07

41 25 5
                                    

Perlahan lahan aku mencelikkan mata. Sedar sahaja dari lena panjang, aku dapati diri aku sudah terlelap semalaman di dalam bilik Kim. Mataku meliar ke hulu hilir buat sejenak.

Sehinggalah mataku menyinggah pada wajah Kim yang sedari tadi tidak lari merenungku. Sesekali aku lihat sepasang matanya berkerdip sebelum iris matanya jatuh melirik jemarinya yang menggelupas. Ada darah yang mengalir dari belahan kulit yang terkopek.

Buatkan tekak aku mulai berasa loya sebaik menghidu bauan darah yang hanyir.

Melihat reaksiku, Kim segera mengelap bersih jarinya yang bercecair likat. Lantas lenganku ditarik, memaksa aku untuk lekas bangkit. Aku tidak berani hendak menyoal. Raut muka Kim sudah sedia tampak keruh.

Kalau aku mencelah, mahu naik angin. Tapi, aku menginginkan satu penjelasan daripada Kim akan benih yang mulai bercambah dalam rahimku. Benar ataupun jenaka semata mata?

"Kim, boleh aku tanya kau sesuatu?"

"Aku mengandung?"

"Ya." Pendek respons yang aku perolehi.
Tapi, belum cukup untuk aku percaya akan bicara yang dimuntah oleh Kim. Seakan akan dapat meneka akan lirikan ingin tahuku, Kim tersenyum.

"Sebab aku sentuh kau?" Aku terdiam. Mulutku persis sudah terkunci rapat.

Seakan sedang bergurau senda, Kim tak henti-henti bergelak tawa. Dia suka akan raut wajahku yang berlapis-lapis. Aku tidak suka akan gurau senda. Lagi-lagi jikalau hal sebegini. Mana boleh bawa main!

"Anak aku. Anak Kim."

TBC

[✓] THE KIM - VWhere stories live. Discover now