❑::Last Chapter::❑

542 76 18
                                    

3 tahun kemudian..

Jika korang ingat Jaeyun sudah move on, korang salah. Kejadian itu sudah tiga tahun berlalu namun Jaeyun masih belum dapat menggantikan sesiapa di hatinya. Nama gadis itu masih saja terpahat di hati.

"Kau okey ke Jaeyun?" suara lembut Ningning menyedarkan Jaeyun dari lamunan. Jaeyun membalas sekadar anggukan. Ningning mengeluh—bukan apa tapi dia kesian melihat Jaeyun.

"Awak nak melawat dia hari ni?"

"Setiap hari saya akan lawat dia, Ningning."

"Bagaimana agaknya keadaan Jungwon? Sudah lama saya tak dengar khabar dia sejak dia kemalangan. Kasihan Jungwon.." ini Ningning yang bersuara. Ya, mereka tahu yang Jungwon terlibat dalam kemalangan tahun lepas. Lebih mengejutkan lagi apabila Jungwon mengalami amnesia. Katanya Jungwon hanya teringatkan kakaknya dan apa yang menyedihkan Jungwon tak ingat kakaknya itu sudah meninggal. Itulah yang berlaku. Semoga Jungwon baik-baik saja sekarang.

"Jaeyun, sudah lama kita duduk sini. Kita masih ada kelas." kata Ningning. Jaeyun mengangguk.

"Aku nak ke tandas jap." Ningning sekadar mengangguk. Jaeyun sudah pun beredar hendak ke tandas di dalam kafe itu. Ya, mereka berada di dalam sebuah kafe.

Kalau korang tertanya hubungan mereka, Jaeyun dan Ningning hanya berkawan. Mereka juga mulai rapat sejak memasuki universiti yang sama. Begitulah ceritanya.

Jaeyun sudahpun selesai urusannya di tandas. Ketika dia hendak menuju ke meja tempat Ningning menunggunya, tak sengaja Jaeyun terlanggar seseorang. Sebuah buku terjatuh di atas lantai—mungkin milik orang itu. Cepat-cepat Jaeyun mengutip buku itu lalu dihulurkan kepada pemiliknya.

"Maaf, saya tak senga—" Jaeyun terhenti berkata sebaik melihat wajah seorang gadis yang dilanggarnya tak sengaja itu. Gadis itu tersenyum tipis sebelum mengambil bukunya dari tangan Jaeyun. Kemudian gadis itu membungkuk lalu berkata, "Saya yang patut minta maaf. Saya tak tengok jalan tadi."

Namun Jaeyun masih diam. Tak percaya apa yang dilihat dan dialaminya saat itu. Gadis itu sekali lagi menunduk sebelum pergi. Namun langkahnya terhenti apabila lelaki tadi bersuara lagi..

"Yang Wonjeong! A-awak.. Wonjeong kan?"

"You're back."






























____________
ᴛᴀᴍᴀᴛ
____________

Terima kasih kerana sudah membaca fanfic Jake yang berjudul 'Regret'. Saya betul-betul hargai vote dan komen korang♡

Terima kasih kerana sudah bersama Dina selama ini.

Stan Enhypen!

Started on : 07/05/2021
Ended on : 21/05/2021

Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now