❑::Chapter Three::❑

489 91 4
                                    

             Kejadian yang sama berlaku tetapi hari yang berbeza. Tempat yang sama dan orang yang sama. Semua pelajar yang berada di kantin itu turut menyaksikan. Gadis yang sama kini bergaduh dengan seorang pelajar lelaki. Seingat Jaeyun, lelaki itulah yang menyebabkan gadis itu terjatuh tempoh hari sehingga baju sekolah gadis itu habis kotor.

"Haih.. diorang gaduh lama-lama jadi suka. Tch, drama." Jaeyun mengabaikan kata-kata Minhee. Walaupun Jaeyun tak tahu apa punca pergaduhan itu, tapi yang pasti gadis itu cuba melindungi seorang pelajar lelaki yang sedang duduk sambil menunduk itu.

"Berani betul lelaki tu lawan senior."

Kata-kata Minhee menarik atensi Jaeyun serta-merta. "Apa? Maksudnya lelaki itu ialah junior?"

Minhee mengangkat bahunya. "Aku dengar macam tu lah. Dia selalu ganggu adik-beradik tu. Tak taulah sebab apa."

"Siapa yang.. adik-beradik?"

"Kau nampak tak lelaki yang sedang menunduk tu? Haa tu adik kepada perempuan tu."

"Kau kenal siapa perempuan tu?" Jaeyun berharap agar Minhee tahu namun hampa kerana Minhee menggeleng. "Aku tak tahu siapa nama dia. Aku pernah nampak je."

Bila difikirkan balik, Jaeyun lebih teruk kerana selama ini dia tak pernah menyedari kewujudan gadis itu selama bersekolah di sini. Mungkin gadis itu lebih suka sendirian.

Oh iya, Minhee ada cakap yang pelajar lelaki yang mengganggu itu ialah junior. Biadap sekali kerana berani-beraninya melawan senior. Jaeyun sepatutnya mengambil tindakan tadi. Tak boleh dibiarkan kes seperti itu berterusan.


Regret | Jake SimWhere stories live. Discover now