08 - Hari Pertama

Start from the beginning
                                    

"Haah. Dia yang tamatkan perang 16 tahun lepas, kau tahu? Lepas tu, dia dah lah handsome, kuat pulak tu. Ada orang kata, tak ada sesiapa lagi yang boleh tandingi magic dengan kekuatan fizikal dia," bersungguh-sungguh mereka bercerita sambil fangirling.


Gempa yang mendengar mereka bercerita tak ingat dunia itu hanya membuat muka

Gempa yang mendengar mereka bercerita tak ingat dunia itu hanya membuat muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ha macam ni la muka dia.


Gempa yang sudah mendapat maklumat yang diperlukan akhirnya beredar dari situ sambil diiringi lambaian daripada kedua-dua perempuan itu.


Sedang dia menuju ke arah Taufan dan Hali, tiba-tiba dia teringat sesuatu.


'Eh kejap. Perang 16 tahun lepas?' langkahnya terhenti seketika.


'Kalau tak silap aku, ayah ada sebut nama orang lain yang tamatkan perang tu. Siapa nama dia eh...Tomato? Potato? Lupa la pulak...(─.─||)'


'Tapi tak ada pulak dia sebut nama Azkarel. Nak cakap naga tu menipu tak boleh sebab dia dah hidup dekat berapa ratus tahun dah,' monolognya.


'Jangan-jangan...'


"Perhatian kepada semua pelajar. Sila beratur mengikut kelas yang ditetapkan semalam. Sebentar lagi kita akan mulakan perhimpunan," lamunan Gempa terhenti tatkala mendengar pengumuman itu.


Dia pun bergegas pergi ke barisan kelasnya. Taufan yang berada tidak jauh dari situ memanggil Gempa sambil mengangkat tangan.


"Kau pergi mana tadi? Kalau kau lambat sikit lagi kitorang baru nak gerak cari kau," soal Taufan.


"Aku jalan-jalan tadi. Bosan la berdiri satu tempat lama-lama," jawabnya.


Taufan mengangguk-anggukkan kepalanya. Baru sahaja dia mahu membuka mulut, sekali lagi pengumuman dibuat.


"Selamat pagi para pelajar sekalian. Pada hari ini, kita akan menerima tetamu istimewa sempena kemasukan pelajar-pelajar baharu akademi ini," pengerusi majlis itu berdehem sedikit. Sakit tekak ke?


"Jadi dengan ini, saya mempersilakan Raja ke-61 Kerajaan Rintis, Raja Azkarel untuk memberi sepatah dua kata."


Orang yang bergelar Raja Azkarel itu bangun dari tempat duduknya lalu mengambil mikrofon. Dia memandang ke arah pelajar-pelajar yang berada di hadapannya. Jelas kelihatan corak-corak yang aneh pada mukanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Lost Princes | BBB |Where stories live. Discover now