02

60 25 4
                                    

Disebabkan obses yang melampau, mereka mengurung aku di kediaman ini.

Mereka mendesak aku untuk menjalankan rutin kehidupan yang bertentang dengan asal usulku sebagai seorang manusia. Mereka mahu aku jadi seperti mereka supaya aku tak akan melarikan diri dari kediaman ini.

Mustahil. Aku ialah manusia. Masakan aku mahu menjadi seekor monster? Gilakah aku?

Pelbagai ikhtiar yang mereka rencanakan semata mata mahu menjadikan aku itu sebahagian daripada mereka. Aku kerap kali menolak. Berani aku katakan aku tidak mahu dan aku tidak bersetuju akan rencana itu.

"Kau masih tak mahu mencintai kami?"

"Tak mengapa. Aku akan uruskan hal itu."

Aku terbungkam.

Terkekeh kekeh entiti itu ketawa. Memecah keheningan suasana di meja panjang. Aku sambar gelas tinggi lalu aku teguk air sehingga habis. Lantaran aku segera beredar. Tidak mahu berlama di situ.

Gilakah aku sehingga mencintai monster?

TBC

[✓] THE KIM - VWhere stories live. Discover now