MMMBB 27

263 13 2
                                    

Aku mengelap kasar peluh yang jatuh pada dahi, lengan direhatkan semula pada lutut. Mata memandang tajam ke arah Safiya yang rancak berbual dengan Irsyad. Cuaca sudahlah panas terik, disuruh pula datang ke sini. Tujuan apa? Aku sendiri tak tahu. Sudahlah Eryana pun ada di sini, bukan panas badan saja jadinya, panas hati pun sekali. Siapa lagi yang ditunggu ini? Nak saja aku pulas kepala Safiya sekarang.

Seketika kemudian muncul pula Adrian di sini, terus lelaki itu melabuh duduk di sebelah aku. Bertambah keliru aku dibuatnya, apa benda yang dua ekor beruk ini rancang? Orang tengah panas di sini, mereka boleh pula bergelak ketawa di sana. Elakkan aku pijak saja kepala dua ekor itu.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Adrian, separa berbisik. Dia sendiri pun pelik, tidak tahu akan tujuan Irsyad memanggilnya ke situ.

Aku mengangkat bahu, "Saya pun tak tahu..."

Adrian hanya mengangguk sebelum mengeluarkan sapu tangan dari poketnya, dihulurkan kepada aku, "Lap sikit peluh kau, macam baru lepas kena simbah aku tengok." Ujarnya tanpa memandang, aku hanya menyambut huluran itu.

Adrian hanya menatal telefonnya, begitu juga dengan aku. Masalah sekarang, berapa lama lagi kami nak menunggu? Naik kematu punggung aku asyik duduk menunggu saja. Siapa yang ditunggukan pun aku tak tahu? Sampai saja manusia yang buatkan aku tunggu selama sejam di sini, memang aku luku kepala dia.

"Sampai pun kau... Apa benda yang lambat sangat?" Irsyad menyapa sebaik wajah Ziyad muncul di situ. Namun Ziyad tidak menyahut, mata teralih pada orang-orang yang sedang menanti di situ. Tertancap matanya ke arah Eryana yang sedang menatal skrin telefon dengan riak kosong.

Aku memandang mereka dengan muka bengis, mula mengangkat punggung, begitu juga dengan Adrian dan Eryana, "Apa benda yang kita nak buat ni sebenarnya?" Aku menyoal, ingin tahu akan tujuan aku berada di sini.

"Untuk merapatkan silaturahim." Jawapan yang Safiya berikan itu membuatkan aku mengerut dahi, tidak memahami akan kenyataan yang cuda disampaikan.

"Silaturahim apa yang nak dirapatkan? Tak ada silaturahim dekat sini. Aku nak balik." Aku berkata, mencapai beg galas yang terbaring di atas lantai itu, berkira-kira ingin beredar daripada situ. Namun langkah aku dihalang oleh Irsyad.

"Sabarlah Qai..." Ujar Irsyad, nada memujuk.

Aku hanya memandangnya dengan pandangan serong, "Dan untuk apa?"

"Sampai bila kau nak masam muka dengan Yana?" Safiya mencelah, aku membaling pula pandangan ke arahnya.

Aku menyilangkan tangan pada dada, "Sampai dia sedar diri."

"Tapi-"

"Siapa yang nak sangat tunjuk ego? Sekarang hadaplah..." Aku memotong Safiya terlebih dahulu, tidak mahu mendengar alasan yang akan diberi oleh Safiya itu.

Safiya memberi pandangan kasihan, "Tolonglah Qai..."

"Aku pun ada dekat sini dengan tujuan yang sama ke?" Adrian mula bersuara, kini semua perhatian teralih padanya.

Irsyad mengangguk, "Jangan kata yang kau pun nak balik."

Adrian menggeleng, "Aku tak kata apa-apa pun. Aku okey saja kalau nak teruskan dengan rancangan kau orang yang tak seberapa ni. Cumanya kalau 'silaturahim' yang cuba nak dirapatkan ni still sama, macam mana? Tak ke sia-sia usaha kau orang?" Dia menyoal, kening diangkat.

"Sebab itu kena cuba. Sia-sia atau tak, itu lain cerita..." Ujar Irsyad, ingin meyakinkan kami semua.

"Okey kalau macam tu, aku tak kisah." Jawab Adrian, aku memandangnya dengan riak yang tidak percaya. Macam itu saja dia jawab? Aku seorang saja ke yang membantah?

✓ My Mate, Mr. Bad Boy Where stories live. Discover now