1

6 2 2
                                    


Jam ditangan aku pandang. Sudah lebih setengah jam, namun batang hidung Amir masih belum nampak. Mesej malam tadi pun masih belum dibaca.

Aku pandang sekeliling. ramai kawan-kawanku yang sudah tiba. Aku mengeluh perlahan. Farah pula tiada. Katanya ada kerja yang hendak diselesaikan.

Telefon di dalam beg, aku keluarkan. Aplikasi WhatsApp aku terjah masuk. Ruang mesej Amir aku tekan.

Secret❤️

Awak?
11 pg ✅✅

Awak sibuk ke?
11 pg ✅✅

Tolong jawab mesej saya.
11:01 pg ✅✅

Sekali lagi Amir melakukan hal yang sama. Air mata yang hampir jatuh aku seka cepat-cepat. Nanti orang lain nampak, apa aku nak jawab.

Ting!

Mesej dari Amir! Cepat-cepat aku baca.

Ye, i sibuk.
11: 02

Saya minta maaf, saya ada sesuatu nak bagitau awak.
11: 02 pg ✔️✔️

I pun ada sesuatu nak bagitahu u.
11:03 pg

Apa tu? Awak bagitau lah dulu.
11:03

Sebenarnya i dah lama nak bagitau u. Dan i rasa mungkin harini yang sesuai. I nak kita putus. U tau kan Farah, kawan baik u? Sejak kali pertama i jumpa dia, memang i ada hati dengan dia.
11 : 05

Dada aku mula berombak.

Bila?
11 : 06

Waktu kali pertama u kenalkan i dengan dia. Waktu tu u pergi tandas dan tiba-tiba dia minta nombor i. I pelik tapi i bagi juga. Dan sejak tu dia selalu ambil berat pasal i. Dan semalam kitorang keluar sama-sama. Semalam juga i lamar dia jadi isteri i.
11:07

I harap lepasni u jangan chat i lagi. U pun tau kan Farah kuat cemburu. I taknak dia tak selesa. Masa wedding nanti, u datang tau.
11 : 07

Aku terus off telefon. Aku dah agak semua ni akan berlaku. Farah, sampai hati kau buat aku macam ni!? Kau kawan baik aku! Tapi sanggup kau tikam belakang aku!

Airmata mengalir, aku kesat dengan kasar lalu aku bangun.

Amani, si makwe Aizat datang menghampiri aku. Mungkin dia perasan akan tingkah laku aku.

"Syaf... Kau ok?" Tanyanya.

Aku geleng. Diturutkan hati aku, mahu sahaja aku mengamuk disini. Bukan tidak kenal dengan sikap aku yang kuat marah. Cuma sejak aku kenal dengan Amir, aku cuma untuk kawal nafsu marah aku.

"Majlis macam mana?" Tanyanya lagi. Suaranya kedengaran agak takut.

"Batalkan." Jawab aku singkat lalu segera beredar dari situ.

Sebelum keluar dari dewan itu, mata aku sempat menjeling ke arah kek tiga tingkat. Kek yang bakal dipotong oleh Amir tapi hancur dalam sekelip mata. Cincin yang akan disarungkan pada jari manis Amir, aku keluarkan dari beg aku lalu aku buang ke dalam tong sampah. Geram! Lelaki tak guna!

Dia Aiman ZafrelWhere stories live. Discover now