04

41 25 0
                                    

Bauan hanyir yang menyelubunyi kediaman besar itu membuatkan tekak aku kian loya.

Sedaya upaya aku tahan diri dari muntah sedang aku bergelut hendak melepaskan diri daripada wanita tua itu. Sehinggalah pautannya di pergelangan tanganku longgar. Automatik aku mengundur ke belakang.

Mengapa wanita ini membawa aku ke kamar milik Kim, si ketua monster itu?

Bukankah setiap seorang sudah sedia maklum bahawa Kim melarang sesiapa sahaja menjejakkan kaki ke kamarnya. Apatah lagi manusia seperti aku. Sekalipun mereka obses akan aku, aku tak memiliki sebarang keistimewaan di kediaman ini.

Bila bila masa sahaja mereka boleh bertukar fikiran dan sekelip mata aku akan disajikan sebagai santapan malam.

Aku belum bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan.

Sehinggalah aku rasakan tubuhku diheret masuk ke dalam kamar itu. Kedebuk! Tubuhku terjelupuk jatuh ke atas lantai lantas telinga aku menangkap bunyi yang bergema lantang. Sebelum bunyi besi terhasil dari pintu bilik yang bersaiz lebar.

Aku mengengsot merapatkan diri ke pintu.

Wanita itu aku panggil ulang kali. Namun, tiada sahutan yang aku perolehi.

Akhirnya aku terperangkap di dalam bilik itu.

TBC

[✓] THE KIM - VWhere stories live. Discover now