Perlahan-lahan tangan Hanum jatuhkan, begitu juga Lisa. Masing-masing merapikan diri semula.

"Cuba bagitahu, kenapa sampai tarik-tarik tudung rambut ni?"

"Mano Lisa tahu, bini abe Khalif ni gilo ko?" Lancang mulut Lisa berkata.

Membulat mata Hanum,

"Eh kau cakap baik sikit, gila-gila aku pun doktor pakar tau!" Ikutkan hati, nak aja dia tampar-tampar muka Lisa.

"Setakat doktor, eh Lisa tok kesoh pun lah. Abe Khalif tengokla, gini ko bini abe? Huduh peranga." Lisa mencebik.

"Tak payah nak abe-abe lah! Gedik! Dah la macam hantu raya."

"Hanum, apa cakap macam tu?" Tegur Khalif.

Hadi awal-awal sudah keluar dari dapur, boleh berdarah telinga kalau ibu marah.

"Awak nak bela dia kenapa? Betullah, macam hantu, perangai pun hantu, tak cukup nak gesel-gesel, nak hasut anak aku pula!" Geram tahu tak?

Muncul nenda, umi dan abi di hadapan dapur,

"Bakpo ni bising-bising?" Tegur Nenda sambil melihat suasana dapur.

Mujur takde pinggan mangkuk pecah.

"Tok tahu Puan, dia mari tarik rambut saya tibo-tibo jah." Adu Lisa dengan wajah simpati.

Hanum diam, kemarahan cuba ditahan, tak mahu semakin marak. Takut ada yang masuk hospital sebab gedik.

"Uish, Hanum? Kenapa ni?" Harris mendekati adiknya.

Dari bilik atas terdengar suara Hanum menengking dan marah, adiknya sudahlah pendiam, sejak mengandung baran lain macam.

"Dia, gedik-gedik dengan suami Hanum. Dengan Hadi pun dia hasut bukan-bukan." Luahan Hanum membuatkan kening Harris terangkat sebelah.

Wajah pembantu yang dikatakan Hanum dipandang, okey seramnya. Senyuman ditahan, tubuh Hanum ditarik rapat keluar dari dapur.

Sempat mata memberi signal kearah adik iparnya supaya mengambil alih.

***

Kejadian di dapur pada petang itu memang gamat habis, sampaikan tiada siapa berani mahu menegur Hanum.

Jam menunjukkan tepat pukul lima petang, dan Hanum masih mendaratkan kepala di dadanya.

"Khalif." Panggil Hanum.

"Ya?" Pelukan di pinggang dieratkan.

"Sedih." Adu Hanum.

Khalif tersenyum, manja. Hampir sejam mereka berkeadaan begitu, tudung sarung Hanum dibuka.

Rambut Hanum diperbetulkan,

"Saya tahu isteri saya ni sedih, tapi tak bolehlah buat orang macam tu. Saya sayang Hanum je sayang, kalau saya tak sayang baik saya layan je Lisa tu semalam."

"Jangan layan, kalau awak tak nak mandul."

Tergelak Khalif mendengar ugutan Hanum.

"Iya, saya tak layan. Pasal Hadi tu, janganlah ambil hati, anak awa.." Kata-katanya dipotong oleh Hanum.

"Anak kita. "

"Iya, anak kita tu kan memang perangai macam tu, mesti awak faham kan?"

"Tapi Hadi macam nak angguk je bila jebon tu cakap jadikan dia ibu baru. "

Alahai isteri, habis jebon, hantu dikeluarkan kepada Lisa.

"Macam je, tapi tak lagi kan? Hey, Hadi tu budak pandai. Dia tau mana betul mana salah. Janganlah cemburu sangat.. " Jari Hanum dimain.

Tok! Tok!

Terjengah-jengah kepala Hadi,

"Ibu?"

Hanum mengangkat kepala sedikit melihat gerangan si anak, sebelum mata pura-pura dipejam, nak merajuk.

Hadi nak pujuk ibu

Gerak mulut Hadi dibaca, dan perlahan-lahan tubuh dijarakkan sedikit antara dirinya dan Hanum. Hadi mula memanjat katil dan mengambil ruang diantara ibu dan ayah.

Hadi mula memeluk pinggang Hanum, lalu muka disembamkan di dada Hanum.

"Ibu sayang, ibu merajuk ke?"

Tersenyum dirinya melihat Hadi berlemah-lembut memujuk Hanum. Hadi meletakkan tangan di perut ibunya yang sudah membukit.

"Adik, balong minta maaf. Cakap dengan ibu sayang ya? Muah!" Perut Hanum dicium.

Dalam pada masa yang sama, dapat dilihat Hanum menahan senyum, sempat dibuat isyarat biarkan Hadi memujuknya. Khalif hanya menggeleng kepala, ada aja karenah ibu mengandung sorang ni.

"Ibu sayang, tak nak cakap dengan Hadi ke?" Mata si anak sudah mula berair.

"Ibu.. Hadi minta maaf." Tercebik-cebik mulut Hadi bersama air mata yang ditahan.

Hanum mula membuka mata, tubuh Hadi didakap erat. Rambut anaknya diusap,

"Eh awak sapa ni peluk-peluk isteri kita?" Usik Khalif.

"Ayah..tsk, tsk.." Terus menangis Hadi diusik begitu.

Hanum hanya menggelengkan kepala,

"Dah besar pun menangis, macam mana nak jadi balong ni?"

Hadi masih diam menangis,

"Kalau nangis macam ni, cari balong lain lah."

Kata-kata Khalif membuatkan tangisan Hadi semakin lebat. Haihlah anak manja, terus dipujuk Hadi supaya senyap dengan ugutan nak belikan tab baru.

Selagi bapakmu masih hidup, kikislah dia anakku, HAHAHAHAHAH.

****













Balong = abang long

Abai aja please typonyaaa, kerana tidak diedit lagihhh

Romance : Ahmad Khalif ✓Where stories live. Discover now