitahu penghuni rumah bahawa aku sudah pulang, aku rasakan tengkukku disambar kasar. Tubuh kecilku turut ikut tertarik ke belakang.

Kedebuk! Aku terbungkam. Sponton bibirku mengaduh sakit sebaik tubuhku tersungkur di atas lantai. Perlahan lahan aku cuba bangkit. Namun, niatku terhalang sebaik terpandang akan kelibat figura berwajah manusia sedang menapak mendekatiku.

Ada gigi taring mencelahi belahan bibirnya sebaik dia tersenyum manis.

Seolah olah ada sesuatu yang membangkitkan seleranya. Aku cukup masak dengan perangai makhluk sebegitu. Selera mereka tidak boleh disembunyikan. Automatik berubah kepada entiti yang asal.

"Lihat. Apa yang kami jumpa di sarang kami."

"Manusia berdarah manis." Segera aku mengengsot ke belakang. Sehinggalah aku dapat rasakan permukaan lantai basah likat. Spontan aku menjatuhkan pandanganku ke atas lantai sehingga terpandang akan darah yang mengalir tidak berpenghujung.

Aku lekapkan telapak tangan di perutku. Aku tumpah darah? Tapi, mengapa aku tidak merasa sakit? Sekadar sakit terjatuh di lantai yang dapat kurasa.

"Selama ini Kim sembunyikan kau di sini? Aku cukup sukakan permainannya."

Ini maksud sebenar sebalik pertanyaan Kim?

TBC

[✓] THE KIM - VTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon