"Lif..Kita balik je lah..Harris..Rafi..Tak payahlah..Kita tak kenal siapa dia..Kalau dia buat sesuatu dekat kita macam mana ?Lebih baik kita buat report polis..Biar polis je yang selesaikan.." Aireen masih lagi cuba memujuk.

"Reen..Kau dengar sini..Kita buat semua ni demi keselamatan keluarga kita..Kau tak ingat ke macam mana teruknya kau dan mak kau kena ganggu ?Benda ni takkan selesai dengan report polis..Orang ni licik..Kalau dia tahu kita buat report polis..Keselamatan keluarga kita dalam bahaya..."tutur Alif menjelaskan.

Aireen hanya melepaskan keluhan berat. Nak taknak , dia terpaksa juga mengalah.

Mereka memasuki ruang utama bangunan lama itu.

'Tahniah ! Korang dah berjaya masuk ke dalam sangkar neraka ! HAHAHAHA !'

Mereka ketakutan. Sejurus dengan itu , pintu utama bangunan itu tertutup.Begitu juga dengan semua pintu tertutup rapat. Suasana didalam bangunan itu menjadi suram dan seram sejuk.

Syasya , Hani dan Aireen berpelukan ketakutan. Rafi , Harris dan Alif pula memandang sekeliling bangunan itu.

"Apa yang kau nak hah ? Apa salah kami pada kau ?" jerit Alif geram.

'Berani kau tanya apa salah kau ? Dosa kau terlalu banyak !' Harris membaca mesej yang baru sahaja masuk.

"Kalau betul kau ni bukan pengecut , munculkan diri kau !" jerit Alif lagi.

'HAHAHAH ! Aku adalah salah seorang daripada kalian !' kini Rafi pula membaca mesej yg masuk.

Alif memandang wajah rakannya satu-persatu.Tak ! Tak mungkin ! Dia yakin , orang itu sengaja nak hancurkan persahabatan mereka.

"Aku percaya , ni bukan Angkara korang kan ?"soal Alif sambil memandang wajah rakannya satu persatu.

Tiba-tiba ,

Uwerkk !

Semua mata memandang Aireen.

"Reen kau okey tak ?"cemas Syasya bersuara. Dia menggosok lembut belakang sahabatnya.

"Paku ?" Alif seakan tidak percaya melihat apa yang berada dihadapan matanya sekarang.

"Kenapa ?"soal Harris tak mengerti.

"Ayah aku cakap , muntah paku adalah sihir..Tak guna ! Dia dah mula hantar sihir pada Aireen ! Korang sentiasa basahkan bibir dengan kalimah Allah..InsyaAllah benda ni takkan ganggu korang..."pesan Alif seraya mulutnya terkumat-kamit membaca surah Al-Baqarah.

"Alif !"jerit Rafi.

Semua mengalihkan mata ke arah Rafi. Rafi memberi isyarat tangan untuk datang kepadanya. Mereka mengorak langkah ke arah Rafi.

"Cuba kau baca tu !"gugup Rafi bersuara.

"Diam-diam ku sembunyi , satu persatu pasti mati !"baca Harris gugup.

"Wehh ada sambungan lagi !"Syasya pula bersuara.

Kini Alif pula membaca tulisan merah di dinding.

"Wajah yang ditutupi topeng penuh dosa ! Akan aku balas semuanya !"

Mereka berkerut dahi tak mengerti apa yang cuba disampaikan.

"Apa maksud dia ?"soal Syasya.

Aireen menggeleng sebagai balasan.

"Dia pasti berdendam dengan kita..."kata Hani mengutarakan pendapat.

"Dendam ?"mereka berkerut dahi tak mengerti.

"Entah..Kita kena cari lagi petunjuk yang lain..."sambung Hani.

Mata mereka meliar-liar memandang sekeliling bangunan itu.

"Aku rasa kita kena berpecah..Kita kena cari petunjuk..."kini Rafi pula bersuara.

"Aku setuju..."balas Hani.

"Tak..Walau macam mana pun kita jangan berpecah !"tegas Harris membalas.

"Aku pun rasa macamtu..Kita jangan berpecah.."tutur Alif bersetuju dengan kata-kata Harris.

"Hehehe..Nenek , nenek si bongkok tiga.." semua mata memandang ke arah Aireen. Gadis itu dirasuk.

"Alif..Kita nak buat apa ni ?"cemas Rafi bersuara , begitu juga dengan yang lain. Semuanya menjauhkan diri daripada Aireen.

"Siang mengantuk..Malam berjaga..Mencari cucu dimana ada..."Aireen menyeringai memandang mereka.Alif memulakan ruqyahnya dengan bacaan Al-Baqarah.

"Arghhh ! Diam ! Arghhh !"jerkah Aireen garau.

"Allahulailahaillahuwalhayyulqayyum.."

Aireen menekup telinganya. Dia merangkak ke arah tangga.

"Aireen ! Ya Allah..."Syasya mula cemas apabila melihat gadis itu merangkak naik ke ke tingkat atas.

"Takkan kita nak tengok je..Kalau apa-apa jadi dekat Aireen macam mana ? Harris ! Rafi ! Kejarlah Aireen..."sambungnya lagi.

Rafi dan Harris hanya diam membisu. Masih lagi statik dalam kedudukan yang sama.Sementara , Alif masih lagi sibuk membaca ayat ruqyah.

"Allahuakbar !"kalimah terakhir yang Alif sebut sebelum menghabiskan bacaan ruqyahnya.

"Jom kita cari Aireen.."ajak Alif.

Belum sempat mereka berganjak , tiba-tiba

"Arghhh !!!"

Hehe , don't forget to vote and share tauu ! ❤️ Thankyou still baca sampai sekarang ❤️

ANGKARA ! Where stories live. Discover now